Thursday, 11 February 2016

Cabaran Orang Baik-Baik

Entri kali ini saya paparkan hasil nukilan daripada Adikku Tampan Bergaya. Moga-moga ada manafaatnya untuk mengisi masa lapang Anda pada masa ini. Nukilannya memaparkan begini;

Mesti Anda hairan melihat kenapa orang yang baik-baik selalu sahaja di uji oleh Tuhan. Selalu ada sahaja musibah menimpa mereka. Selalu ada sahaja kesusahan mendatangi mereka.

Mesti Anda hairan kenapa orang yang kurang baik, yang abaikan sembahyang, yang leka dengan dunia sering sahaja mendapat kemewahan, bebas musibah bahkan seakan memiliki segala-galanya (wang, kereta, rumah, keluarga, harta, pangkat, jawatan, penghormatan).

Seakan tidak ada masalah langsung. Tidak ada musibah langsung. Ketahuilah bahawa orang begini dibiarkan oleh Tuhan. Mereka dibiarkan hanyut dalam kelekaan.

Hanyut dan terus hanyut.
Lupa dan terus lupa. Leka dan terus leka.

Akhirnya, hidup mereka bergelomang dosa. Dunia adalah syurga untuk orang-orang sebegini. Sebenarnya ini sindiran Tuhan. Mereka dibiarkan terus menerus leka.

Tetapi orang yang baik-baik tidak akan dibiarkan Tuhan bahkan sentiasa dalam perhatian Tuhan. Mereka selalu di uji kerana Tuhan menyayanginya

Sebagai manusia, sudah menjadi lumrah kita akan selalu ingat Tuhan tatkala kita susah. Orang baik-baik selalu diturunkan ujian kerana dengan ujian itu, hati mereka akan semakin dekat dengan Tuhan. Jika mereka di uji dengan kekayaan sekalipun, mereka akan melupakan kekayaan tersebut bahkan tidak menganggap diri mereka kaya.

Semuanya dianggap datang daripada Allah.

Keutamaan mereka adalah untuk menjadi hamba Allah. Beribadah adalah aktiviti paling utama. Orang baik-baik selalunya akan mendapat perlindungan Tuhan... dimana sahaja, sepanjang masa, terhindar dari berbuat lebih banyak dosa...

*********

0 comments :

Post a Comment