Saturday, 13 February 2016

Wanita Syurga Dunia...

Wanita seumpama sebuah gitar, andai dimainkan oleh seorang pemain yang handal, maka bunyi yang dihasilkan terlalu indah alunannya, tetapi andai diketik oleh orang biasa-biasa sahaja, akan terhasillah bunyi kurang irama, atau dimainkan oleh orang sebarangan, pasti putus talinya. Belajarlah mengendali gitar dengan sebaiknya agar alunan yang terhasil berupaya mempesona jiwa...

Cerita Pagi ini adalah hasil perkongsian daripada sahabat lama, dari seberang. Menurutnya,

Seorang teman saya merasakan isterinya semakin lama semakin egois dan kasar. Karena itu, mereka bertengkar setiap hari.

Disebabkan sering kali bertengkar, teman saya akhirnya memiliki selingkuhan.

Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami menikah lagi dengan selingkuhannya. Sang mantan isteri pun tidak lama kemudian menikah juga. Pernikahan baru kedua-duanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.

Tetapi setelah menikah, isteri baru dari teman saya semakin lama kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar...

Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, teman saya terpaksa membersihkan rumah sendiri. Teman saya merasakan nasibnya tidak baik, mengapa dia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari dia mengeluh...

Sampai suatu hari, pada suatu acara makan malam, teman saya secara kebetulan bertemu dengan suami baru mantan isterinya.

Pada awalnya, kedua lelaki ini tidak berbicara apa apa, tetapi setelah saling menyapa, mereka pun minum bersama. Akhirnya teman saya tidak bisa menahan diri, lalu bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. Suami baru mantan isterinya sememangnya tidak tampan, tetapi sangat teliti bila berbicara.

Dia berkata, “Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat prihatin dan lembut, dia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah, tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, dia selalu bersikap baik kepada orang tua, saudara, dan teman teman saya.  Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya memerlukan perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali.”

Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa mantan isterinya memang sebaik itu?. Mengapa dulu dia sama sekali tidak menyedarinya?. Pasti ini semua cuma bualan suami baru bekas istrinya untuk membuatkannya bingung.

Tidak lama kemudian, kebetulan sekali, teman saya pergi berbelanja ke supermarket dan melihat mantan isteri dan suami barunya sedang berbelanja.

Ialu teman saya bersembunyi dan memperhatikan gelagat mereka suami isteri, akhirnya dia menyedari akan pasangan itu benar benar bahagia.

Kebahagian itu bisa dia lihat dari senyuman mantan isterinya yg selalu bermekaran. Juga bisa dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sampingnya itu.

Sebenarnya, pada pelbagai situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua tergantung pada lelaki.

Pada saat wanita memutuskan untuk menikah, dia juga telah memutuskan untuk menjalani hidup dengan sebaiknya bersama suami.

Walaupun dalam pernikahan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta, maka akan adalah toleransi. Saat Anda merasa tidak puas dengan wanitamu, wanita pun akan mula tidak peduli kepada Anda.

Jadi, jika Anda menginginkan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat. Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi “isteri seseorang” memiliki potensi untuk menjadi malaikat.

Saat Anda bisa melakukannya dengan baik, Anda akan menyedari bahwa perubahan sikap Anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna.

Cinta wanita muncul karena kasih sayang lelaki, kebencian wanita muncul karena kecurangan lelaki; Keluhan wanita muncul kerana kurang pedulinya lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul karena dimanjakan lelaki.  

Kerosakan wanita adalah disebabkan lelaki.

Wanita seumpama sebuah piano, jika yang memainkannya seorang yang handal, bunyi piano yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, tetapi jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan mengalunkan bunyi sebuah lagu...

Peliharalah wanita sebaiknya, khususnya wanita yang telah menjadi isteri Anda...

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Friday, 12 February 2016

Teknik Mencari Jodoh (1)

Kali ini aku lanjutkan kisahku bertemu jodoh, untuk tatapan Anda. Malam ini, Aku terimbas kembali kisah silamku membina cinta. Gadis-gadis berusaha untuk menambat cintaku. Sememangnya aku amat menghargai dan menyanjungi usaha mereka di dalam hal-hal begini. Mencari Jodoh. 

Sebenarnya tidaklah mudah seorang wanita meluahkan rasa cintanya kepada seorang lelaki. Memang tidak mudah!.

Tetapi andai ada yang melakukannya, aku sememangnya bersetuju dengan tindakan begitu, asalkan ia dilakukan dengan tatasusila dan kesopanan dijaga. 

Sekurang-kurangnya, usaha begitu, dapat mempertemukan jodoh mereka masing-masing. Setidak-tidaknya juga, mereka telah berusaha dan mencuba. Bukan begitu?

Coretan kali ini mengisahkan kepada Anda tentang wanita yang cuba berusaha menawan cintaku. Walaupun mereka tidak berjaya menambat hatiku, tetapi sejujurnya aku harus mengatakan kepada Anda bahawa aku menghargai dan menyanjungi usaha yang telah mereka lakukan.

Kisah ini aku bawakan kepada Anda untuk diambil ikhtibar, manalah tahu Anda juga ingin mempraktikannya. Sememangnya perkahwinan Rasulullah yang pertama juga diusahakan oleh khadijah dengan penuh kesopanan dan keunikannya tersendiri.

Cerita pertama yang aku ingin kisahkan kepada Anda ialah bila mana aku diterjah oleh seorang adik perempuan. Bukanlah diterjah secara tiba-tiba, tetapi dengan penuh kesopanan.


Adik perempuan itu kadang kala muncul kelibatnya di hadapanku. Macam segaja pula dia menjelmakan dirinya dihadapanku pada satu-satu masa, sama ada awal pagi atau tengahari. Ketika aku bersarapan pagi atau ketika aku makan tengahari.

Ketika itu aku berumur 26 tahun, tak silap aku. (*___*)... dah tak seberapa ingat sebenarnya umurku ketika itu, tetapi yang pasti, aku masih lagi di universiti...

Kadang kala aku perasan juga, macam sengaja pula dia berada di hadapanku secara tiba-tiba. Aku juga terperasaan yang jelingan matanya bersama dengan rakan-rakannya kadang-kala membuat aku rasa tidak selesa...

Errmmm… Suatu pagi sedang aku berjalan bersama dua orang rakanku menuju Kafeteria untuk bersarapan pagi, tiba-tiba langkahku bersama rakan-rakan dihentikan oleh adik perempuan itu. Sejurus selepas itu, tiba-tiba adik perempuan itu memberitahu ingin bercakap sesuatu denganku.


Ketika itu aku terkejut dan dua orang rakanku di kiri dan kananku, terpinga-pinga serta keliru.

