Showing posts with label SK Bandar Tawau. Show all posts
Showing posts with label SK Bandar Tawau. Show all posts

Tuesday, 15 March 2016

Jejaka Bernikah, Siapakah Dia?

Nang… Bila Nak Jawab Soalan tue? Heheheheee…

Malam ini, sengaja saya melapangkan sedikit masa untuk membuat sebuah coretan di dalam blog ini sebelum beradu... Coretan ini saya khususkan buat sahabat lama, Nang namanya (^___^)

Nang, merupakan rakan saya semasa sekolah rendah dahulu, dan sejujurnya, saya tidak pernah mengenalinya, sehingga kini pun. Kami sekadar berkomunikasi melalui aplikasi whatsapp dalam group Rakan-Rakan Tawau. Saya mula berkomunikasi dengan Nang melalui aplikasi whatsapp setahun yang lalu, awal tahun 2015, tak silap saya,  iaitu selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat lama, Damin namanya, di dalam Group Whatsapp SK Bandar Tawau…

Saya berada dalam group whatsapp SK Bandar Tawau tak lama, tak silap lebih kurang seminggu lebih sahaja, akhirnya saya left. Heheheee

Saya terpaksa left kumpulan whatsapp itu kerana ia terlalu aktif, dan ketika itu saya belum mahir menggunakan pelbagai settings aplikasi whatsapp, so hari saya left, sebenarnya saya termiss pelbagai panggilan penting dek menyenyapkan henfon peribadi saya kerana deringan whatsapp kumpulan SK Bandar Tawau ketika itu semacam mengganggu tugasan harian. Terlalu kerap berbunyi…

Satu lagi sebabnya, saya suka merapu dalam group itu. Hahahaaa…

Khuatir ada rakan-rakan terguris hati, saya meninggalkan kumpulan whatsapp SK Bandar Tawau, lalu mengwujudkan satu Kumpulan whatsapp yang kurang aktif, melalui usaha bersama sahabat saya Bro Damin. Saya bersama Bro Damin mengujudkan satu kumpulan whatsapp dengan satu misi penting, tetapi akhirnya misi itu berkubur... Namun, baru-baru ini, misi itu seolah-olah telah terlaksana… Syukur Alhamdulillah… Akan saya beritahu Misi yang saya maksudkan di akhir contengan ini. Misi saya bersama Bro Damin, usaha dalam group whatsapp...

Tahun 2015, merupakan tahun di mana saya mula berkomunikasi dengan rakan-rakan lama, yang telah terpisah berpuluh tahun. Sebenarnya saya mula berkomunikasi dengan Bro Damin juga melalui aplikasi whatsapp, iaitu selepas berpuluh tahun kami terpisah. Berkomunikasi bukan dalam group whatsapp SK Bandar Tawau, tetapi kumpulan Whatsapp SM Holy Trinity…

Bro Damin merupakan sahabat lama saya sejak di bangku sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Kami berlainan kelas sebenarnya, tetapi dialah rakan seperjalanan saya dari Kg. Titingan ke SM Holy Trinity dahulu. Tak sangka pula akhirnya saya berjumpa dengannya semula hasil kemajuan teknologi maklumat sekarang ini. Terima kasih tidak terhingga pada teknologi maklumat yang terus berkembang sehingga mempertemukan pelbagai kumpulan-kumpulan manusia yang sudah lama terpisah.

Saya bersemuka dengan Bro Damin di sebuah Hotel di bandar Kuala Lumpur. Itulah pertemuan kami yang pertama, iaitu lebih kurang jam 9 malam dia bertandang ke bilik hotel saya selepas berkomunikasi melalui aplikasi whatsapp. Sehingga lewat malam kami bersembang pelbagai perkara. Lebih kurang pukul 2 pagi, barulah dia mengundurkan diri. Heheheee…





Saya Bersama Bro Damin di Bilik Hotel bersembang sehingga ~ jam 2 pagi

Keesokan harinya, kami bertemu sekali lagi di Restoran KFC, berhampiran hotel saya menginap. Reunion tiga sahabat lama dari SM Holy Trinity – Saya, Bro Damin, dan Bro Don... Tidak lama kami bersembang, lebih kurang tiga empat jam tak silap saya…


Saya bersama Bro Damin dan Bro Don, di Restoran KFC, berdekatan Hotel saya menginap





Di akhir pertemuan itulah, saya bersama Bro Damin telah berpakat melakukan Satu Misi yang saya maksudkan, iaitu misinya lebih kurang seperti tajuk di atas,  “Jejaka Bernikah, Siapakah Dia?”

Persoalan itu jugalah saya luahkan kepada rakan saya, Nang, petang tadi. Dan dia masih belum menjawabnya sehingga kini. Heheheee…

Nang merupakan seorang rakan yang amat sporting, dan tak pernah menghampakan apabila berkomunikasi melalui aplikasi whatsapp, walaupun dalam keadaan terpaksa... Thank you very much Nang… saya bergurau-gurau bah…

Nang! Walaupun sedikit bercelaru, akhirnya berjaya juga saya membuat satu lakaran merapu daripada tajuk ini, seperti mana yang saya beritahu petang tadi. Nampaknya kenakalan saya sejak sekolah rendah, tak juga berubah-ubah sehingga ke tua. Heheheee...

