Saturday, 5 March 2016

Teknik Mencari Jodoh (3b)

Peristiwa yang aku kisahkan kali ini adalah mengenai wanita misteri. Wanita Misteri yang aku maksudkan ialah mereka seolah-olah berminat dengan lelaki. Mereka memberikan pelbagai hadiah dan warkah indah dengan bunga-bunga cinta, tetapi masalahnya, tidak pula menunjukkan identiti sebenar mereka.

Tidak salah mereka melakukan usaha begitu, tetapi usaha yang sia-sia sebenarnya, amat tidak bermakna mereka melakukan kaedah seperti itu.

Kisah yang aku kongsikan ini adalah salah satu daripadanya iaitu bila mana aku ditugaskan menjaga hostel wanita. Aku sebenarnya berasa janggal dan kekok apabila diamanahkan begitu, menjaga kediaman pelajar wanita.

Cuba bayangkan..., patutkah aku yang masih bujang trang tang tang ketika itu menjaga hostel wanita?  (@__@)

Tugasan begitu seolah-olah ultimate di dalam segala cabaran yang aku alami berkaitan cinta pada wanita. Seumpama mencurahkan minyak petrol ke dalam api yang sedang menyala-nyala. Heheheeee

Untuk memahami kisah ini, aku ingin menyatakan kepada Anda bahawa seminggu selepas aku ditawarkan kerja, seorang daripada rakan sejawatanku, telah meminta bantuan dariku. Dia meminta aku membantunya menjaga hostel lelaki.

Rakanku ketika itu bertugas sebagai Pengetua. Dia telah memberikan tanggungjawab kepadaku untuk menjaga hostel pelajar-pelajar lelaki, juga hal-ehwal berkaitan surau  (*___^)

Aku menerima tawarannya pada ketika itu kerana dia amat bersungguh-sungguh ingin mendapatkan bantuanku. Selepas menjadi pembantu kepadanya selama dua tahun di hostel lelaki, akhirnya aku dipindahkan pula ke hostel wanita.

Kisahnya bermula bila mana masalah dihadapi berkaitan penempatan pelajar lelaki yang tidak mencukupi. Akhirnya keputusan diambil untuk menggunakan dua blok daripada rumah wanita untuk dijadikan rumah pelajar lelaki.

Maka, al-kisahnya aku dipindahkan ke rumah yang menjadi pembahagi di antara blok rumah-rumah lelaki dengan blok rumah-rumah pelajar wanita. Konon-kononnya sebagai pengawal merangkap pengawas dan menjadi pemisah di antara mereka...

Disitulah kisah yang aku ingin ceritakan kepada Anda. Semasa aku menjadi felo asrama di situ, kebanyakkan pelajar lelaki aku kenali kerana bilangannya tidaklah ramai. Berbanding pelajar wanita yang jumlahnya beberapa kali ganda pelajar lelaki.

Oh ya, sebenarnya pelajar lelaki dan wanita ini pun telah dewasa kesemuanya. Umur mereka lingkungan 20an ke atas. Tak perlulah aku huraikan pelbagai karenah pelajar perempuan yang pada saya terlalu mengada-ngada. Hahahaaa…

Para wanita yang membaca contenganku ini, usahlah merajuk atau naik darah
 bila mana aku mengatakan pelajar wanita mengada-ngada. Memang begitulah pengalaman yang aku alami. Pelajar wanita, selalu mengada-ngada… Aku yang merasakannya, bukannya Anda. (@__@)

Terasa betul-betul leceh menjaga pelajar wanita ketika itu. Berbanding pelajar lelaki, selepas dua tahun bersama mereka, tidak banyak karenah sebenarnya. Ada masa terluang, aku bertandang ke rumah-rumah pelajar lelaki, dan kebiasaannya mereka menghidangkan juadah. Walaupun sekadar biskut dan nescafe dalam jug plastik besar. Ada kala juga berbual-bual sehingga larut malam bersama-sama mereka, sampai ke subuh. Memang begitulah kehidupan mereka sepertimana yang pernah aku alami suatu ketika dahulu.