Dengan selambanya, aku mengukir senyuman indah untuknya, dan memalingkan wajah ke arah dua orang sahabatku serta 
memberikan isyarat agar mereka berjalan dahulu menuju kafetaria, kerana aku ingin bercakap dahulu dengan adik perempuan itu. 

Selepas beberapa ketika, iaitu tinggal kami berdua di lorong jalanan menuju kafetaria itu, dia meluahkan perasaannya kepadaku, lalu memberitahu bahawa sebenarnya dia meminatiku. Ada perasaan cinta di hatinya, kepadaku. Heheheeee…. 

Lucu juga bila aku mengimbas kembali peristiwa itu. Sungguh!

Semasa situasi itu berlaku, aku cuba berlagak selamba, relaks, walhal sebenarnya energi dalamanku sedang membuak-buak, bercampur keliru. 


Namun, dalam masa yang sama, aku memberikan sepenuh perhatian kepadanya, menatap kemanisan wajahnya, sambil mendengar apa yang diutarakannya kepadaku.

Selepas beberapa ketika dia berbicara, akhirnya aku berterus-terang dengannya bahawa aku sebenarnya belum bersedia menerima cintanya. Lagipun, aku tidak mahu menjalinkan apa-apa hubungan cinta, sebelum aku bernikah.

Sejurus ungkapan itu terluah dari jiwaku, adik perempuan itu mengutarakan soalan lanjut kepadaku. Bolehkah dia menganggap diriku sebagai abang angkatnya sahaja. Heheheee… 


Biasalah, aku menerima pelawaannya kerana memang aku mempunyai ramai adik-adik perempuan dan kadang juga aku berpeluang memberikan sedikit nasihat untuknya jika berkesempatan, semasa ikatan persaudaraan terjalin.

Akhirnya, selepas beberapa bulan berlalu, aku menerima kad jemputan kahwin yang terpampang namanya.


Ya, aku gembira dan mendoakan agar dia berbahagia bersama suaminya, dapat melayari bahtera perkahwinannya sehingga ke destinasi hakiki. Tidak lupa juga aku doakan semoga dia sentiasa di dalam kegembiraan dan kesejahteraan.

Terus terang aku beritahu kepada Anda, bahawa aku bukanlah menolak cintanya... 


Sebenarnya aku belum bersedia ketika itu. Dan lagi, aku tidak mahu menjalin hubungan cinta sebelum bahtera perkahwinanku terbina. Memang begitulah matlamat yang aku telah tetapkan.

Disebabkan itu jugalah, aku tidak pernah berusaha mengejar-ngejar cinta sebelum berumahtangga. Usahlah marahkan diriku seandainya Anda tidak bersetuju. Maklum sahajalah, diriku ini sememangnya lemah berbanding Anda semua.


“Tidak mengapa bagimu menyindir hendak meminang perempuan atau kamu sembunyikan dalam hatimu; Allah mengetahui, bahawa kamu nanti akan menyebutkannya juga kepada perempuan itu, tetapi janganlah kamu janjikan kepada mereka dalam rahsia, melainkan berkatalah dengan perkataan yang patut. Dan janganlah kamu langsungkan ikatan perkahwinan, sebelum sampai waktunya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah itu Pengampun dan Penyantun”.

(Al-Baqarah, 2: 235)


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Thursday, 11 February 2016

Malam Jumaat, Hubungan Suami Isteri

Sebentar tadi, baru sahaja saya selesai bersukan badminton dengan rakan-rakan, sehingga berpeluh-peluh badan saya...

Sejurus peluh di badan kering, saya mandi sambil menggosok-gosok badan menggunakan sabun Eucerin. Sejenis sabun yang sesuai untuk mencegah kekeringan kulit, terutama kulit yang gatal-gatal, menurut rakan saya, Suria Hati.

Kebiasaanya setiap malam rabu dan malam jumaat, saya akan bersukan bersama rakan-rakan, bermain badminton.

Sering kali juga, apabila tiba malam jumaat, seperti malam ini, akan terluahlah gurau senda bersama rakan-rakan. Gurauan mengenai hubungan suami isteri pada malam jumaat.

Oleh itu, saya tertarik sebenarnya untuk berkongsi dengan Anda, sahabat lama saya, mengenai gurau senda yang kami lafazkan semasa berehat-rehat selepas bermain badminton sebentar tadi.

Kisahnya adalah mengenai sepasang suami isteri yang berkeinginan untuk mengadakan hubungan seks dari perspektif agar mendapat ganjaran pahala.

Anda nak tahu kisahnya? Nah, baca sahaja coretan yang saya tunjukkan di bawah ini.

Menurut ceritanya, dikatakan bahawa dengan melakukan Hubungan Seks yang mengikut sunnah Nabi, kelak akan berjaya membunuh 80 ekor Syaitan... *Itu menurut rakan saya, tak tahulah pula sama ada betul atau sebaliknya!*

Tetapi yang menarik perhatian saya ialah perbualan oleh sepasang suami isteri itu mengenai pahala yang mereka fahami itu. Perbualan pasangan suami isteri itu lebih kurang begini,

Isteri: Kalau begitu bang, kalau kita buat 2 kali hubungan seks?
Suami: Kita dapat bunuh 160 Syaitan.
Isteri: Kalau kita buat 4 kali bang?
Suami: 340 Syaitan kita dapat bunuh.
Isteri: Kalau 14 kali bang?
Suami: Itu, kau Nak Bunuh Aku! Bukan Setan!!!

Selamat Malam Jumaat...
Jom tidur awal. (*___*)





Baca selanjutnya, Klik di sini...

Cabaran Orang Baik-Baik

Entri kali ini saya paparkan hasil nukilan daripada Adikku Tampan Bergaya. Moga-moga ada manafaatnya untuk mengisi masa lapang Anda pada masa ini. Nukilannya memaparkan begini;

Mesti Anda hairan melihat kenapa orang yang baik-baik selalu sahaja di uji oleh Tuhan. Selalu ada sahaja musibah menimpa mereka. Selalu ada sahaja kesusahan mendatangi mereka.

Mesti Anda hairan kenapa orang yang kurang baik, yang abaikan sembahyang, yang leka dengan dunia sering sahaja mendapat kemewahan, bebas musibah bahkan seakan memiliki segala-galanya (wang, kereta, rumah, keluarga, harta, pangkat, jawatan, penghormatan).

Seakan tidak ada masalah langsung. Tidak ada musibah langsung. Ketahuilah bahawa orang begini dibiarkan oleh Tuhan. Mereka dibiarkan hanyut dalam kelekaan.

Hanyut dan terus hanyut.
Lupa dan terus lupa. Leka dan terus leka.

Akhirnya, hidup mereka bergelomang dosa. Dunia adalah syurga untuk orang-orang sebegini. Sebenarnya ini sindiran Tuhan. Mereka dibiarkan terus menerus leka.

Tetapi orang yang baik-baik tidak akan dibiarkan Tuhan bahkan sentiasa dalam perhatian Tuhan. Mereka selalu di uji kerana Tuhan menyayanginya

Sebagai manusia, sudah menjadi lumrah kita akan selalu ingat Tuhan tatkala kita susah. Orang baik-baik selalu diturunkan ujian kerana dengan ujian itu, hati mereka akan semakin dekat dengan Tuhan. Jika mereka di uji dengan kekayaan sekalipun, mereka akan melupakan kekayaan tersebut bahkan tidak menganggap diri mereka kaya.

Semuanya dianggap datang daripada Allah.

Keutamaan mereka adalah untuk menjadi hamba Allah. Beribadah adalah aktiviti paling utama. Orang baik-baik selalunya akan mendapat perlindungan Tuhan... dimana sahaja, sepanjang masa, terhindar dari berbuat lebih banyak dosa...

*********
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Suami Isteri Curang!... Bhg. 9

Sesampainya aku di restoran mamak yang dijanjikan, aku pun menelefonlah suami beristeri curang itu. Bertanya kepadanya adakah dia sudah sampai, dan sedang menunggu ku?. Tetapi, seperti biasa, soalan begitu dijawab olehnya dengan jawapan lazim “on the way” ke tempat yang dituju.

Sementara menunggu dia tiba, aku pun memesanlah kepada salah seorang pekerja di restoran mamak itu minuman kebiasaanku di situ iaitu teh tarik kaw-kaw rasanya.

Setelah minumanku hampir setengah ke bawah, akhirnya telefon bimbitku berdering dan memaparkan namanya. Deringan itu aku sambut dan jawab. Semasa berbual di dalam telefon ketika itu, aku dijelaskan warna baju dan seluar yang sedang dipakainya, begitu juga diriku melihat-lihat sekitar restoran pada masa itu.

Maklumlah pertama kali kami bertemu dan tidak pernah mengenali antara satu sama lain, ditambah pula keadaan ruang ketika itu yang penuh sesak dengan kehadiran insan-insan lain.

Akhirnya, dari kejauhan, dapat aku memerhatikannya berpakaian t-shirt dan seluar pendek paras lutut. Oh ya, dia juga memakai kaca mata bercermin gelap ketika itu.

Ermmm… kacak juga orangnya, lebih kacak dari aku barangkali. Begitulah bisikan di hatiku ketika itu. Heheheeee…

Bilamana aku mengangkat tangan dan dia juga memberikan isyarat bahawa dia sudah dapat mengecam diriku, akhirnya dia pun mendekati dan duduk semeja denganku. Itupun selepas kami berjabat tangan bersama-sama.

Memanglah aku dapat merasakan aliran aura dari tangannya ketika itu penuh dengan segala persoalan dan begitu juga dengan hatiku yang berdebar-debar dan tidak sabar-sabar menceritakan kisah sebenar bagaimana aku dan isterinya berkenalan.

Pada mulanya, perbualan kami dimulai dengan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Walaupun wajahnya ternampak seolah-olah tidak selesa dan ingin terus menjurus ke arah persoalan yang sedang bermain di mindanya, manakala hatiku juga sedang meronta-ronta untuk berkata-kata, tetapi dalam masa yang sama, aku juga cuba berusaha menenangkan diriku ketika itu. Maklumlah, akukan lebih tua darinya.

Sebenarnya, sebelum berjumpa dengannya, aku merasa sedikit gusar pada awalnya, fikiranku menterjemah, seolah-olah orangnya seperti ahli gusti terkemuka, berbadan sado, gagah dan garang orangnya. Manalah tahu tiba-tiba dia marah, nahas aku jadinya...

Tetapi sangkaanku itu meleset sama sekali kerana dia lebih muda dariku sebenarnya. Umurnya ketika itu lebih kurang 28 tahun, berbanding diriku yang sudah menjangkau 31 tahun, tapi tak kahwin-kahwin lagi. Ermmm.. memang mereka, kahwin muda nampaknya...

(Coretan akan disambung lagi)



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Wednesday, 10 February 2016

Marah, Api Stress... Carilah Ketenangan

Marah adalah sesuatu yang sukar untuk dibendung bagi sesetengah orang. Marah seumpama api. Api yang menyala-nyala. Ia adalah antara elemen negatif di dalam kehidupan ini. 

Api boleh dibendung dengan menyiramkan air. Oleh itu, siramkan air ketenangan untuk meredakan kemarahan yang Anda alami.

Tenang-tenang sahaja. Elakkan kemarahan berterusan, sebaliknya berusahalah untuk menambahkan ketenangan di dalam diri sendiri.

Bertenang-tenang banyak memberikan manfaat, bermarah-marah lebih banyak memberikan musibah.

Sikap marah boleh merosakkan perhubungan kerana ia boleh mewujudkan jurang, juga boleh membuatkan Anda melupai Tuhan.

Marah adalah umpan para syaitan untuk membuatkan anda leka dari mengingati Tuhan lalu membiarkan diri Anda dikuasai marah. Bila sudah berlaku begitu, istighfar cepat-cepat kemudian mohon perlindungan kepada Tuhan, agar dilindungi daripada bisikan para syaitan.

*************
Istghfar memang boleh meredakan kemarahan. kenapa? Sebab istighfar adalah lafaz memohon keampunan daripada Tuhan, sekaligus mencuci semua elemen-elemen negatif yang ada di dalam hati. Misalnya marah, dendam serta cemburu.

*********
Apabila stress, kita sebenarnya sedang marah. Marah pada seseorang, marah pada situasi, marah pada sesuatu benda, sesuatu perkara dan bermacam-macam lagi yang dimarah.

Untuk hilangkan marah amatlah mudah. Simply, maafkan setiap yang membuat Anda marah. Maafkan... lalu lupakan.

Selagi Anda sukar memaafkan, selagi itulah Anda akan cepat merasa stress.

**********
Mudah saja untuk memaafkan sebenarnya. Lupakan segala yang duka! Dan ingat perkara-perkara yang indah dan menggembirakan diri sendiri.

Anda akan sentiasa merasa gembira bila Anda ingat segala yang menggembirakan Anda (cinta, kasih sayang, persahabatan dll) tapi Anda akan berduka serta merta apabila Anda teringat segala hal yang mendukakan Anda. 

Hanya ada satu emosi pada satu masa, tidak akan pernah bercampur. Oleh itu, pastikan agar Anda sentiasa mempunyai emosi gembira.

***************
Anda ada kekuatan tersendiri, bakat tersendiri, kepintaran tersendiri. Cuba gali, kenali, fahami lalu asah.

