Saturday, 30 January 2016
Menyingkap Keseksian Suara Hati...
Lakaran ini adalah cetusan idea daripada adikku Tampan Bergaya. Saja aku kongsikan dengan Anda diblog ini. Menurutnya,
Orang yang ada motivasi adalah orang yang rajin berusaha. Sebaliknya pula, orang yang tidak ada motivasi dan tidak tercari-cari motivasi adalah orang yang tidak mahu berusaha.
Motivasi hanya wujud dalam diri orang-orang yang mahu berusaha. Seseorang yang rajin berusaha kerana dia mahu mencapai sesuatu di dalam kehidupan ini.
Seseorang yang tidak tahu apa yang dia ingin capai tidak akan rajin berusaha. Dia hanya mahu berseronok, bersenang-senang dan tenggelam dalam kebosanan...
Motivasi hanya akan ada bila mana Anda mulai merasa ingin berubah atau ingin mencapai tahap lebih baik dalam apa jua perkara yang Anda minati, juga dalam apa perkara yang Anda sedang usahakan sekarang ini.
motivasi sebenarnya adalah keinginan. Motivasi boleh menjadi sebuah keinginan membara, azam yang kuat, cita-cita tinggi, mempunyai matlamat yang ingin dicapai, impian yang mahu direalisasikan.
Tanya diri Anda sendiri, apa maksud motivasi yang Anda fahami? Sekarang, Anda mungkin seorang pekerja, seorang usahawan, seorang pelajar, seorang ibu tunggal, seorang bapa atau mungkin seorang bos.
Motivasi buat Anda adalah sesuatu yang mendorong Anda sama ada mahu memilikinya, mencapainya, merealisasikannya atau mengimpikannya.
Tatkala anda mahukan sesuatu dan anda benar-benar amat mahukannya, disitulah wujudnya motivasi.
Kala anda sedang mencintai seseorang dalam diam kemudian anda mahu menjadikannya pasangan hidup, itulah juga yang dikatakan motivasi. Bezanya, ia adalah motivasi cinta.
Motivasi ibarat minyak kereta. Jika kereta tidak ada minyak, kereta tidak boleh berjalan. Begitulah juga halnya lilin tanpa api.
Apabila tidak ada api, lilin tidak boleh menyala. Hanya sebatang lilin biasa, tanpa percikan api, lilin tidak akan menyala.
Motivasi sebenarnya amat ringkas tetapi yang terlepas pandang mengenainya terlalu ramai.
Jika anda mahu ubah hidup anda jadi lebih baik dari sekarang gunakanlah motivasi yang Anda miliki.
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Friday, 29 January 2016
Mengintip Suria Hati, Seksi....
Malam ini hatiku terdorong untuk berkongsi berkenaan kehidupan indah.
Hidup memang selalunya indah.
Tapi yang menjadikan hidup ini tidak indah adalah Anda. Anda menjadikan hidup Anda tidak indah dengan memikirkan yang buruk, bersangka buruk dan bersikap buruk, termasuklah berkata yang buruk-buruk.
Lihatlah orang yang berfikiran positif. Orang sebegitu hidupnya indah. Dia bahagia, dia nampak seperti orang bertuah kerana dia nampak bahagia.
Sebenarnya semua itu diusahakan melalui minda. Keindahan hidup boleh dibentuk. Caranya bagaimana? Melalui fikiran.
Fikiran kita ini bertindak sebagai doa. Lebih banyak kita berfikir tentang sesuatu, samalah seperti kita berdoa dan terus berdoa supaya apa yang kita fikirkan itu muncul menjadi realiti dalam kehidupan kita.
Sebagai contoh, tiap kali Anda memikir masalah, samalah seperti Anda selalu meminta masalah dimunculkan.
Setiap kali Anda geram dengan masalah, setiap kali itu jugalah Anda seolah-olah meminta makin banyak masalah dimunculkan dalam hidup Anda.
Setiap kali Anda dilanda situasi buruk yang tidak dijangka seperti kemalangan, kemiskinan, masalah kewangan, tekanan perasaan, tekanan kerja, sikap kawan yang menyakitkan hati atau sesuatu berlaku di luar kemahuan Anda, alihkan perasaan sakit hati itu. Hentikan.
Bertenanglah. Berserahlah.
Apabila sesuatu sudah berlaku, Anda tidak ada kuasa mengubahnya. Tapi Anda akan kuasa mengawal apa yang bermain di fikiran Anda.
Orang yang selalu berfikir positif akan mendapat balasan positif.
Mungkin masa itu situasi tidak memihak kepada Anda, tapi di satu ketika lain, situasi akan memihak kepada Anda kesan dari sikap berfikiran positif, kesan dari sikap bersangka yang baik-baik.
Yang baik tetap akan mengatasi yang buruk walau kelihatannya yang buruk itu seolah-olah menang.
Ubah sikap Anda. Binalah sikap suka bersangka baik. Sebab, sikap itu akan menunjukkan kesannya.
Bezanya, cepat atau lambat saja.
"Manis dan Indahnya hidup ini hanyalah fatamorgana andai Pancaindera yang merasainya berjilbab tanpa nama NYA"

Reunion Sk Bandar Tawau, 2015 - Bertemu Selepas 31 Tahun Berlalu...
Lakaran ini adalah susulan daripada coretan sebelum ini yang bertajuk "Koleksi Foto-Foto Reunion". Sebenarnya ada beberapa foto lagi yang saya tidak sempat masukkan ke dalam blog ini tempohari. Oleh itu, dalam entri kali ini, saya tambahkan lagi beberapa foto-foto Reunion SK Bandar Tawau tahun 2015 yang telah diberikan oleh Puan Suzana @ Nang.