Berbanding pelajar wanita, aku pula yang kena menyediakan juadah, maklumlah mereka yang datang ke rumahku beramai-ramai, adakalanya sampai enam orang dengan membawa pelbagai ragam masalah. Masalah yang dibikin-bikin sebenarnya. Masalah yang direka untuk dijadikan masalah... herrmmm

Memanglah aku terpaksa melayan karenah kesemuanya, takkanlah pula aku menghalau mereka. Dah memang menjadi tugasku, felo asrama. Lagipun aku memang sukarela untuk membantu... tidak bergaji.

Opppssss... Apa yang aku nyatakan tadi sekadar satu runggutan untuk dikongsi dengan Anda. Rungutan tentang karenah pelajar wanita. Bayangkanlah kalau aku pula yang pergi berziarah ke rumah-rumah pelajar wanita. Teramatlah janggalnya bukan? Akukan masih bujang teruna… (^___*)

Memang agak jelek juga melayan karenah pelajar wanita sebenarnya. Sampaikan penyapu rumah pun mereka meminjam dariku. Takkanlah mereka tak boleh pinjam dari jiran tetangga yang berhampiran dengan rumah mereka. Kenapa harus aku juga yang menjadi penyelesai masalah begitu rupa?. Kadang, aku berasa syak wasangka juga dengan telatah seperti itu.

Berbalik pada kisahku tadi, walaupun begitu, kadang ada juga kemanisannya menjaga pelajar wanita. Tidaklah semuanya pahit. Seperti yang aku nyatakan kepada Anda, menjaga pelajar wanita ada juga kemanisannya. Ada ketikanya aku mendapat kuih-muih percuma, juga hadiah-hadiah misteri dari mereka.(*__*)

Kadang kala bila sahaja aku membuka pintu rumah, akan adalah tersangkut hadiah di tombol pintu. Kadang juga, menerima surat-surat bersalut cinta... Heheheee

Bukan aku tidak suka menerima hadiah dan surat cinta begitu, tetapi masalahnya, aku tidak mengenali pemberinya. Berahsia-rahsia pula mereka. Kadang juga menggunakan nama samaran sahaja. Macam mana aku boleh mengenali mereka? Taklan lah aku perlu siasat pula...

Jadi, aku pun buat-buat tidak kisah dan tidak pun berusaha mengenali pemberi hadiah dan warkah misteri itu. Apa yang aku dapat katakan ialah usaha pencarian jodoh begitu memang sia-sia kerana tidak dikenali siapakah gerangan orangnya.

Barangkali juga pemberi hadiah misteri ini terlalu ikhlas sehingga tidak mahu menyatakan identiti dirinya. Membuatkan aku pun tertanya-tanya, mengapa pula memberi hadiah dan warkah misteri sebegitu rupa kalau tidak mahu dikenali?. Ikhlas barangkali...

Sejujurnya, aku masih tidak memahami sehingga kini, mengapa mereka merahsiakan identiti sebegitu rupa.


Namun yang jelas, memang aku tidak kisah dan tidak pun berusaha mencari-cari siapakah gerangan wanita yang memisterikan dirinya. Wanita pemberi hadiah dan warkah bersalut cinta yang memisterikan dirinya…



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Friday, 4 March 2016

Cinta Membara, Menagih Kasih...

Waduh! Waduh! Waduh!...
Rasanya adikku sedang diselubungi asmara ketika ini... Asmara Cinta sepasang kekasih.

Bergetar-getar pula tenaga yang dimilikinya, menyebabkan tanpa disangka-sangka saya pula yang ditariknya sehingga berupaya melakarkan sesuatu ketika ini. Moga-moga, adik kelak menawan jejaka yang diidamkan, In Sha Allah. Saya doakan, Ameeen.


Anggap sahajalah perkongsian ini seolah-olah saya sedang berbicara dengan adik yang saya kasihi kerana DIA.


