Hidup
kita akan berubah bila mana bertemu jodoh. Dan pastilah pengiktirafan
terhadap diri juga akan berubah. Perubahan pada semua perkara. Tetapi, kali ini
saya lebih suka berkongsi dengan Anda mengenai tiga jenis Jodoh
Pertemuan yang saya perolehi semalam, selepas menonton di panggung wayang. Istilah mengenai
Jodoh ini saya perolehi selepas menonton filem Syurga Cinta, hasil arahan
Ahmad Idham. Heheheeee…
Sebenarnya, semalam
saya bersama isteri dan anak-anak telah bersiar-siar
menikmati panorama kehidupan. Sebab itulah kami akhirnya singgah di sebuah
panggung wayang, menonton kisah yang dipaparkan di dalam Syurga Cinta.
Memang bagus ceritanya, dan kami terhibur dengan pengkisahan
ceritanya. Hehe...
Seperti biasa, saya
amat mengagumi kata-kata di dalam sesebuah filem. Kali ini saya amat
tertarik dengan babak yang memaparkan Atuk Cikgu Syuhadah memberi
nasihat kepada Irham iaitu boyfriend kepada Cikgu Syuhadah berkaitan
Jodoh Pertemuan.
Nasihat Atuk Cikgu
Syuhadah kepada Irham berbunyi;
“Terdapat tiga jenis
jodoh pertemuan. Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan. Jodoh Syaitan ini
adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan
pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya
terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi
selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh
Syaitan.
Yang kedua pula Atuk
Cikgu Syuhadah mengistilahkan Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana
sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti
membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka
dapat berkahwin.
Manakala Jodoh yang
Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir
hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas
perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan
inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"
Monday, 25 January 2016
Nasihat Mencari Jodoh
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment