Showing posts with label SM Holy Trinity. Show all posts
Showing posts with label SM Holy Trinity. Show all posts

Tuesday, 15 March 2016

Jejaka Bernikah, Siapakah Dia?

Nang… Bila Nak Jawab Soalan tue? Heheheheee…

Malam ini, sengaja saya melapangkan sedikit masa untuk membuat sebuah coretan di dalam blog ini sebelum beradu... Coretan ini saya khususkan buat sahabat lama, Nang namanya (^___^)

Nang, merupakan rakan saya semasa sekolah rendah dahulu, dan sejujurnya, saya tidak pernah mengenalinya, sehingga kini pun. Kami sekadar berkomunikasi melalui aplikasi whatsapp dalam group Rakan-Rakan Tawau. Saya mula berkomunikasi dengan Nang melalui aplikasi whatsapp setahun yang lalu, awal tahun 2015, tak silap saya,  iaitu selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat lama, Damin namanya, di dalam Group Whatsapp SK Bandar Tawau…

Saya berada dalam group whatsapp SK Bandar Tawau tak lama, tak silap lebih kurang seminggu lebih sahaja, akhirnya saya left. Heheheee

Saya terpaksa left kumpulan whatsapp itu kerana ia terlalu aktif, dan ketika itu saya belum mahir menggunakan pelbagai settings aplikasi whatsapp, so hari saya left, sebenarnya saya termiss pelbagai panggilan penting dek menyenyapkan henfon peribadi saya kerana deringan whatsapp kumpulan SK Bandar Tawau ketika itu semacam mengganggu tugasan harian. Terlalu kerap berbunyi…

Satu lagi sebabnya, saya suka merapu dalam group itu. Hahahaaa…

Khuatir ada rakan-rakan terguris hati, saya meninggalkan kumpulan whatsapp SK Bandar Tawau, lalu mengwujudkan satu Kumpulan whatsapp yang kurang aktif, melalui usaha bersama sahabat saya Bro Damin. Saya bersama Bro Damin mengujudkan satu kumpulan whatsapp dengan satu misi penting, tetapi akhirnya misi itu berkubur... Namun, baru-baru ini, misi itu seolah-olah telah terlaksana… Syukur Alhamdulillah… Akan saya beritahu Misi yang saya maksudkan di akhir contengan ini. Misi saya bersama Bro Damin, usaha dalam group whatsapp...

Tahun 2015, merupakan tahun di mana saya mula berkomunikasi dengan rakan-rakan lama, yang telah terpisah berpuluh tahun. Sebenarnya saya mula berkomunikasi dengan Bro Damin juga melalui aplikasi whatsapp, iaitu selepas berpuluh tahun kami terpisah. Berkomunikasi bukan dalam group whatsapp SK Bandar Tawau, tetapi kumpulan Whatsapp SM Holy Trinity…

Bro Damin merupakan sahabat lama saya sejak di bangku sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Kami berlainan kelas sebenarnya, tetapi dialah rakan seperjalanan saya dari Kg. Titingan ke SM Holy Trinity dahulu. Tak sangka pula akhirnya saya berjumpa dengannya semula hasil kemajuan teknologi maklumat sekarang ini. Terima kasih tidak terhingga pada teknologi maklumat yang terus berkembang sehingga mempertemukan pelbagai kumpulan-kumpulan manusia yang sudah lama terpisah.

Saya bersemuka dengan Bro Damin di sebuah Hotel di bandar Kuala Lumpur. Itulah pertemuan kami yang pertama, iaitu lebih kurang jam 9 malam dia bertandang ke bilik hotel saya selepas berkomunikasi melalui aplikasi whatsapp. Sehingga lewat malam kami bersembang pelbagai perkara. Lebih kurang pukul 2 pagi, barulah dia mengundurkan diri. Heheheee…





Saya Bersama Bro Damin di Bilik Hotel bersembang sehingga ~ jam 2 pagi

Keesokan harinya, kami bertemu sekali lagi di Restoran KFC, berhampiran hotel saya menginap. Reunion tiga sahabat lama dari SM Holy Trinity – Saya, Bro Damin, dan Bro Don... Tidak lama kami bersembang, lebih kurang tiga empat jam tak silap saya…


Saya bersama Bro Damin dan Bro Don, di Restoran KFC, berdekatan Hotel saya menginap





Di akhir pertemuan itulah, saya bersama Bro Damin telah berpakat melakukan Satu Misi yang saya maksudkan, iaitu misinya lebih kurang seperti tajuk di atas,  “Jejaka Bernikah, Siapakah Dia?”

Persoalan itu jugalah saya luahkan kepada rakan saya, Nang, petang tadi. Dan dia masih belum menjawabnya sehingga kini. Heheheee…

Nang merupakan seorang rakan yang amat sporting, dan tak pernah menghampakan apabila berkomunikasi melalui aplikasi whatsapp, walaupun dalam keadaan terpaksa... Thank you very much Nang… saya bergurau-gurau bah…

Nang! Walaupun sedikit bercelaru, akhirnya berjaya juga saya membuat satu lakaran merapu daripada tajuk ini, seperti mana yang saya beritahu petang tadi. Nampaknya kenakalan saya sejak sekolah rendah, tak juga berubah-ubah sehingga ke tua. Heheheee...

Salam Hormat Buat Semua Rakan-Rakan yang Saya Kasihi Kerana DIA.

(*___*)



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Friday, 4 March 2016

Reunion SM Holy Trinity Tawau 2015

Tahun 2015 telah melakar kenangan yang amat bermakna buat saya dan rakan-rakan sepersekolahan dahulu. Bermula tahun 1979 sehingga tahun 1984, kami memulakan zaman persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Tawau,  dan sebahagian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah (SM) Holy Trinity Tawau pada tahun 1985 sehingga 1989.

Tidak pernah terlintas di dalam pemikiran setiap daripada kami bahawa sebahagian daripada kami akan bertemu semula dalam majlis reunion. Sungguh! Kami tidak pernah terfikir mengenainya.

Syukur Alhamdulillah, kemunculan teknologi maklumat khususnya Aplikasi Whatsapp dan Facebook yang paling hangat pada masa ini, telah memudahkan kami berkomunikasi semula. Seterusnya merealisasikan pertemuan melalui majlis Reunion. Majlis menggamit kenangan persekolahan bersama rakan-rakan sepersekolahan suatu masa dahulu. Paling penting, mengeratkan semula silaturahim yang telah lama terpisah.

Dua lakaran sebelum ini saya telah kongsikan dengan Anda yang memaparkan Majlis Reunion SK Bandar Tawau Setelah 31 Tahun Terpisah. Anda boleh melihat coretan itu di sini, klik sahaja tajuk yang saya paparkan di bawah;

1. Koleksi Foto-Foto Reunion SK Bandar Tawau Tahun 2015 dan 
2. Reunion SK Bandar Tawau, Bertemu Selepas 31 Tahun...

Lakaran kali ini, saya ingin kongsikan pula Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau yang telah dilaksanakan pada 20 Julai 2015 yang lalu, bertempat di Hotel Emas Tawau. 

Majlis Reunion SM Holy Trinity diadakan sehari lebih awal daripada Majlis Reunion SK Bandar Tawau.

Sebenarnya Majlis Reunion SK Bandar Tawau Setelah 31 Tahun Terpisah telah dirancang seawal tahun 2015 lagi. Berbeza dengan Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau yang dirancang cuma seminggu sahaja. Heheheeee...

Orang kuat yang menjadi tonggak Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau 2015 ialah Puan Rita Kasumahwati atau gelaran yang saya berikan kepadanya, Rita Cumil. (*___^)

Juga tidak dilupakan, seorang lagi tonggak kuat yag merealisasikan Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau 2015 ialah Puan Wardawati yang masih lagi kelihatan Anggun Rupawan sehingga kini... (*___^)

Berikut adalah foto-foto yang telah dirakamkan semasa Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau 2015 yang lalu. Foto-foto ini telah dikongsikan oleh Puan Rita Cumil untuk diabadikan di dalam blog ini...










Saya telah tidak hadir dalam Majlis Reunion SM Holy Trinity 2015, seperti mana Majlis Reunion SK Bandar Tawau Selepas 31 Tahun Terpisah, disebabkan himpitan tugasan... 







Baca selanjutnya, Klik di sini...