Seramai 36 orang rakan-rakan telah memeriahkan majlis tersebut berbanding yang telah mendaftar untuk hadir pada awalnya seramai 50 orang. Mungkin disebabkan pelbagai urusan bersempena hari raya aidilfitri, ada di kalangan rakan-rakan yang tidak berkesempatan untuk hadir di saat-saat akhir.
Daripada paparan foto-foto yang diabadikan dalam reunion tersebut, saya dapati ada di kalangan rakan-rakan telah memakai pakaian sekolah dulu-dulu dan berpakaian ko-kurikulum Pengakap.
Perkongsian kali ini saya lakarkan setelah membaca kesungguhan beliau untuk hadir dalam Majlis Reunion tersebut walaupun kurang sihat. Beliau tetap menggagahkan dirinya untuk hadir dalam Majlis Reunion tersebut. Saya mengetahui kisahnya setelah melihat status facebooknya petang ini. Statusnya itu telah menggerakkan hati saya untuk membuka komputer peribadi saya petang ini, seterusnya mengabadikan kisahnya dalam paparan kali ini.Antara yang ditulis dalam status facebook peribadinya, memaparkan ungkapan begini;
"Raya ke-3
Alhamdulillah Allah beri aq kekuatan utk hadir ke majlis reniuon SK Bandar Tawau walau kesihatan x brapa mengizinkan ttpi q gagahi jua demi sebuah persahabtan zaman kecil q dulu thn 79-84...dgn wajah yg ntah apa2 q menahan diri melihat wajah2 shbt2 kecil q yg happy...Salmah Aminuddin Ct Siti Adawia Saparudin Japar Ardiansah Abibakrin@ Buck suriani Amran Naimah Osdam...semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke syurga...trima kasih jua buat penganjur pn Zarinah Alias memberi aq Anugerah peserta terakhir yg memberi pengesahan kehadiran hahahahaha...*cube* yg comel.....x byk aq mengabadikan foto2 semlm x bole byk gerak kasian...Mohon doa kwn2 semua semoga ada lg ramadhan buat q d thn mendtg yah.. "

*Syawalketiga*
*Sahabatselamanya6bakawali*
*Sahabatsyurgamissuall*
Semoga sahabatku Norhidayah Padu diberikan kesihatan dengan segera.
Baca selanjutnya, Klik di sini...