Salam Hormat Buat Semua Rakan-Rakan yang Saya Kasihi Kerana DIA.

(*___*)



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Friday, 29 January 2016

Reunion Sk Bandar Tawau, 2015 - Bertemu Selepas 31 Tahun Berlalu...

Lakaran ini adalah susulan daripada coretan sebelum ini yang bertajuk "Koleksi Foto-Foto Reunion". Sebenarnya ada beberapa foto lagi yang saya tidak sempat masukkan ke dalam blog ini tempohari. Oleh itu, dalam entri kali ini, saya tambahkan lagi beberapa foto-foto Reunion SK Bandar Tawau tahun 2015 yang telah diberikan oleh Puan Suzana @ Nang. 

Terima kasih sekali lagi kepada Puan Suzana @ Nang kerana sudi berkongsi kesemua foto-foto ini. Menurutnya "Every moment sepanjang reunion itu berlangsung, amat indah" sukar terluah. Apatah lagi keindahan itu dia nak gambarkan kepada saya. Memang susah!

Wah! daripada ungkapannya itu, ia memaparkan betapa menariknya gambaran sepanjang Reunion itu berlangsung. Namun, apakan daya, keindahan itu saya tak dapat rasai kerana telah tidak bersama-sama. Rasa rugilah pula... (*___*)

Puan Nang sempat juga memberitahu kepada saya bahawa terdapat Satu Video yang cukup touching yang telah disediakan oleh Sahabat lama saya, bernama Baharun. Moga-moga Video itu dapat dikongsikan di blog nanti, In Sha Allah.











Baca selanjutnya, Klik di sini...

Tuesday, 26 January 2016

Koleksi Foto-Foto Reunion SK Bandar Tawau Tahun 2015

Entri kali ini saya khususkan buat rakan-rakan yang telah mengadakan reunion pertama SRK Bandar Tawau. Reunion ini telah diadakan pada 21 Julai 2015, bertempat di Ball Room, Promenade Hotel, Tawau. Tetamu kehormat reunion kali ini ialah Cikgu Kassim Ibong dan Cikgu Rahman Odis...

Syabas! dan Tahniah! juga kepada semua rakan-rakan yang telah menyertai reunion pada kali ini, walaupun sebenarnya masing-masing dihimpit pelbagai kesibukan. Reunion ini telah dirancang oleh semua rakan-rakan yang terlibat sejak awal tahun 2015 lagi.

Alhamdulillah..., Reunion SRK Bandar Tawau telah berjaya dilaksanakan pada 21 Julai 2015 yang lalu, iaitu bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Saya? Saya tidak berkesempatan menyertai reunion itu disebabkan pelbagai himpitan aktiviti lain. Maaflah... (*____*)

Berikut adalah antara foto-foto yang telah dikongsikan oleh sahabat saya, Puan Suzana atau panggilan manjanya, "Nang". Terima kasih banyak-banyak Nang... (*__^), di atas perkongsian ini.




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Monday, 25 January 2016

Foto Rakanku Sekelas - 6B, Enam Bakawali




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sekolahku SK Bandar Tawau

Zaman persekolahanku bermula pada tahun 1979, iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tawau. Saya telah dimasukkan ke dalam Kelas Teratai.iaitu Darjah (Tahun) Satu Teratai. Pembahagian kelas dulu-dulu di sekolahku diberikan nama bersempena dengan nama bunga-bungaan. heheheee...

Antaranya ialah Kelas Anggerik, Kelas Bakawali, Kelas Cempaka, Kelas Dahlia, Kelas Melur dan Kelas Teratai. Kelas Teratai adalah kelas yang paling hujung iaitu Kelas F. heheheee...

Dahulu, sekolahku dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tawau , tetapi telah berubah namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tawau, dan kini ia dikenali Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau.

Saya tidak pasti bila perubahan nama itu dilakukan. Seandainya Anda mempunyai maklumat mengenainya, marilah, kongsikan di sini.bersama-sama dengan kami. Maklum sahajalah, maklumat penting begitu dulu-dulu saya tak ambil kisah. Lagipun, usiaku ketika itu masih lagi kanak-kanak yang kurang berkemampuan menilai maklumat penting begitu.

Ditambah lagi kesemua kenangan lalu, khususnya potret-potret berkaitan sekolahku ini telah terbakar pada tahun 1989. Ya, kampungku telah terbakar pada tahun 1989 iaitu Kampung Titingan Tawau.

Sekiranya Anda ada menyimpan potret-potret lama mengenai sekolahku, terutamanya maklumat-maklumat pada tahun 1979 sehingga 1984, marilah, kongsikan di sini...



Baca selanjutnya, Klik di sini...