Anda perlu kenali diri sendiri sebab orang lain hanya tahu menjatuhkan Anda.

Orang yang kenal diri sendiri dan tahu kekuatan diri sendiri tidak akan merasa 'down' apabila cuba dijatuhkan oleh orang lain melalui kritikan, cercaan, makian juga sindiran.

Be strong!



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Tuesday, 9 February 2016

Suami Isteri Curang!... Bhg. 8

Bila mana dia bersetuju untuk bersemuka dan berbicara denganku, akhirnya dia meminta aku menetapkan waktu dan lokasinya.

Bila-bila masa sahaja menurutnya dia akan melapangkan diri. Dia mahu menyelesaikannya dengan segera. Dia tidak mahu melambat-lambatkan pertemuan itu kerana dia juga ingin mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi.

Aku pun, memang tidak mahu melepaskan peluang yang ada, lalu menetapkan tempat dan tarikhnya supaya segera dapat bersemuka dengannya.

Maklumlah, hatiku juga meronta-ronta ingin berterus terang kepadanya. Aku tidak mahu terus-terusan bergelumang dengan dosa, walaupun hakikatnya sekadar berbual-bual biasa melalui panggilan telefon sahaja. Seumpama seorang kawan yang sekadar memberikan tazkirah sebenarnya.

Tetapi sejujurnya, ada jugalah timbul perasaan bersalut nafsu, berbisik-bisik di dalam hatiku. Tak perlulah aku menghuraikannya kepada Anda kerana sangat buruk paparanya. Bisikan daripada syaitan sebenarnya. Nafsu membara, adakala juga menyala-nyala.

Seolah-olahnya Isteri curang itu sedang membubuh sesuatu ke dalam kalbuku dan barangkali juga sanubarinya sedang dahaga sebenarnya. Kehausan untuk menikmati lelehan madu kasih sayang daripada seorang lelaki.

Syukur Alhamdulillah, yang tidak terhingga kepada Tuhan maha Berkuasa  kerana sebelum kejadian ini berlaku, aku pernah mendengar peringatan Tuhan yang berbunyi seperti ini;

“Lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman".(An-Nur, 24: 3)

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)". (Al-Isra, 17: 32)



Ayat-ayat itu telah menjadi benteng di dalam kehidupanku. Sebab itulah juga aku berusaha menghindarkan diri daripada bertemu dengan isteri curang itu. Aku amat takut sebenarnya menatap ayat-ayat itu kerana ia peringatan daripada Tuhan yang menguasai rahsia kehidupan ini. 


Ayat itu juga amat bermakna di dalam hatiku, aku gunakannya untuk menyuluh perjalanan hidupku, khususnya bilamana memikirkan anak-anak yang menjadi penerus kehidupanku kelak.


Aku juga takut seandainya perbuatan terkutuk itu aku lakukan. Seperti yang aku telah nyatakan kepada Anda dahulu, usahlah marahkan diriku sekiranya Anda tidak bersetuju. Sememangnya aku tidak mampu, sememangnya aku lemah berbanding Anda semua.

Masih terngiang-ngiang di telingaku ketika membaca surah Yusuf, antara surah yang aku sering dengar dan telaah. Surah Yusuf menjadi kegemaranku lebih-lebih lagi bila dialunkan oleh Sheikh Misyari Rashed Alafasy (link).

Beliau adalah Qari yang paling aku gemari. Dendangan suaranya berupaya menusuk jauh ke dalam lubuk kalbuku. Apatah lagi alunan suaranya yang merdu itu aku iringi dengan menatap terjemahan kitab kehidupan, Al-Quran berbahasa melayu.


"Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa". (Yusuf, 12: 24)

Peristiwa yang telah aku lalui ini merupakan cabaran di dalam hidupku. Ia sedikit menyeronokkan dan pastilah juga ada keperitannya.

Opss… kenapa pula tiba-tiba aku berceramah agama ini? Heheheee

Berbalik pada tempat perjumpaan yang aku pilih? Geli hatiku bila mengingatkannya kembali malam ini. Nak tahu tempat yang aku pilih? 


Lokasi yang terdapat ramai khalayak. Sebabnya, manalah tahu sesuatu yang buruk bakal terjadi, setidak-tidaknya adalah juga orang ramai membantu nanti. Lokasinya ialah Restoran Mamak yang sering aku kunjungi. Disitulah biasanya aku menjamu selera memakan roti canai berkuahkan campuran kari dan dal dengannya.



P/S: Jangan lupa untuk mendownload bacaan Sheikh Mishary Rashed Alafasy. Moga-moga adalah manafaatnya. 

Sheikh Mishary Rashed Alafasy (link)








Baca selanjutnya, Klik di sini...

Suami Isteri Curang... Bhg. 7

Berdesing juga telingaku mendengar luahan perasaan amarah dari lelaki yang bergelar suami kepada isteri curang itu.

Ditambah lagi ugutannya konon sehingga ke lubang cacing akan dicarinya diriku. MasyaAllah!, adakah semua yang telah berlaku itu, kesalahannya semata-mata dibebankan di bahuku? Walhal dia yang bergelar suami, tidak pandai menjaga isterinya sendiri. Sampaikan isterinya terpaksa menagih-nagih kasih dari seorang lelaki, sepertiku. Lelaki bujangan yang tiada pengalaman rumahtangga ketika itu.

Sebenarnya diriku juga diselubungi amarah dek ugutannya yang melampau-lampau tanpa usul periksa. Bilamana dia menelefonku, pelbagai tohmahan dilemparkan ke atasku, tanpa mendengar lanjut, aku cepat-cepat mematikan henfonku tanpa mengakhiri perbualan itu dengan berhemah.

Aku terpaksa melakukannya agar emosiku tidak meruap-ruap sepertimana yang sedang dialaminya. Maklumlah, akukan insan biasa, bukannya seorang rasul yang penuh dengan sifat kesabaran.

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan Kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya" (Al-Mukminun, 23: 111)


Selepas beberapa ketika, aku mengaktifkan semula telefon bimbitku, dan seperti biasa, deringan telefonku tak henti-henti memaparkan nombornya. Nombor telefon suami kepada isteri curang itu. Disebabkan aku masih lagi diselubungi emosi, kebiasaannya aku terus off kan sahaja telefonku buat sementara waktu… 

Aku melakukannya begitu supaya emosiku yang tidak stabil dapat ditenteramkan semula. 

Mungkin tidak seratus-peratus memperolehi ketenangan, tetapi cukuplah agar aku berupaya mengawal emosiku semula, supaya tidak memberontak, sehingga menyebabkan diriku boleh menggapai senjata untuk membunuhnya. heheheee


Bilamana kepanasan hatiku telah suam-suam kuku, akhirnya aku mengimbau kembali peristiwa bagaimana seorang suami melontarkan pelbagai ugutan, cacian, kejian dan hinaan kepadaku yang sekadar bergelar bujang teruna ketika itu.

Fikiranku merenung jauh untuk berfikir-fikir mengapa aku pula yang disalahkannya, Walhal dia juga bersalah kerana tidak menjaga isterinya dengan baik sehingga menyebabkan isterinya terpaksa menagih kasih dariku yang sebenarnya belum mengerti akan kasih sayang sepasang suami-isteri. 

Dan kini…

Aku telah memahaminya. Mengapa peristiwa itu ditimpakan kepadaku. Mungkin untuk dikongsi dengan Anda. Anda yang telah bergelar suami supaya pandai-pandailah menjaga hati isteri sendiri. Ketahuilah bahawa peritiwa seperti itu, boleh menyebabkan kita yang bergelar lelaki terpaksa bertekak sesama sendiri. (*___*)

Opsss… coretan ini bukannya nak memberi tazkirah kepada Anda, tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang telah aku lalui.

Berbalik pada kisah ini, entah macamana, tiba-tiba pula muncul keberanian di dalam diriku untuk bersemuka dengan lelaki yang menjadi suami kepada isteri curang itu.

Sungguh! Aku tidak menyangka bahawa akhirnya aku mempunyai keberanian untuk bersemuka dengannya. Nak tahu mengapa aku tiba-tiba ada keberanian begitu?

Pastilah aku mendapat kekuatan kerana DIA. Memang aku berani melakukannya kerana DIA. Dia, Tuhan yang maha berkuasa. Umpama kata, Berani Kerana Benar.

Akhirnya, aku memberanikan diri menelefonnya kembali. Pastilah aku mengungkapkan kata-kata berhemah sebelum memulakan bicara lanjut dengannya. Bukannya nak memberitahu bahawa isterinya yang bersalah. Bukan!. Tetapi aku bertekad, ingin memberitahu kepadanya bahawa aku ingin bersemuka dengannya, berbicara dari hatiku sendiri.

Dari luahan kata-kataku itu, ada juga kelembutan hati suami kepada isteri curang itu. Syukur Alhandulillah yang tidak terhingga kepada NYA kerana akhirnya aku berjaya menawan hatinya untuk bersemuka. 

(Coretan seterusnya akan aku lanjutkan In Sha Allah)

*****




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Suami Isteri Curang!... Bhg. 6

Seperti yang telah diceritakan kepada Anda sebelum ini. Isteri curang itu tetap berusaha, dan memaksa diriku agar meneruskan berbual-bual dengannya melalui telefon. Perbuatan yang dilakukan semasa suaminya tiada di rumah. 

Walaupun aku berusaha mengelak, tetapi hakikatnya diriku selalu tertewas dan ada kala pula merasa seronok melayan panggilannya. Maklumlah, hati seorang lelaki yang mudah bersimpati. (*____*)

Sebenarnya pada malam isteri curang itu menangis, rupa-rupanya kejadian itu telah disedari suaminya. Aku mengetahuinya selepas diberitahu oleh suaminya. Akan aku ceritakannya kepada Anda nanti.

Sebenarnya sebelum aku berjumpa suaminya, diriku telah menerima pelbagai cacian dan ugutan. Tetapi semua itu tidak mematahkan semangatku untuk berterus-terang dan berjumpa dengan lelaki bergelar suami kepada isteri yang curang itu. (^___^)

Memang aku bertekad perlu menyelesaikan cabaran itu dengan harapan agar Tuhan menghapuskan dosa-dosaku, yang aku terlalu lemah untuk mengelaknya, malahan ada perasaan seronok melakukannya.

Pertemuan dengan suaminya bermula bilamana aku mendapat panggilan telefon dari seorang lelaki yang tidak aku kenali. Mulanya lelaki itu bertanya siapakah gerangan diriku?. 

Hah! aku sebenarnya agak terkejut dan keliru kerana orang yang membuat panggilan melalui telefonku itu bertanya, siapakah aku?. Mana mungkin dia mendail nombor telefonku seandainya dia tidak tahu siapakah yang dia telefon. Bukan begitu?


Sudah menjadi tabiat diriku untuk tidak memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum orang yang memanggil itu memperkenalkan dirinya kepadaku. Rupa-rupanya reaksiku itu dibalas dengan kata-kata yang penuh dengan ugutan, cacian dan kejian. Bertambahlah diriku keliru dan mulalah mempermain-mainkan pemanggil itu. Aku ingatkan pemanggil itu adalah di kalangan rakan-rakanku yang suka mengenakan aku.

Mulanya memanglah aku tidak mengerti, mengapa orang yang memanggilku itu bertindak terlalu emosi sehingga menyebabkan aku juga turut beremosi. Tetapi selepas mengamati semua yang dilontarkannya baharulah aku memahami bahawa diriku sebenarnya sedang mendengar muntahan perasaan dari seorang lelaki yang bergelar suami kepada isteri orang yang curang itu.


*****


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Suami Isteri Curang... Bhg 5

Dari wanita bergelar isteri orang itulah aku telah memahami serba sedikit perasaan seorang wanita, juga tentang kehidupan berumah tangga dan perasaan kecewa seorang wanita yang sedang melayari bahtera perkahwinannya.

Sejujurnya, walaupun aku sering diganggu oleh wanita itu, hakikatnya kami tidak pernah bertemu.


Opsss… maaf, sebenarnya ada jugalah kami bersua wajah, tetapi sepanjang ingatanku, beberapa kali sahaja aku perasan tentangnya. Sebenarnya aku tidak mengetahui bahawa dia sedang memerhati segala gerak langkahku semasa berurusan di tempat kerjanya.

Wanita bergelar isteri orang itu merupakan seorang kerani di salah sebuah bank terkemuka negara. Al-maklum aku sentiasa berurusan ke sana, maka sudah pasti dia terperasan akan kehadiranku. Sebab itulah akhirnya dia sentiasa menelefonku dan menagih kasih cinta dariku melalui pangilan-pangilan misteri yang dilakukannya. Lebih-lebih lagi semasa suaminya keluar rumah. 

Itu semua aku ketahui bila mana akhirnya dia memberitahu kepadaku. Dan setelah mengetahuinya, aku cuba berusaha untuk tidak lagi mendatangi cawangan bank terkemuka itu. Maklumlah, aku kan jejaka pemalu. Cehhhh!

Setelah aku mengetahui wanita itu merupakan isteri orang, aku terus menggagahkan diri memberitahu kepadanya tentang DIA, Tuhan Penguasa Alam, yang sedang memerhati semua perkara yang dilakukan.