Dulu, banyak kali juga saya merasainya. Ingin mengorat gadis ayu yang kelihatan anggun cantik menawan, mempesona. Namun, pada akhirnya, Orang tua juga yang mencarikan pasanganku. Heheheheee... (^___^)


Nak saya kongsikan kisahnya?


Tak payahlah, nanti ada pula yang rasa meluat menelaah coretan dalam blog ini. Selain membazir masa. Tak pasal-pasal pula Anda berasa marah kepadaku. Ada baiknya saya terus sahaja berbicara dilema adikku yang teringin meluahkan rasa cinta kepada jejaka kacak tampan segak berkarisma.


Berkenaan dilema adik, izinkanlah saya mengatakannya begini;


Seorang gadis, nilai yang amat berharga kepadanya adalah memiliki sifat malu.


Malu adalah salah satu senjata kewanitaan yang terhebat dan tidak dapat ditandingi oleh jejaka. Andai senjata malu telah hilang dari seorang wanita, akan ditelanjangkanlah kewanitaannya di dalam perjalanan kehidupan dunia.


Sungguh! para iblis dan syaitan akan bersorak gembira bila wanita telah hilang senjata utamanya, iaitu "Malu".


Pembeza wanita dan lelaki boleh juga dikategorikan dari sifat Malu. Kalau pun ada jejaka bersifat Pemalu, dia sebenarnya tidaklah sehebat Wanita Pemalu. Sungguh!


Andai sifat malu dilupakan wanita, saya yakin, perjalanannya di dunia diumpamakan sedang berbogel dan tiada perasaan segan silu. Sebab itu saya berani mengatakan bahawa seorang wanita yang memiliki sifat kewanitaan bersulamkan malu amat tinggi harganya... Hermmm ($__$)


Namun, Malu juga tidak boleh terlebih-lebih kerana boleh memudaratkan seorang wanita. Kelak sukar memperolehi teman seperjalanan di dalam kehidupan dunia. Teringat pula kisah peribadi saya berkaitan seorang wanita yang jual mahal, yang pada akhirnya berterus terang merasa kesal setelah mengetahui saya akan bernikah. Oppsss... Sekali lagi, maafkanlah saya, terconteng pula kisah peribadi di sini. Wal hal, coretan kali ini sebenarnya saya dedikasikan untuk adik yang ayu, sedang terpikat pada jejaka kacak, tampan segak berkarisma.


Bersederhanalah pada sifat malu kerana lumrahnya seorang manusia harus berpaksikan kesederhanaan. Manusia bukanlah malaikat dan bukan juga syaitan, tetapi Insan yang memiliki sifat kesederhanaan, Wasatiyah.


Lumrah kejadian dan keistimewaan manusia ada pada sifat kesederhanaan. Sebab itulah juga manusia layak diamanahkan menjadi khalifah di dunia.


Jiwa lelaki dan wanita lumrahnya perlu bersatu agar berupaya mempelajari kehidupan duniawi. Tanpa wanita, jejaka yang sedang berjalan di dunia merasa kesepian. Begitu juga halnya wanita, tanpa jejaka dia juga berasa sepi. Oppsss... apa hal pula tiba-tiba saya berbicara di luar topik ketika ini. MasyaAllah!


Sabar duhai adikku... Sabar itu sebahagian daripada iman. Hehehee (^___^)


Ok, mengenai dilema adik, nasihat saya luahkan seperti ini;


1. Peliharalah sifat malu yang ada dengan sebaiknya. Usah terbawa-bawa perasaan tidak sabar. Kelak menderita olehnya. Lelaki ada kalanya berupaya mempergunakan wanita. Lebih-lebih lagi jejaka yang kurang keimanannya kepada Tuhan. Berwaspadalah sentiasa...


2. Sebagai seorang gadis pemalu, sembunyikanlah dahulu perasaan asmara cinta yang sedang mekar menggoda. Pastikan betul-betul jejaka yang dimaksudkan. Adakah dia juga sedang diselubungi asmara cinta seperti yang adik sedang rasai ketika ini?. Kalau tidak, ada kemungkinan adik akan kecewa dan besar kemungkinan adik hanya akan dipergunakan.