Terima kasih sekali lagi kepada Puan Suzana @ Nang kerana sudi berkongsi kesemua foto-foto ini. Menurutnya "Every moment sepanjang reunion itu berlangsung, amat indah" sukar terluah. Apatah lagi keindahan itu dia nak gambarkan kepada saya. Memang susah!
Wah! daripada ungkapannya itu, ia memaparkan betapa menariknya gambaran sepanjang Reunion itu berlangsung. Namun, apakan daya, keindahan itu saya tak dapat rasai kerana telah tidak bersama-sama. Rasa rugilah pula... (*___*)
Puan Nang sempat juga memberitahu kepada saya bahawa terdapat Satu Video yang cukup touching yang telah disediakan oleh Sahabat lama saya, bernama Baharun. Moga-moga Video itu dapat dikongsikan di blog nanti, In Sha Allah.

Jangan Takut Mencuba
Sebelum melelapkan mata malam ini, izinkanlah saya berkongsi luahan ini.. 😊
Jangan Takut Mencuba
************************
Ketahuilah bahawa setiap sesuatu itu perlu dipelajari agar kelak mahir mengenainya. Oleh sebab itu, ketahuilah masalahnya dahulu dan pelajari bagaimanakah cara mengatasi masalah itu. Berbanding berterusan merendah-rendahkan diri sendiri serta memikirkan ia sebagai satu masalah yang tiada cara penyelesaiannya.
Kehadiran di dunia ini sememangnya bukanlah sia-sia, tetapi jauh daripada itu adalah untuk mempelajari sesuatu tentang kewujudan-Nya dan lebih jauh daripada itu adalah agar memahami kekuasaan-Nya.
Sekiranya tidak mahu mencuba dan mempelajari sesuatu perkara, bagaimana mungkin diri sendiri akan mengetahui dan merasainya? Satu-satu kemahiran itu tidak akan pernah terlaksana di dalam diri andai diri sendiri tidak mahu mencubanya!.
Memanglah, dalam setiap percubaan-percubaan itu kelak beroleh risiko. Dan jangan lupa juga bahawa mungkin ia akan menjadi kenangan manis di dalam perjalanan hidup ini. Harus diyakini bahawa segala risiko itulah yang akan mematangkan diri agar cekal menghadapinya.
Ketahuilah juga bahawa semua insan yang diciptakan oleh-Nya tidak ada yang sempurna, kecuali DIA - MAHA PENCIPTA. Oleh itu, anggaplah kesilapan yang akan berlaku di dalam mencuba sesuatu itu sebagai satu proses untuk mengenali siapa sebenarnya diri berbanding DIA.
Dan jangan lupa pula bahawa kemahiran yang kelak dimiliki hasil usaha berterusan, sememangnya satu usaha untuk merapatkan diri kepada-Nya, jauh daripada itu, untuk mengenali-Nya.
Jangan takut untuk mencuba kerana pasti bila sentiasa dicuba, diri sendiri akan berkemahiran mengenainya...
"...Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.(Al-A'raf, 7: 155)
🌴🌴🌴

Tips agar diSayangi Suami.. Politik Malaysia
Malam semakin larut, tiba-tiba pula tergerak hatiku melakarkan sebuah coretan baharu iaitu, Tips Agar diSayangi Suami, buat tatapan para Isteri. Tips ini eksklusif dari perspektif suara hati seorang suami 😊
Pengalaman hidup yang telah aku lalui, merupakan rencah hasil adunan rahsia mengapa diriku mengasihi dan menyayangi Isteriku. Sungguh! Tips ini adalah luahan hati, eksklusif untuk Anda ketahui dan dikongsi bersama-sama, InshaAllah.
Andai tips yang dikemukakan ini terdapat cacat celanya, anggaplah ia terluah daripada kelemahan diri saya.
Moga-moga Allah SWT mengampunkannya. Dan sesungguhnya, saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Anda kerana terus sudi menelaah lakaran-lakaran larut malam begini 😊
Tapi sebelum itu, barangkali ada baiknya juga aku kongsikan dahulu dua kisah kehidupan, Politik Malaysia dahulu, untuk ditafsir dan dijelmakan di ruangan minda, supaya terbayanglah Tips Utama yang ingin aku kongsikan dengan Anda.
Kisah 1
Peristiwa berlaku pada hari Rabu, tahun 1998 bertarikh 2 September. Ketika itu, heboh seluruh Negara Malaysia. Masih segar diingatanku ketika mengetahui peristiwa yang berlaku. Aku sedang berada di sebuah resort tepi pantai.
Semasa berehat-rehat sambil minum pagi di resort yang aku maksudkan, tiba-tiba pemilik resort yang merupakan seorang ahli perniagaan berbangsa Cina, telah melontarkan berita gempar sambil menunjukkan muka surat hadapan akhbar Berita Harian yang lebih kurang bermaksud “Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu, telah dipecat”.
Peristiwa itu disusuli dengan gelombang suara rakyat khususnya laungan Reformasi. Bukan sahaja di dalam negara, malahan turut bergema di luar negara. Hatta sampai negara Amerika, turut sama melaungkannya. Sampaikan Timbalan Presidennya yang bernama Al-Gore datang dengan gerombolannya menjejakkan kaki ke negaraku tercinta, Malaysia.