Bilamana dia menelefonku lewat malam, adakala dia memberitahu kepadaku bahawa suaminya sedang berfoya-foya dan tiada rumah. Adakala terdetik juga difikiranku yang tidak senonoh. Mahu juga aku terus ke rumahnya. 😊


Tetapi syukur Alhamdulillah, fikiran dan gerakan sebegitu aku tidak lakukan. Aku terus menggagahkan diri memberitahu kepadanya tentang DIA, Tuhan Maha Mengetahui yang sedang memerhati semua perkara yang dilakukan oleh semua insan.


Selepas mengetahui dia adalah seorang Isteri, perbualan kami lebih menjurus nasihat-menasihati dan ada kala juga aku bersimpati bila mana dia meluahkan perasaan hati yang kecewa, terhadap suaminya. 😞 


Sesungguhnya, aku bersyukur kehadrat Tuhan kerana menerusi luahan jujur wanita itu, aku akhirnya memahami dan mengerti serba sedikit perasaan seorang isteri, bilamana suami kurang mempeduli, perasaan isteri.

Sesungguhnya aku juga tidak melepaskan peluang yang ada untuk memberikan sedikit tazkirah kepadanya.

Memang aku tidak pernah menyangka peristiwa begitu aku lalui. Samalah seperti awek manis yang merabaku dahulu. Kisah yang aku paparkan dahulu berjudul Mencari Jodoh... bhg 3 (diraba).

Sungguh, aku tidak pernah menyangka kedua-dua peristiwa begitu berlaku dalam hidupku, barangkali untuk menguji keimananku. 😔

Ya Allah... aku berdoa kepada Mu, semoga peristiwa seperti itu, tidak lagi ditimpakan di dalam hidupku.

Kini, aku sedang melayarkan bahtera perkahwinanku bersama isteriku tercinta, bersama anak-anakku.


Kini aku sedar, Tuhan memberikan peristiwa begitu barangkali untuk dikongsi dengan Anda. Anda yang sudi menelaah contenganku ini. Moga-moga Anda juga akan beringat-ingat dan bertindak lebih baik daripada apa yang telah aku lakukan.

Moga-moga kisah begini akan dapat dijadikan panduan, penyuluh kehidupan, walaupun agak samar-samar sinar cahayanya. Maklumlah, dunia inikan penuh pancaroba, ditambah pula diriku ini memang tidak sempurna, kurang berupaya untuk memaparkannnya kepada Anda. Anda yang aku kasihi kerana Dia.


Masih ada lagi tersisa untuk aku kongsikan dengan Anda kisah ini. Cerita bagaimana aku bersemuka dengan suami kepada wanita itu... 

Coretan lalu;


Gelora Nafsu... Suami Isteri Curang!

Suami Isteri Curang!, Pengalaman Berguna
Suami Isteri Curang... Bhg 3
Suami Isteri Curang... Bhg 4




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Monday, 8 February 2016

Suami Isteri Curang... Bhg 4

Selama berbual-bual dengan wanita bergelar isteri orang itu, yang aku masih belum ketahui identitinya, sejujurnya juga aku mengatakan bahawa ada jugalah gambaran-gambaran di dalam mindaku yang bukan-bukan. Gambaran dihiasi lakaran-lakaran istimewa para syaitan. Sungguh, itulah yang berlaku ke atas diriku, menggambarkan kenikmatan duniawi.

Hakikatnya, dorogan para syaitan sungguh kuat, membuatkan aku terleka, dan ada jugalah ketikanya aku jadi tertunggu-tunggu pula pangilan wanita bergelar isteri itu. Mendengar suaranya yang lunak merdu, terasa seolah-olah mencucuk-cucuk jauh ke dalam kalbuku. Memang seronok rasanya ketika itu. Terbaring-baring memegang telefon, sambil berbual-bual mesra dengannya. Heheheee

Tetapi syukur Alhamdulillah, dalam masa yang sama aku sering ke surau atau masjid untuk mengerjakan solat lima waktu. Setidak-tidaknya perbuatan itu berupaya menjauhkan pemikiranku daripada menunggu-nunggu panggilan wanita bergelar isteri itu. Ada kalanya, lubuk hatiku juga tersimbah sinar cahaya Nya selepas menelaah kitab-kitab yang mengagungkan nama-NYA, membuatkan lakaran-lakaran para syaitan dapat dipadamkan. Heheheee

Sungguh, lebih-lebih lagi mendengarkan alunan bacaan dari kitab kehidupan, Al-Quran di samping kitab-kitab para tabiin. Memang semuanya itu membuatkan diriku sering berhati-hati di dalam meluahkan rasa hati, berlapikkan perasaan yang DIA sedang memerhati segala gerak geri yang aku sedang lalui. 

Itulah yang berlaku terhadap diriku ketika melayan pangilan-pangilan peribadi wanita yang bergelar isteri. Isteri orang berlaku curang!.

Setelah beberapa kali dia menghubungiku, suatu hari, terbongkar juga rahsia identiti wanita bergelar isteri itu. Mungkin kesedaran terluah setelah sedikit sebanyak dia mengerti tentang Tuhan Maha Mengetahui. Barangkali Isteri orang itu takut menangung dosa kerana berbohong dan menipu. 

Memanglah aku rasa bersalah setelah mengetahuinya, dia seorang wanita bergelar isteri. Berbual dengan isteri orang? Memanglah aku terkejut!. Sangat terkejut.

Berbual-bual dengan isteri orang semasa ketiadaan suaminya di rumah. Ditambah lagi berbual-bual pada lewat malam... hermmm


Perbuatan itu amat meragukan dan mengaibkan, apatah lagi kepada Tuhan yang sentiasa memerhatikan segala perbuatan. Namun, aku tekadkan di dalam diri bahawa apa yang aku lakukan adalah untuk mencari keredhaan Ilahi. Bukanlah kerana satu hobi. (*___*)


Apa yang aku lakukan itu sesuatu yang aku benci sebenarnya.


Setelah memikirkan perkara itu beberapa hari, aku tekadkan di dalam diri untuk berterus-terang sahaja dengan wanita bergelar isteri itu. Memanglah untuk memberitahu kepadanya bahawa perbuatan yang sedang dilakukan itu amat-amat dilarang Tuhan dan harus dihentikan. 

Tiba-tiba... aku terkejut reaksi wanita berstatus isteri itu. Perasanku menjadi gemuruh tidak semena-mena, seluruh tubuh badanku seolah-olah menjadi lemah.

Sungguh! Aku amat terkejut dengan reaksinya. Bukan sahaja aku, housemate aku pun terkejut melihat gelagatku yang cuba mententeramkan seseorang. Housemateku pada masa itu belum lagi mengetahuinya. Yang jelas, dia jadi curiga dan berusaha bertanya, tetapi aku buat tak layan sahaja. 😝

Melalui perbualan telefon itu aku terdengar wanita itu menangis-nangis sambil memujuk rayu agar tidak memberhentikan perbuatan yang kami selalu lakukan.

Opsss... perbuatan sekadar  berbual-bual sahaja melalui telefon ya, sambil-sambil mendengar luahan isi hatinya yang sudah berputus asa dan seolah-olah tersiksa semasa melayari bahtera perkahwinannya. Perkahwinan yang baru setahun jagung menurutnya.


Ya, lah... berbanding aku yang langsung tiada pengalaman mengenai perkahwinan, masih bujang teruna ketika itu. Belum mengetahui banyak perkara pasal hal-hal berumahtangga. Barangkali wanita itu tidak memahamai bagaimana tersiksanya diriku berlawan dengan para syaitan durjana. Memang aku terlalu keberatan untuk menanggung segala-galanya, al maklum sahaja, aku kan jejaka pemalu dan lemah. Lemah berbanding Anda...

(In Sha Allah, akan aku lanjutkan kisah ini andai ada masa terluang).


Coretan lalu:


Gelora Nafsu, Suami Isteri Curang

Suami Isteri Curang, Pengalaman Berguna
Suami Isteri Curang... Bhg 3


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Suami Isteri Curang!... bhg 3

Berbalik pada ceritaku diganggu oleh isteri orang, aku sebenarnya tidak menyangka bahawa wanita yang selalu menelefon aku ketika itu merupakan isteri orang. Sungguh! Bila mana dia menelefon, sejujurnya aku mengatakan bahawa ada juga perasaan seronok di dalam diriku.

Mulanya wanita itu menelefonku ketika aku bersama pakcikku menghadiri satu kenduri arwah. Masih segar dalam ingatanku bagaimana peristiwa itu bermula.

Sebenarnya aku tidak menyangka ditelefon oleh seorang wanita misteri yang tidak mahu memperkenalkan identitinya kepadaku. Apa yang aku ingat, luahan isi hatinya terhadap diriku. Menurutnya, dia tertarik melihatku, kerana hensem, lawa, dia suka kepadaku. Bila mana aku bertanya siapakah dia? Dia menyembunyikan identitinya. Memang seronok jugalah aku rasa berahsia-rahsia seperti itu… heheheeee


Sejujurnya aku tidak pernah menelefonnya, tetapi hampir setiap hari dia menelefonku lebih-kurang pukul 11.00 malam begitu. Ketika itu, aku berasa pelik dan tertanya-tanya jugalah siapakah gerangan yang cuba-cuba mengenakan aku. Mungkinkah dia adalah dikalangan pelajarku? Oh... tidak mungkin kerana studentku memang tahu perangaiku yang sedikit tegas. Heheheee

Sejujurnya, hatiku sering berkata-kata dan mempersoalkan mungkinkah wanita yang sering menelefonku itu cantik dan muda berseri? Semua itu terluah selepas mendengar suaranya yang lunak merdu, manja seolah-olah ada kemanisannya di sepanjang berbual-bual dengannya melalui telefon.

Aku juga berasa pelik bagaimana dia memperolehi nombor telefonku, walhal hanya orang-orang tertentu sahaja yang aku berikan. Memang perasaanku ingin mengetahui mengenai wanita itu membuak-buak. Aku menjadi tidak tenteram dan cuba juga berusaha untuk mengetahuinya, mengenali dirinya, apatah lagi dia suka menelefonku hampir setiap malam. (^___^)

Kadang terdetik juga di dalam hatiku untuk tidak melayan panggilannya. Ada beberapa kali aku melakukannya. Saja-saja aku tidak mahu mengangkatnya. Dan kadang aku terus sahaja mematikan henfonku ketika itu.

Entah bagaimana, terdetik pula dalam diriku perasaan kesian dengannya. Maklumlah, selain bersifat pemalu, aku juga cepat berasa simpati dengan insan-insan ciptaan Ilahi. 

Sebab itu akhirnya aku mengambil keputusan untuk melayan sahaja panggilannya. Ketika itu, aku masih belum mengetahui bahawa wanita yang aku sedang layan berbual-bual melalui telefon itu adalah isteri orang.

Kalau aku tahu, awal-awal lagi memang aku tidak mahu melayannya. Pastilah juga rasa simpatiku berubah menjadi perasaan benci terhadapnya.


*Akan aku sambung corentan ini, In Sha Allah*



Coretan lalu;


Gelora Nafsu... Suami Isteri Curang


Suami Isteri Curang, Pengalaman Berguna

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Suami Isteri Curang! Pengalaman Berguna

Kali ini aku mengisahkan pengalaman hidupku mengenai seorang Isteri yang cuba bertindak curang. Isteri orang yang berusaha menagih kasih cinta dariku. Aku terdorong melakarkannya di sini selepas bersembang-sembang dengan sahabat lama semalam. 

Sahabat lama seorang wanita, yang masih menyerlah keayuannya, anggun berkarisma. Ku menamakan dia Suria Hatiku. Kami berchit chat melalui aplikasi whatsapp semalam sehingga hampir pukul 1.00 pagi. Bercerita-cerita pengalaman hidup yang telah dilalui, pahit manis kehidupan dan kisah cinta, entah bagaimana, terimbau pula kenangan ini, Isteri orang berlaku curang.


Kisah itu betul-betul terjadi di dalam hidupku, iaitu sebelum cerita brother yang aku telah kisahkan sebelum ini di dalam contengan bertajuk Gelora Nafsu, Suami Isteri Curang.


Kisah ini aku lakarkan kepada Anda kerana ada inti ikhtibar di dalamnya. Ia berlaku ketika aku berumur 31 tahun.


Walaupun kisah ini negatif, tetapi aku lebih terdorong melihatnya sebagai sesuatu yang positif, kerana peristiwa itu telah mendorong diriku agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jodohku sesegera yang mungkin, supaya peristiwa begitu tidak berulang buat kali ketiga.


Peristiwa yang aku kisahkan ini merupakan kali kedua menerjah diriku. Aku terdorong menceritakan peristiwa ini kepada Anda kerana banyak yang aku telah pelajari mengenainya. Sebab itulah aku kongsi dengan Anda. Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada Anda kerana masih sudi menelaah contengan-contenganku di sini, yang tidaklah seberapa.

Sebenarnya sebelum aku melakarkannya di sini, mindaku telah memutuskan untuk menceritakannya nanti di akhir pengkisahanku berkaitan pengalaman-pengalamanku memcari jodoh. Kisah yang aku ingin kongsikan dengan sahabatku saudara Jo, lelaki tampan yang seksi. 

Usahlah Anda terkejut menelaah kisahku ini kerana ia memang betul-betul terjadi di dalam hidupku. Kisah ini berlaku semasa aku sudah di alam pekerjaan dan sudah mempunyai pendapatan sendiri, berkereta sendiri, berpakaian segak bergaya.

Namun, disebalik itu semua, aku bersyukur peristiwa itu ditimpakan di dalam hidupku kerana ia telah mendidik aku sedikit ilmu mengenai perasaan seorang wanita yang bergelar Isteri.

Memang ia telah mengajar aku sesuatu. Barangkali sebagai persediaan untukku sebelum melayari bahtera perkahwinanku. Syukur Alhamdulillah, yang tidak terhingga kepada NYA jua kerana memberikan aku pelajaran seperti ini, setidak-tidaknya aku berhati-hati semasa melayarkan bahtera perkahwinan sekarang ini, iaitu bergelar sebagai seorang suami...



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sunday, 7 February 2016

Wanita Istimewa, Ada Rahsia

Coretan ini aku khususkan untuk Wanita. Nama yang amat istimewa di dalam kehidupan ini. Lebih-lebih lagi wanita yang bergelar Ibu atau Isteri.

Isteri adalah kurniaan Tuhan yang tiada tandingannya di dalam kehidupan ini.


Sememangnya wanita dizahirkan dalam kehidupan ini adalah kerana belas ehsan Tuhan, terhadap lelaki. Memandangkan lakaran ini mengenai wanita, ada juga baiknya difahami asal-usul kejadian mereka, yang disebut sebagai Hawa.

Hawa adalah seorang wanita yang telah dihadirkan oleh Tuhan untuk menemani kehidupan Adam yang sedang keseorangan. 

Ramai beranggapan asal-usul kejadian Hawa adalah daripada tulang rusuk lelaki, bernama Adam. Betulkah begitu?


Pandangan itu seolah-olah telah menjadi suatu yang benar walaupun hakikatnya tiada nas shahih di dalam Kitab Panduan Kehidupan, Kitab Al-Quran. Sebenarnya wanita sangat mulia diciptakan oleh Tuhan, sebagaimana Adam diciptakan.

Sebab itulah aku melakarkannya di sini. Lebih-lebih lagi pagi tadi rakan-rakan telah berbincang tentang wanita dan poligami. Perbincangan alam maya, aplikasi whatsapp namanya. (*___*)

Memang aku amat mengasihi wanita, terutama wanita bernama Isteriku Tercinta. Begitu juga wanita bergelar Ibu, seorang wanita penuh limpahan kasih sayang. Memang aku mengasihi dan menyayangi mereka yang bernama wanita.


Pastinya, wanita bukanlah diciptakan dari tulang rusukku. Memang bukan begitu kejadian mereka. Aku tidak memaksa Anda turut mempercayai kefahamanku ini. Kelak taqlid namanya, ikut-ikutan sahaja. Merbahaya begitu...

Asal kejadian wanita bukanlah daripada tulang rusuk lelaki, tetapi daripada jiwa yang satu... 


Perlukah aku menerangkannya dengan lebih terperinci?

Baiklah, kerana kasihku kepada Anda, ada juga baiknya barangkali aku kongsikan dengan Anda kefahaman ini...

Sebenarnya nas yang mengatakan bahawa perempuan diciptakan daripada tulang rusuk lelaki adalah disokong daripada teks-teks kitab agama nasrani. Di dalam bible ada dikisahkan mengenai penciptaan wanita itu daripada tulang rusuk lelaki;

“… tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia. Lalu Tuhan membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, Tuhan mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging. Dan dari rusuk yang diambil Tuhan dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu. Lalu berkatalah manusia itu: ‘Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki.’ Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging. Mereka keduanya telanjang, manusia dan isterinya itu, tetapi mereka tidak merasa malu. (Kejadian 2:20-25)

Di dalam Al-Quran pula menjelaskannya seperti ini; 

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An-Nisa, 4:1)

Ayat Al-Quran di atas memberikan makna bahawa lelaki dan wanita sememangnya berasal daripada jiwa yang sama iaitu dari satu jiwa, terciptalah pasangan bagi Adam, bernama Hawa. Di dalam kitab tafsir Sayyid Qutb, dinyatakan masing-masing merupakan dua bahagian yang tidak mungkin dipisahkan.

Sebab itu aku amat mengasihi Isteriku Tercinta kerana dialah pelengkap kepada jiwa yang aku ada. Moga-moga perjalanan hidup yang penuh liku-liku ini akan beroleh destinasi hakiki nanti. Destinasi Syurga, Kehidupan abadi, penuh kebahagian dan berkekalan. InShaAllah.


Di dalam hal ini, moga-moga aku juga tidak akan lupa pesanan Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang memperkatakan tentang wanita;

“Jagalah kaum wanita, sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah yang teratas, maka jikalau engkau berusaha meluruskannya engkau akan mematahkannya dan jika engkau membiarkannya ia akan kekal bengkok, maka jagalah kaum wanita (dengan baik)”.

Bentuk lain hadis tersebut dinyatakan;

"berwasiatlah/nasihatilah kepada perempuan-perempuan kalian dengan kebaikan, sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika kalian memaksa atau berkeras untuk meluruskannya, niscaya ia akan patah. Namun jika kalian biarkan, mereka akan senantiasa bengkok, maka berwasiatlah/nasihatilah dengan kebaikan kepada perempuan-perempuan." (H.R. Bukhari&Muslim)

Hadis diataslah yang telah digunakan sebagai sandaran bahawa wanita itu asal kejadiannya adalah daripada tulang rusuk lelaki. Sememangnya aku tidak menyanggah pemahaman itu kerana dalam kehidupan ini harus dilihat pelbagai dimensi pandangan.

Sebab itu Anda juga boleh gunakan hadis di atas sebagai sumber tafsiran. Sememangnya Tuhan mengetahui segala-gala yang tersembunyi di dunia ini.

Yang pasti, hadis di atas memberi pesanan kepada lelaki agar berhati-hati semasa bersama-sama wanita kerana kekerasan tidak akan memberikan kesan yang baik kepada kedua-duanya. Begitu juga andai terlalu berlembut dengan mereka, pasti liku-liku kehidupan yang dilalui akan terpesong arah haluannya.

Sebab itu di dalam hubungan lelaki-wanita, lelaki perlu melakukannya secara berhemah. 

Sememangnya wanita perlu ditegur atau mungkin dimarahi, ibarat Ibu yang menegur atau memarahi Anak-Anaknya.


Disebalik itu, harus juga diketahui bahawa Anak-Anak yang memarahi Ibunya kelak tidak akan mengecapi Syurga... 


Sampai begitu sekali gambaran betapa hebatnya Insan bernama Wanita. Dia berupaya mengakhirkan kehidupan seorang lelaki sama ada di Syurga atau barangkali di Neraka.




Baca selanjutnya, Klik di sini...