3. Andai adik amat menyukainya, bila bersua, pamerkan senyuman indah kepadanya, kalau boleh, berilah petunjuk-petunjuk kepadanya yang adik sedang memendam rasa, terpikat dengannya. Ini juga antara kaedah mengorat jejaka sebenarnya. (^___^)


4. Paling penting, selidik latar belakangnya. Andai sudah diberkenan, teruskan sahaja bila sudah diteliti bahawa sememangnya dialah jejaka pilihan hati. Tetapi ingat!, usah gopoh meluahkan rahsia hati wanita kerana sebahagian sifat malu lumrahnya sentiasa bersembunyi, di dalam kalbu sanubari.


5. Dan akhir sekali, berdoalah kepada Tuhan Penguasa Alam supaya dibukakan hati jejaka kacak tampan segak berkarisma yang diidamkan. Moga-moga adik akan dapat memikatnya dengan penuh kesopanan. Seorang wanita muslimah, perlu dilingkari kesopanan dan perasaan malu, agar gemerlapannya lebih menyerlah, seumpama kilauan intan permata yang tidak ternilai harganya.


Apapun, coretan yang saya kongsikan ini, bukanlah keputusan mutlak. Adik perlu menganalisa kewajarannya. Dengarlah suara hati adik sendiri, lebih-lebih lagi suara yang berbisik-bisik di dalam kalbu seumpama bisikan suara hati yang mempersona jiwa sendiri...



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Reunion SM Holy Trinity Tawau 2015

Tahun 2015 telah melakar kenangan yang amat bermakna buat saya dan rakan-rakan sepersekolahan dahulu. Bermula tahun 1979 sehingga tahun 1984, kami memulakan zaman persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Tawau,  dan sebahagian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah (SM) Holy Trinity Tawau pada tahun 1985 sehingga 1989.

Tidak pernah terlintas di dalam pemikiran setiap daripada kami bahawa sebahagian daripada kami akan bertemu semula dalam majlis reunion. Sungguh! Kami tidak pernah terfikir mengenainya.

Syukur Alhamdulillah, kemunculan teknologi maklumat khususnya Aplikasi Whatsapp dan Facebook yang paling hangat pada masa ini, telah memudahkan kami berkomunikasi semula. Seterusnya merealisasikan pertemuan melalui majlis Reunion. Majlis menggamit kenangan persekolahan bersama rakan-rakan sepersekolahan suatu masa dahulu. Paling penting, mengeratkan semula silaturahim yang telah lama terpisah.

Dua lakaran sebelum ini saya telah kongsikan dengan Anda yang memaparkan Majlis Reunion SK Bandar Tawau Setelah 31 Tahun Terpisah. Anda boleh melihat coretan itu di sini, klik sahaja tajuk yang saya paparkan di bawah;

1. Koleksi Foto-Foto Reunion SK Bandar Tawau Tahun 2015 dan 
2. Reunion SK Bandar Tawau, Bertemu Selepas 31 Tahun...

Lakaran kali ini, saya ingin kongsikan pula Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau yang telah dilaksanakan pada 20 Julai 2015 yang lalu, bertempat di Hotel Emas Tawau. 

Majlis Reunion SM Holy Trinity diadakan sehari lebih awal daripada Majlis Reunion SK Bandar Tawau.

Sebenarnya Majlis Reunion SK Bandar Tawau Setelah 31 Tahun Terpisah telah dirancang seawal tahun 2015 lagi. Berbeza dengan Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau yang dirancang cuma seminggu sahaja. Heheheeee...

Orang kuat yang menjadi tonggak Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau 2015 ialah Puan Rita Kasumahwati atau gelaran yang saya berikan kepadanya, Rita Cumil. (*___^)

Juga tidak dilupakan, seorang lagi tonggak kuat yag merealisasikan Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau 2015 ialah Puan Wardawati yang masih lagi kelihatan Anggun Rupawan sehingga kini... (*___^)

Berikut adalah foto-foto yang telah dirakamkan semasa Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau 2015 yang lalu. Foto-foto ini telah dikongsikan oleh Puan Rita Cumil untuk diabadikan di dalam blog ini...