Realitinya, laungan Reformasi itu tidak bergema lama, ia sedikit demi sedikit padam dek kekentalan dan kewibawaan pemimpin bernama Tun Dr. Mahathir Mohammad, yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu dan merupakan individu yang bertanggungjawab memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalannya.
Di sebalik itu juga, Tun Dr. Mahathir tidak pun mengendahkan atau menghiraukan pelbagai gelaran-gelaran cela yang dijenamakan kepadanya termasuklah Mahafir’aun, Mahazalim dan selainnya.
Semuanya itu ditepis oleh jiwa kepemimpinan yang dipunyai oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad. Malahan masalah ekonomi ketika itu, yang dialami Malaysia, berupaya diselesaikan dan akhirnya cengkaman IMF (International Monetary Fund) di bumi Malaysia dapat dielakkan.
Teori ekonomi Tun Dr. Mahathir akhirnya diterima pakai dan berupaya serta terbukti berkesan menyelesaikan sebahagian masalah2 ekonomi yang dihadapi negara Malaysia ketika itu. Ia juga telah menjadi lipatan sejarah berguna untuk dunia mempelajarinya...
Kisah 2
Jujur saya memberitahu kepada Anda bahawa aku juga menghormati dan mengagumi keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, khususnya Datuk Seri Wan Azizah, isterinya.
Sungguh! Aku mengagumi mereka.
Bayangkanlah ujian bertimpa-timpa yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini, bukan calang-calang ujiannya. Keluar-masuk penjara. Bermula dengan tuduhan liwat dan dibuktikan di mahkamah, tetapi tuduhan itu akhirnya digugurkan pula pada tahun 2004, dan kini, dipalitkan pula semula tuduhan liwat terhadapnya. Dan yang terbaru, video seks, tersebar merata di alam maya.
Datuk Seri Wan Azizah membuktikan sifat setia seorang isteri terhadap suami tercinta. Sehingga kini, beliau masih di samping Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdiri teguh menepis segala tohmahan negatif terhadap suaminya. Malahan dialah menjadi tulang belakang kekuatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ini.
Segala tohmahan-tohmahan yang bertebaran di alam maya tidak pun merenggangkan hubungan mereka berdua, iaitu hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dgn Datuk Seri Wan Azizah. Begitulah pemerhatian kasar yang aki boleh kongsikan dengan Anda.
Sememangnya peristiwa yang menimpa keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ikhtibar berguna. Sebab itu aku melakarkannya di sini untuk tatapan Anda, saudaraku yang sememangnya saya kasihi kerana DIA.
Kedua-dua kisah di atas merupakan intipati tips yang saya ingin kongsikan. Andai masih belum pasti, InsyaAllah di lakaran berikutnya, akan dapatlah digali maknanya nanti... 😊
🌵🌵🌵
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Wednesday, 27 January 2016
Mencari Jodoh, bertemu Isteri... Bhg 4
Sebenarnya aku memulakan usaha mengorat gadis setelah aku mengerti bahawa aku mesti berkahwin segera memandangkan usiaku semakin lanjut ketika itu.
Ada tiga gadis yang hampir-hampir aku kahwini. Bukanlah berkahwin sekali gus dengan ketiga-tiganya serentak, OK... tetapi kerana tidak berjaya dengan yang satu, aku mencuba pula yang berikutnya, sehinggalah aku bertemu dengan Isteriku Tercinta.
Kisah ini aku ceritakan kepada Anda dengan harapan Anda akan mengerti dan mempunyai keyakinan untuk melakukannya. Manalah tahu... bukan? (*___*)
Sengaja aku menceritakannya di sini kerana ingin berkongsi dengan Anda, sahabat yang aku kasihi. Anda sememangnya aku kasihi kerana DIA. Terima kasih jua kerana terus sudi bergurau senda di sini. Ketahuilah bahawa tanpa rahmat NYA, siapalah aku untuk terus berbual-bual dengan Anda. Anggaplah usaha begini adalah jalinan ukhuwah, silaturahim agar kita bersatu hati, In Sha Allah.
Sejujurnya aku memberitahu di sini bahawa aku bersua dan bertemu dengan Isteriku Tercinta sekali pandang sahaja. Lalu terus bernikah. Akan aku kisahkannya kepadamu Jo, kerana aku ingin berkongsi mengenainya memandangkan kekuasaan dan keajaiban NYA ada terselit di dalam kisah itu.
Bayangkanlah, dengan tiga gadis yang hampir-hampir aku jadikan suri di dalam hati dan hidupku, tetapi kerana mereka bertiga bukanlah jodohku, akhirnya Isteriku Yang Tercinta pula yang aku kahwini. Inilah yang dinamakan Jodoh.
Sememangnya Jodoh adalah hak mutlak ketentuan-NYA. DIA sememangnya maha berkuasa, tiada yang dapat menandingi kekuasaan yang ada pada NYA. DIA lah Tuhan Penguasa Alam Semesta, Allah SWT.
Maha Suci Allah dari segala perbandingan yang zahir pada pandangan mata.
Allahuakhbar!
Perlu juga aku beritahu kepada Anda bahawa aku amat bersyukur di atas kurniaan-NYA, iaitu apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan ini, aku perlu yakini bahawa ia adalah semata-mata merupakan ujian-ujian dunia yang harus dilalui.
Kepada-NYA jua aku memohon keampunan di atas segala kealpaan dan kesilapan dari tafsiran yang aku lakukan khususnya kerja-kerja di dalam kehidupan duniawi ini.
Sesungguhnya, diriku terlalu kerdil di dalam mengenali erti kesemua paparan yang ada di dalam kehidupan duniawi ini. Apatah lagi untuk mengetahui segala macam perkara yang tersembunyi. Memang aku tidak mampu andai belas ehsan dari NYA tiada bersama-sama mengiringkan panahan cahaya NYA di sepanjang perjalanan kehidupan ini. Sungguh!, aku akan buta pandangan tanpa cahaya NYA. Itulah ungkapan mudah yang aku dapat luahkan kepada Anda.
Setinggi-tinggi kesyukuran diiringi ungkapan Alhamdulillah sebanyak-banyaknya... kerana kini aku dikurniakan seorang wanita yang penuh dengan kasih-sayang yang dicurahkan kepadaku dan terlalu sukar untuk aku menyatakannya kepada Anda.
Sememangnya dialah wanita yang aku kasihi dan sayangi, dialah Isteriku Tercinta...
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Mencari Jodoh... Bhg 3 (diraba)
Pencarian
Jodoh, Bhg 3
****************************
Petang
ini, aku berusaha mengambil sedikit masa untuk melanjutkan kisahku bertemu
jodoh dengan harapan saudara Johari tidak hampa menunggu ilmu ini.
Kali ini
aku ingin kongsikan kisah sebenarku diraba. Oppssss… Jangan terkejut atau
terperanjat!.
Memang ini
kisah benar yang telah berlaku. Bukanlah selalu, tetapi hanya sekali peristiwa
ini didalam hidupku. Disebabkan ia berlaku hanya sekali, maka peristiwa itu
masih melekat lagi di minda dan jiwa ku walaupun peristiwa itu telah lama
berlalu.
Sebab itu
aku katakan keoada saudara Jo bhw pengalamanku bertemu jodoh ini eksklusif
untuknya. Jangan diingat perlakuan raba meraba ini hanya berlaku terhadap perempuan
sahaja. Ia juga telah berlaku ke atas diriku yang bernama lelaki. Heheheee..
Memang
mengaibkan sekiranya perempuan melakukan perbuatan itu. Ia juga amat memalukan
kerana pada saya, seorang gadis tidak seharusnya berperangai begitu. Aku
menceritakan peristiwa ini dengan harapan moga-moga ia menjadi pedoman...
Peristiwa
itu berlaku ketika aku berumur 27 tahun dan masih belajar di peringkat Sarjana
Sains. Ketika itu, setiap hari aku ke kampus menaiki bas mini awam. Bukan satu
hentian, tetapi aku terpaksa berpindah bas dua kali. Maklumlah, kediamanku
bersama empat rakan lain ketika itu agak terpencil dan hanya berkeupayaan
dimasuki oleh bas-bas mini tanpa lesen sahaja...
Telah
menjadi kegemaranku, bilamana menaiki bas mini, tempat duduk di bahagian
belakang adalah pilihanku. Di bahagian belakang itulah paling sesuai untukku
memerhatikan gelagat segala yang berlaku di dalam bas ketika itu. Suka juga aku
memberitahu bahawa terkadang terdetik juga di dalam hatiku mengharapkan agar
adalah awek cantik duduk di sebelahku. Hehehe…
Suatu
hari, peristiwa yang aku impikan itu memang berlaku. Bukan seorang awek, tetapi
tiga sekawan telah duduk di bahagian belakang bas mini ketika itu. Sebenarnya
bahagian belakang bas mini boleh memuatkan empat orang sahaja. Peristiwa itu
berlaku sekitar pukul 7.00 malam di mana penglihatan di dalam bas mini agak
samar-samar. Disitulah bermulaanya kisah yang aku ingin ceritakan ini. Ianya
berlaku betul-betul diluar jangkaanku.
Masih
segar di dalam ingatanku, entah mengapa awek yang dekat denganku tiba-tiba
meletakkan tangannya dan menggaru-garu di atas pahaku. Betul-betul aku terkejut
bercampur berdebar-debar dan pastilah juga keliru. Sememangnya peristiwa itu
tidak pernah aku fikirkan akan berlaku.
Dalam masa
yang sama, aku juga perasaan yang dia sedang melirikkan matanya kepadaku. Nasib
baik juga disebabkan sifat pemaluku, akhirnya aku memalingkan wajahku ke
arahnya dengan mengerutkan keningku dan menunjukkan yang aku memang tidak
menyukai perbuatannya ketika itu.
Barangkali
dia memahami isyarat yang aku berikan, akhirnya dia mengalihkan tangannya dari
ribaanku. Sebenarnya peristiwa itu betul-betul mengejutkan aku. Dan mindaku
terus sahaja berputar, bercampur-baur dan di dalam keadaan dilemma.
Ada dua
pilihan yang aku boleh lakukan ketika itu. Sama ada aku berasa riang gembira
dan menyambut pelawaanya ? #@%$ ... Atau aku memarahi sahaja dia dan seterusnya
menempelak perbuatannya. Namun, syukur Alhamdulillah, kewarasan akal fikiranku
membuatkan aku tidak memilih kedua-dua pilihan itu. Pastilah ia didorong oleh
sifat pemaluku.
Aku juga
yakin andai memilih salah-satu di antara kedua-dua pilihan itu, pastilah para
musuhku (syaitan) akan bersorak gembira melihat gelagatku ketika itu.
Akhirnya
aku tenangkan diri dan buat-buat seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pastilah
wanita yang duduk disebelahku itu memandang secara sinis dan sempat juga
melontarkan senyuman-senyumannya kepadaku. Aku tidak pasti mengapa awek
disebelahku itu melakukan perbuatan itu. Memang aku tidak mahu memikirkan
apa-apa kemungkinan kerana itu adalah urusannya. Pastilah hanya DIA yang
mengetahuinya.
Apa yang
aku mampu lakukan selepas itu, menetapkan pendirianku dan beristigafar
pada-Nya. Alhamdulillah, DIA telah memberikan kekuatan kepadaku.
Kisah itu
berakhir begitu sahaja dan memanglah aku tidak berusaha mengenali awek yang
duduk di sebelahku itu. Kenapa? Kerana aku yakin dengan kekuasaan-Nya.
Sesungguhnya DIA maha Adil dan maha Bijaksana. Masih segar di dalam hati dan
mindaku akan pesanan-Nya;
"Lelaki
yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya)
tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki
musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang
beriman." (An-Nur, 24: 3)
"Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (Al-Isra,
17: 32)
Kini
fikiran warasku berkata-kata mungkinkah awek-awek itu sengaja mengenakan aku?
mungkinkah mereka hanya ingin bergurau-gurau denganku? mungkinkah juga awek itu
memang mau mengorat aku? Atau mungkinkah juga bisikan-bisikan musuhku cuba
mempengaruhi agar aku menuruti perbuatan seperti itu?
Ya, banyak
lagi kemungkinan yang boleh aku senaraikan. Dan pasti hanya awek yang duduk di
sebelahku itu mampu menjawabnya. Apa yang paling penting padaku, pastilah aku
tidak berminat awek berperangai seperti itu.
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Mencari Jodoh.. bhg 2, Syurga Cinta
Jodoh Pertemuan itu amat-amat bermakna.
Hidup kita akan berubah bila mana bertemu jodoh. Dan pastilah pengiktirafan terhadap diri juga akan berubah. Perubahan pada semua perkara…
Tetapi, kali ini saya lebih suka berkongsi dengan Anda mengenai tiga jenis Jodoh Pertemuan yang saya perolehi semalam, selepas menonton di panggung wayang.
Istilah mengenai Jodoh ini saya perolehi selepas menonton filem Syurga Cinta, hasil arahan Ahmad Idham. Heheheeee…
Sebenarnya, semalam saya bersama isteri dan anak-anak telah bersiar-siar menikmati panorama kehidupan. Sebab itulah kami akhirnya singgah di sebuah panggung wayang, menonton kisah yang dipaparkan di dalam Syurga Cinta. Memang bagus ceritanya, dan kami terhibur dengan pengkisahan ceritanya. Hehe...
Seperti biasa, saya amat mengagumi kata-kata di dalam sesebuah filem. Kali ini saya amat tertarik dengan babak yang memaparkan Atuk Cikgu Syuhadah memberi nasihat kepada Irham iaitu boyfriend kepada Cikgu Syuhadah berkaitan Jodoh Pertemuan.
Nasihat Atuk Cikgu Syuhadah kepada Irham berbunyi;
“Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan. Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan.
Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.
Yang kedua pula Atuk Cikgu Syuhadah mengistilahkan Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.
Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Berusaha Mencari Jodoh... Bhg 1
Cerita ini aku mulakan dengan memperkenalkan diriku adalah seorang yang pemalu. Ceh!!! Sungguh…. Memang aku ini pemalu dan tidak pandai mengorat wanita. Apatah lagi berterus-terang dengan wanita yang aku sebenarnya suka melihat mereka.
Sifat pemalu ini memang aku miliki. Sebab itu barangkali di dalam hidupku bukan aku yang mengorat, tetapi aku yang diorat.
Bukan sahaja wanita, bahkan yang maknyah pun cuba-cuba untuk mengorat aku. Anda tak percaya? Sungguh!, memang aku pernah diorat oleh beberapa orang maknyah. Lucukan!!!
Memang aku tidak menafikan bahawa beberapa kali juga aku hampir-hampir jatuh cinta kepada wanita sebelum mendirikan Bahtera Perkahwinanku. Namun disebabkan oleh sifat pemaluku itu, maka aku tidak berani meluahkannya. Apa yang pasti, kadang juga aku dilamar oleh beberapa wanita.
Tetapi sejujurnya, aku menolak lamaran mereka. Aku tidak mahu menjalin hubungan cinta sebelum bernikah kerana pada diriku, andai cinta itu aku terima, pastilah akan ada tanggungjawab yang harus aku lakukan. Selain itu, jauh di sudut hatiku, memang aku bertekad untuk tidak mahu bercinta sebelum mendirikan Bahtera Perkahwinan. Itu memang telah aku tekadkan di dalam diriku. Kerana apa? Kerana aku tahu bahawa seandainya aku melakukannya, pasti aku akan ditewaskan oleh musuh-musuh ku, para syaitan durjana.
Pastilah musuh-musuhku itu akan bersorak riang gembira kerana dapat menewaskanku di dalam hal sebegini. Kenapa? Kerana di situlah antara lubang-lubang kejayaan mereka untuk menewaskanku. Sebab itulah aku tidak mahu bercinta sebelum bernikah.
Anda, usahlah pula marah kepadaku seandainya tidak bersetuju denganku mengenai perkara ini. Ya, aku tahu bahawa Anda ada kekuatan melawan para musuh ketatku itu. Tetapi bagi diriku, sejujurnya aku amat takut dengan cabaran itu. Apatah lagi membayangkan seandainya aku ditewaskan oleh mereka kelak. Sebab itu di awal-awal lagi aku berusaha mengelaknya. Kenapa? Kerana sememangnya aku ini terlalu pemalu dan lemah berbanding Anda.
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Tuesday, 26 January 2016
Koleksi Foto-Foto Reunion SK Bandar Tawau Tahun 2015
Entri kali ini saya khususkan buat rakan-rakan yang telah mengadakan reunion pertama SRK Bandar Tawau. Reunion ini telah diadakan pada 21 Julai 2015, bertempat di Ball Room, Promenade Hotel, Tawau. Tetamu kehormat reunion kali ini ialah Cikgu Kassim Ibong dan Cikgu Rahman Odis...
Syabas! dan Tahniah! juga kepada semua rakan-rakan yang telah menyertai reunion pada kali ini, walaupun sebenarnya masing-masing dihimpit pelbagai kesibukan. Reunion ini telah dirancang oleh semua rakan-rakan yang terlibat sejak awal tahun 2015 lagi.
Alhamdulillah..., Reunion SRK Bandar Tawau telah berjaya dilaksanakan pada 21 Julai 2015 yang lalu, iaitu bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Alhamdulillah..., Reunion SRK Bandar Tawau telah berjaya dilaksanakan pada 21 Julai 2015 yang lalu, iaitu bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Saya? Saya tidak berkesempatan menyertai reunion itu disebabkan pelbagai himpitan aktiviti lain. Maaflah... (*____*)
Berikut adalah antara foto-foto yang telah dikongsikan oleh sahabat saya, Puan Suzana atau panggilan manjanya, "Nang". Terima kasih banyak-banyak Nang... (*__^), di atas perkongsian ini.
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Monday, 25 January 2016
Nasihat Mencari Jodoh
Hidup
kita akan berubah bila mana bertemu jodoh. Dan pastilah pengiktirafan
terhadap diri juga akan berubah. Perubahan pada semua perkara. Tetapi, kali ini
saya lebih suka berkongsi dengan Anda mengenai tiga jenis Jodoh
Pertemuan yang saya perolehi semalam, selepas menonton di panggung wayang. Istilah mengenai
Jodoh ini saya perolehi selepas menonton filem Syurga Cinta, hasil arahan
Ahmad Idham. Heheheeee…
Sebenarnya, semalam saya bersama isteri dan anak-anak telah bersiar-siar menikmati panorama kehidupan. Sebab itulah kami akhirnya singgah di sebuah panggung wayang, menonton kisah yang dipaparkan di dalam Syurga Cinta. Memang bagus ceritanya, dan kami terhibur dengan pengkisahan ceritanya. Hehe...
Seperti biasa, saya amat mengagumi kata-kata di dalam sesebuah filem. Kali ini saya amat tertarik dengan babak yang memaparkan Atuk Cikgu Syuhadah memberi nasihat kepada Irham iaitu boyfriend kepada Cikgu Syuhadah berkaitan Jodoh Pertemuan.
Nasihat Atuk Cikgu Syuhadah kepada Irham berbunyi;
“Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan. Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan. Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.
Yang kedua pula Atuk Cikgu Syuhadah mengistilahkan Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.
Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Sebenarnya, semalam saya bersama isteri dan anak-anak telah bersiar-siar menikmati panorama kehidupan. Sebab itulah kami akhirnya singgah di sebuah panggung wayang, menonton kisah yang dipaparkan di dalam Syurga Cinta. Memang bagus ceritanya, dan kami terhibur dengan pengkisahan ceritanya. Hehe...
Seperti biasa, saya amat mengagumi kata-kata di dalam sesebuah filem. Kali ini saya amat tertarik dengan babak yang memaparkan Atuk Cikgu Syuhadah memberi nasihat kepada Irham iaitu boyfriend kepada Cikgu Syuhadah berkaitan Jodoh Pertemuan.
Nasihat Atuk Cikgu Syuhadah kepada Irham berbunyi;
“Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan. Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan. Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.
Yang kedua pula Atuk Cikgu Syuhadah mengistilahkan Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.
Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Menikmati Kenikmatan 2
Sebenarnya apa yang
saya cuba jelaskan ialah, buatlah sesuatu usaha agar susu
yang Anda sudah pilih walaupun teramat masam atau teramat manis,
setidak-tidaknya adalah juga gunanya dan tidaklah sia-sia Anda mencubanya.
Selepas menggapai kejayaan bertemu jodoh, akan ada pulalah ujian-ujian dari-Nya. Usah disangka ujian yang bakal dilalui akan sama seperti mana kehidupan sebelum bertemu jodoh.
Umpama seorang pelajar yang telah lulus peperiksaan SPM, takkanlah pula peperiksaan seterusnya masih setaraf SPM juga yang mahu dilalui. Kalau mahu meningkatkan tahap pengetahuan, kena la pula menduduki peperiksaan STPM. Secara tidak langsung, keputusan daripada ujian STPM itu kelak akan menunjukkan tahap ilmu yang telah dimiliki.
Begitulah hakikatnya kehidupan kita yang telah bertemu jodoh. Bila mana melayari bahtera bersama jodoh, pastilah akan ada gelora dan ombak yang melanda. Saya lebih suka menggunakan perumpamaan bertemu jodoh sebagai sebuah bahtera yang telah siap dibina.
Bahtera itu digunakan untuk melayari lautan luas kehidupan ini. Andai bahtera yang dibina bersama-sama jodoh jelas matlamatnya, saya yakin, haluan bahtera akan sampai juga ke destinasi akhirnya, walaupun dilanda sebesar-besar ombak tsunami.
Sebaliknya pula, seandainya bahtera yang dibina tidak ada matlamat yang jelas, saya berkeyakinan, bahtera itu akan terapung-apung di atas lautan kehidupan dengan tidak tentu hala.
