Monday, 30 May 2016

Reunion 6 Bakawali, SRK Bandar Tawau 30hb Mei 2016

Malam ini, sebelum melelapkan mata, saya mengambil kesempatan untuk melakarkan satu coretan di dalam blog ini khusus buat tatapan rakan-rakan saya yang telah lama terpisah. Rakan-rakan saya semasa zaman sekolah rendah dahulu di SK Bandar Tawau, tahun 1979 - 1984.

Coretan malam ini adalah berkisar tentang Reunion Kelas 6 Bakawali, Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tawau yang telah diadakan pada hari ini, 30 Mei 2016 di SK Bandar Tawau, seterusnya pada malamnya di Hotel Heritage, Tawau.

Terima kasih kepada sahabat saya, Saparudin atau biasa saya memanggilnya Din sahaja, kerana telah sudi berkongsi beberapa foto untuk kami imbau kembali bersama-sama kenangan semasa zaman persekolahan dahulu di SK Bandar Tawau. Pagi tadi, dia sempat mengirimkan kepada saya foto lama yang saya paparkan di bawah.

.
Terima kasih sekali lagi sahabatku Saparudin... 
Ketahuilah bahawa wajahmu masih segak dan kemas juga, seperti dulu-dulu semasa zaman persekolahan kita dahulu..

Tak apalah, saya teruskan lakaran Aktiviti Reunion 6 Bakawali yang telah diadakan pada hari ini, dengan memaparkan foto pertemuan rakan-rakan lama di Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau. Berikut adalah foto-foto yang sempat dikongsikan dengan saya. Menurut sahabatku Din yang segak dan kemas, foto di bawah ini telah dirakamkan betul-betul di dalam Kelas 6 Bakawali dahulu. Susunatur pun adalah mengikut sepertimana foto lama dahulu...


Kedudukan adalah sama seperti foto dahulu (Rujuk di sini)



Foto di atas pula memaparkan rakan-rakan lama mengambil gambar beramai-ramai di bawah pohon mangga... Pokok mangga itu telah banyak melakarkan kisah para pelajar SRK Bandar Tawau sejak dahulu, hingga kini. Di bawah pohon mangga itulah pelbagai aktiviti pelajar telah dilakukan, termasuklah makan waktu rehat, bermain guli, permainan ye yek dan ajap... (*___*) 

Sememangnya pohon mangga itu masih tegak berdiri sehingga kini. Nostalgia yang sukar dilupakan kerana pohon yang rendang itu masih berupaya menyimpan khazanah berharga para pelajar SRK dan SK Bandar Tawau.


Sempat memetik buah mangga... Saudara Johari yang paling tinggi... (*___^)

***********************************************


Sebentar tadi, (pada malamnya), Reunion 6 Bakawali telah diteruskan dengan mengadakan Jamuan Makan Malam di Hotel Heritage Tawau. Berikut adalah antara foto-foto yang sempat dirakamkan dan seterusnya dikongsikan dengan saya...






Aduhhh! mataku pula sudah mula mengantuk... tak apalah, lain kali akan saya sambung pula coretan ini. In Sha Allah.... buat tatapan sahabat lama yang saya kasihi kerana DIA...



Baca selanjutnya, Klik di sini...