Saya telah tidak hadir dalam Majlis Reunion SM Holy Trinity 2015, seperti mana Majlis Reunion SK Bandar Tawau Selepas 31 Tahun Terpisah, disebabkan himpitan tugasan... 







Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sunday, 28 February 2016

Cinta Agung Luar Biasa...

Tiba-tiba minda saya terfikir mengenai Cinta Agung Luar Biasa untuk dikongsi dengan Anda, malam ini.

Sejak akhir-akhir ini, jiwa saya sering kali diselubungi kecintaan ini, iaitu Cinta Agung Luar Biasa. Dorongannya amat mengesankan meresap ke dalam jiwa sanubari yang saya ada. Sungguh! amat luar biasa kesannya di dalam jiwa.

Kalau Anda mengandaikan Cinta Agung Luar Biasa yang saya maksudkan sekarang ini ialah Kecintaan terhadap Tuhan Yang Maha Kuasa, sebenarnya Anda silap. Bukan itu yang saya maksudkan. Memang bukan!

Kecintaan terhadap Tuhan Penguasa Alam Semesta, sebenarnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata kerana ia melangkaui segala-galanya. Sebab itulah Cinta Agung Luar Biasa yang saya perkatakan di sini bukan merujuk Kecintaan kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Memang bukan itu yang saya maksudkan di sini.

Realitinya, saya ingin memperkatakan mengenai Cinta yang amat mengesankan di dalam hati yang saya miliki. Amat luar biasa kerana kecintaan yang saya maksudkan terlalu mendorong sehingga ada ketikanya terobek jua takwa yang ada dek menikmati lelehan cinta agung yang luar biasa rasanya. Sungguh!

Jujur saya beritahu bahawa sering kali saya menjadi korban akibat cinta ini. Seumpama lilin membakar diri agar memancarlah cahayanya menerangi kegelapan. Sebab itu saya mengistilahkannya sebagai Cinta Agung Luar Biasa. Ada ketikanya, memang takwa terobek jua olehnya.

Oppsss...

Tetapi sebelum itu, saya ingin mengenakan syarat untuk entri kali ini. Ia hanya sesuai ditelaah oleh Anda yang telah bergelar seorang "Suami" atau "Isteri".


Lakaran ini memang dikhususkan untuk mereka yang telah berkeluarga sahaja. Maksud saya mereka yang bergelar seorang suami atau isteri.

Sekiranya Anda belum berstatus begitu, sebaiknya usahlah dibaca lakaran ini. Saya khuatir kelak Anda tidak mengerti dan merasai Cinta Agung Luar Biasa yang saya luahkan di sini.

Harap-harap Anda tidak akan emosi bilamana syarat begini saya kenakan untuk entri kali ini.

Sekali lagi, menjadi harapan saya seandainya Anda belum bergelar seorang Suami atau Isteri, sebaiknya Anda tinggalkan sahaja kisah mengenai Cinta Agung Luar Biasa yang saya lakarkan di sini.

Tolong!, sekali lagi saya mengharapkan agar usah ditelaah sekiranya Anda belum berkeluarga. OK?

Sekadar memberikan peringatan dahulu, heheheeeee... sebelum kisah ini saya lanjutkan nanti... Cinta Agung, Luar Biasa untuk ditatap oleh Anda.



Akan saya sambung...

In Sha Allah...

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Wanita, Usah Ketawa...

Dalam sebuah pertunjukan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa.

Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan...


Oleh kerana merasa tidak puas hati, seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak-pelawak itu selesai.

"Apakah persembahan mereka tidak kelakar?” tanya seorang gadis kepada wanita itu.

“Sungguh kelakar,”  jawab wanita itu singkat. “Tetapi kenapa kakak tidak ketawa?