Bila mana itu berlaku, sekecil manapun badai yang menghempas, akan hancur musnahlah bahtera yang dibina. Walaupun zahirnya bahtera itu telah dilengkapi dengan pelbagai alatan canggih untuk membantu pelayaran kehidupan itu.
Bahtera yang hebat dengan pelbagai kilauan gemilang tidak akan belayar dengan betul andai matlamatnya tidak diketahui ke mana haluannya. Pasti lama kelamaan ia akan tenggelam jua ke dasar lautan kehidupan nan luas ini. Bila mana itu berlaku, bahtera yang penuh kehebatan itu tidak akan sampai ke titik akhir pelayarannya.
Untuk memahami destinasi bahtera yang telah menjadi lambang kejayaan hasil bertemu jodoh, Anda dan saya mesti mengetahui ilmu-ilmu dan rahsia-rahsia lautan kehidupan ini.
Andai Anda bertanya bagaimana mencungkil dan mencari ilmu-ilmu kehidupan itu? Saya akan mencadangkan agar marilah kita bersama-sama menyingkap Kitab-Nya kerana di situlah tersimpan segala rahsia pelayaran bahtera kehidupan ini.
Terkadang juga bila mana kita membuka lembaran demi lembaran kitab-Nya, tanpa disangka-sangka akan muncullah sedikit demi sedikit keajaiban kuasa-Nya semasa kita memandu bahtera kehidupan ini.
Kuasa keajaiban Nya itu merupakan kompas yang akan membantu menghalakan haluan bahtera yang telah dibina supaya kelak menuju ke destinasi akhirnya yang sempurna.

Menikmati Kenikmatan 1
Perkahwinan
merupakan antara Kejayaan Besar di dalam kehidupan ini. Seandainya
masih ada yang tidak mengejar atau berusaha menggapai kejayaan
tersebut, saya beranggapan rugilah kehidupannya kerana tidak merasai
nikmatnya bertemu jodoh.
Kepada
yang telah bertemu jodoh, saya mengambil kesempatan ini melakarkan
ucapan Syabas dan Tahniah. Kenapa? Sebab bertemu jodoh adalah di
antara kejayaan-kejayaan besar kehidupan yang memang seharusnya
dihargai dan disyukuri.
Marilah
bersama-sama menadah tangan kepada-Nya untuk bersyukur kerana telah
dipertemukan jodoh masing-masing. Bagi saya, kehidupan bertemu jodoh
amat berbeza dengan kehidupan sebelum bertemu jodoh. Memang rasa nikmatnya
amat berlainan sekali.
Usah
dinilai nikmat kejayaan bertemu jodoh itu semata-mata di dalam hubungan
cinta ataupun hubungan seks. Sesungguhnya nikmatnya melangkaui
kesemuanya itu. Percayalah apa yang saya katakan ini. Terutama
di awal-awal pertemuan jodoh itu kelak.
Umpama
merasai keenakan meminum susu, apapun yang akan saya ungkapkan berkenaan
susu itu, pasti Anda tidak akan dapat menggambarkan keenakkannya
kerana saya yang merasainya, bukannya Anda. Sekiranya Anda nak
tahu keenakkan susu yang sayaaksudkan, rasailah sendiri. Heheheee….
Jangan
pula Anda salahkan saya sekiranya tiba-tiba susu itu terasa masam
ataupun terlalu manis!. Sekiranya berlaku seperti itu, barangkali
Anda telah tersalah pilih. Maksud saya, mungkin Anda tidak berhati-hati
ketika memilih susu yang saya maksudkan.
Tetapi
harus juga saya ingatkan bahawa bila mana terlalu memilih, lambat
laun akan terlepas merasai susu yang saya maksudkan itu. Ketahuilah
bahawa lebih baik merasai masam dan manisnya susu itu daripada
tidak merasainya langsung.
Daripada
Anda mengkhayal-khayalkan atau membayang-bayangkan kemasaman atau
kemanisan susu itu, lebih baik mencubanya sahaja. Kalau dah masam,
tambah sahaja sedikit gula, atau buat sahaja susu itu menjadi keju.
Sebaliknya
pula kalau teramat manis, tambahkan sahaja air untuk mengurangkan
kemanisan susu itu.
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Penawar Jiwa 2 - Aura: Saudaraku Johari
Salah satu kaedah mudah memerhatikan Aura kepada Anda yang belum berupaya menguasainya ialah dengan memandang pada cahaya.
Opppsss...
Usah dipandang cahaya itu berterusan kerana kelak mata tersilau dek pancarannya yang amat kuat. Ianya berupaya merosakkan retina mata Anda. Takut-takut nanti keindahan duniawi tidak lagi dapat diperhati.
Oleh yang demikian, cara paling mudah yang saya boleh kongsikan dengan Anda untuk melihatnya ialah menggunakan perisai pandangan. Anda kena melindungi pandangan Anda dahulu menggunakan sesuatu, sebelum Anda melihat Aura. Sesuatu yang saya maksudkan ialah sesuatu yang dikurniakan oleh Tuhan Penguasa Alam.
Oklah, saya tidak mahu menggunakan bunga-bunga ayat yang lebih-lebih di sini kerana khuatir ianya membuatkan naluri Anda menyampah menelaahnya nanti. (*___*).
Ada baiknya saya berikan sahaja contoh yang agak mudah kepada Anda. Caranya begini; Ketika berada di dalam kenderaan, seandainya waktu itu adalah hujan dan pandangan Anda agak gelap, pastilah Anda akan memasang lampu kenderaan bukan? Lalu, inilah waktu yang sesuai untuk Anda melihat Aura.
Caranya ialah dengan melihat kenderaan yang sedang berada di belakang Anda, ketika Anda sedang berada di dalam kenderaan. Pastikan kenderaan yang berada di belakang Anda ketika itu sedang menyalakan lampu kenderaannya juga. Lihatlah ke arah lampu kenderaannya yang sedang menyala. Seandainya cermin belakang kereta Anda ada menampung titisan air hujan, dan terdapat juga wap yang nipis, berkemungkinan besar Anda akan dapat melihat bukan sahaja nyalaan lampu yang terpancar dari kenderaan yang berada di belakang Anda, tetapi juga Aura yang saya maksudkan, iaitu serpihan cahaya yang terserak membulat ditepiannya. Itulah sebenarnya gambaran Aura yang saya maksudkan.
Aura akan berupaya diperhati bila ada lapisan air yang menghalang pandangan Anda. Cuba Anda perhatikan warna-warna pelangi yang terhasil di ruang angkasa. Anda sememangnya berupaya melihat secara terus warna-warna pelangi itu bila mana ada titisan-titisan air di ruang angkasa. Tidakkah keadaan ini memberikan petanda kepada Anda untuk ditelaah dan diselidiki supaya kelak dapat difahami?
Mari saya luahkan ayat Al-Quran berkenaan suruhan Tuhan Yang Maha ESA mengenainya supaya dapatlah kita singkap bersama-sama, InsyaAllah.
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (Al-Maida, 5: 6)
Apakah dengan berwudhu Aura diri Anda akan terserlah nanti? Mungkinkah Aura yang Anda miliki kelak berupaya diperhati oleh manusia biasa-biasa?
Saya tidak mahu memaksa Anda mempercayainya kerana Anda mempunyai minda dan hati untuk meneliti kenyataan yang saya beri. Tetapi izinkanlah saya meluahkannya, kepada Anda,kerana Anda adalah sahabat yang saya kasihi kerana Dia... :) :)
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Penawar Jiwa - Aura: Saudaraku Johari
Saudaraku Johari...
Izinkanlah saya berkongsi dengan Anda mengenai sesuatu yang telah saya lalui. Walaupun barangkali ianya tidaklah mengesankan bila Anda telaah, tetapi saya tetap ingin berkongsi mengenainya. Manalah tahu, adalah gerakan hati untuk menilainya.
Sesungguhnya DIA, Allah SWT lebih mengetahui rahsia yang tersembunyi di dunia ini. Hatta jauh ke dalam lubuk hati sanubari yang saya dan Anda miliki. Semoga apa yang berbisik jauh di dalam lubuk hati sanubari adalah antara petunjuk kehidupan untuk menuju ke jalan yang diredhai NYA, InsyaAllah.
Aura Penawar Jiwa, adalah tajuk contengan yang saya ingin kongsikan dengan Anda hari ini. Memang ramai yang memperkatakan mengenai Aura. Lebih-lebih lagi Aura mengenai diri sendiri. Sehinggakan ada pula yang menjadikannya sebagai satu perniagaan.
Perniagaan untuk memperolehi wang ringgit, harta kekayaan. Saya tidak menyangkal, juga tidak menyalahkan perlakuan sebegitu kerana setiap perkara memang ada sebab musababnya.
Siapalah saya mengatakan yang itu betul atau salah. Sememangnya saya hanyalah insan biasa, yang memerlukan petunjuk NYA sentiasa. Moga-moga Tuhan Yang Maha ESA akan terus memancarkan cahaya NYA untuk saya suluh jalan-jalan kehidupan ini.
Dulu, dan sehingga kini, memang ramai yang memperkatakan mengenai Aura. Aura yang melingkari tubuh badan manusia. Lalu, pelbagailah cara yang dilakukan agar Aura yang melingkari diri sendiri merupakan Aura yang menawan, menarik perhatian dan memiliki keindahan yang tiada tandingan. Begitulah harapan manusia yang mengerti mengenai “Aura“.

Sekolahku SK Bandar Tawau
Zaman persekolahanku bermula pada tahun 1979, iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tawau. Saya telah dimasukkan ke dalam Kelas Teratai.iaitu Darjah (Tahun) Satu Teratai. Pembahagian kelas dulu-dulu di sekolahku diberikan nama bersempena dengan nama bunga-bungaan. heheheee...
Antaranya ialah Kelas Anggerik, Kelas Bakawali, Kelas Cempaka, Kelas Dahlia, Kelas Melur dan Kelas Teratai. Kelas Teratai adalah kelas yang paling hujung iaitu Kelas F. heheheee...
Dahulu, sekolahku dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tawau , tetapi telah berubah namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tawau, dan kini ia dikenali Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau.

Saya tidak pasti bila perubahan nama itu dilakukan. Seandainya Anda mempunyai maklumat mengenainya, marilah, kongsikan di sini.bersama-sama dengan kami. Maklum sahajalah, maklumat penting begitu dulu-dulu saya tak ambil kisah. Lagipun, usiaku ketika itu masih lagi kanak-kanak yang kurang berkemampuan menilai maklumat penting begitu.
Ditambah lagi kesemua kenangan lalu, khususnya potret-potret berkaitan sekolahku ini telah terbakar pada tahun 1989. Ya, kampungku telah terbakar pada tahun 1989 iaitu Kampung Titingan Tawau.
Sekiranya Anda ada menyimpan potret-potret lama mengenai sekolahku, terutamanya maklumat-maklumat pada tahun 1979 sehingga 1984, marilah, kongsikan di sini...

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)