Apakah kakak sakit gigi? “tanya gadis itu lagi. “Tidak..”,  jawab wanita itu.

“Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa?”, gadis itu melanjutkan soalan tanda masih tak berpuashati.

“Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? ”

(◎___◎)

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Seksologi Pengantin Baru

Sepasang pengantin yang baru berkahwin empat bulan.

Pada suatu malam si isteri memeluk leher suaminya dengan nada manja seraya berkata:

"Sayang, period I sudah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena check dengan doktor."

Si suami yang teramat gembira pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ia benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari SESB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai Sabah Electric Sdn Bhd, SESB itu pun berkata:

"Ini rumah En. Munir ker?" "Ya, saya ni isterinya, Encik. Ada apa yaaa?" Jawab si isteri.

Pegawai SESB itu pun cakap, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya sudah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri pun membalas balik aduan pegawai SESB itu. "Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan sudah lewat?!"

Pegawai SESB itu pun dengan selamba menjawab:  "Ala puan, ini kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check online"

Kata-kata pegawai SESB itu membuatkan si isteri jadi lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu!"

Pegawai SESB itu pun mententeramkan keadaan "Releks puan, sabar... puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai SESB tu pun beredar dari situ.

Keesokan harinya, selepas si Munir di beritahu oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus mengambil cuti dan pergi ke kaunter pejabat SESB yang berdekatan.

Tanpa menghiraukan pegawai-pegawai SESB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata,

"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internetkah???. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman kerr?

Lalu pegawai SESB yang datang kerumah si Munir ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau encik nak settlekan perkara ni, bayar saje..." kata-kata pegawai SESB itu membuatkan si Munir lagi naik berang.

"Apa? Kena bayar kepada korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai SESB tu pun berkata, "Kalau macam tu, Kami terpaksa 'potong' encik punya...."

Si Munir lalu mencelah "apa? potong?! Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apa?"

Pegawai SESB tu pun melemparkan ungkapan,
"Nampak gayanya isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa...."


(@___@)


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Coretan Buat Wanita Tercinta

Entri kali ini saya khususkan buat Isteriku Tercinta. Kalau Anda teringin sangat untuk mengetahuinya, silakan... Saya tak kisah. Janji Anda suka membacanya.

Lakaran kali ini saya iringkan sebuah lagu berirama indah bertintakan senikata yang menusuk kalbu. Itupun bagi yang dapat merasai keindahannya. Sebab itulah lakaran ini saya khususkan buat Isteriku Tercinta.

Memandangkan sebelum bernikah saya tidak pernah bercinta dengannya, ada baiknya saya membuat warkah-warkah cinta untuknya di dalam blog ini. Saya yakin dia akan melihatnya. Kalau bukan hari ini, pasti suatu hari nanti. Moga-moga dia akan gembira apabila menatap dan mendengarnya.

Andai dia ada perasaan kasih dan sayang, berkemungkinan mengalirlah air mata di pipinya nanti. Bukan kerana bersedih, barangkali kerana menghargai yang saya berikan di sini.

Memandangkan Anda masih teringin menelaah lakaran yang saya khususkan untuk Isteriku Tercinta di sini, ada baiknya saya beritahu bahawa pertemuan dengannya berlaku hanya sekali sahaja sebelum kami melafakan persetujuan melakukan penyatuan jiwa. Usaha yang telah dibantu oleh orang tua saya sebenarnya.

Alhamdulillah, orang tua Isteriku Tercinta juga bersetuju, maka termeterailah ikatan suami isteri antara diriku dengan dirinya, Dia yang saya namakan Isteriku Tercinta.

Oleh kerana itu, saya teringin sangat dia mengetahui bahawa saya sememangnya amat mengasihi dan menyayanginya. Sebab itulah lagu ini saya tujukan khusus untuknya. Moga-moga dia merasai emosi yang saya lontarkan di dalam lagu ini. In Sha Allah.













Baca selanjutnya, Klik di sini...