Selama berbual-bual dengan wanita bergelar isteri orang itu, yang aku masih belum ketahui identitinya, sejujurnya juga aku mengatakan bahawa ada jugalah gambaran-gambaran di dalam mindaku yang bukan-bukan. Gambaran dihiasi lakaran-lakaran istimewa para syaitan. Sungguh, itulah yang berlaku ke atas diriku, menggambarkan kenikmatan duniawi.
Hakikatnya, dorogan para syaitan sungguh kuat, membuatkan aku terleka, dan ada jugalah ketikanya aku jadi tertunggu-tunggu pula pangilan wanita bergelar isteri itu. Mendengar suaranya yang lunak merdu, terasa seolah-olah mencucuk-cucuk jauh ke dalam kalbuku. Memang seronok rasanya ketika itu. Terbaring-baring memegang telefon, sambil berbual-bual mesra dengannya. Heheheee
Tetapi syukur Alhamdulillah, dalam masa yang sama aku sering ke surau atau masjid untuk mengerjakan solat lima waktu. Setidak-tidaknya perbuatan itu berupaya menjauhkan pemikiranku daripada menunggu-nunggu panggilan wanita bergelar isteri itu. Ada kalanya, lubuk hatiku juga tersimbah sinar cahaya Nya selepas menelaah kitab-kitab yang mengagungkan nama-NYA, membuatkan lakaran-lakaran para syaitan dapat dipadamkan. Heheheee
Sungguh, lebih-lebih lagi mendengarkan alunan bacaan dari kitab kehidupan, Al-Quran di samping kitab-kitab para tabiin. Memang semuanya itu membuatkan diriku sering berhati-hati di dalam meluahkan rasa hati, berlapikkan perasaan yang DIA sedang memerhati segala gerak geri yang aku sedang lalui.
Itulah yang berlaku terhadap diriku ketika melayan pangilan-pangilan peribadi wanita yang bergelar isteri. Isteri orang berlaku curang!.
Setelah beberapa kali dia menghubungiku, suatu hari, terbongkar juga rahsia identiti wanita bergelar isteri itu. Mungkin kesedaran terluah setelah sedikit sebanyak dia mengerti tentang Tuhan Maha Mengetahui. Barangkali Isteri orang itu takut menangung dosa kerana berbohong dan menipu.
Memanglah aku rasa bersalah setelah mengetahuinya, dia seorang wanita bergelar isteri. Berbual dengan isteri orang? Memanglah aku terkejut!. Sangat terkejut.
Berbual-bual dengan isteri orang semasa ketiadaan suaminya di rumah. Ditambah lagi berbual-bual pada lewat malam... hermmm
Perbuatan itu amat meragukan dan mengaibkan, apatah lagi kepada Tuhan yang sentiasa memerhatikan segala perbuatan. Namun, aku tekadkan di dalam diri bahawa apa yang aku lakukan adalah untuk mencari keredhaan Ilahi. Bukanlah kerana satu hobi. (*___*)
Apa yang aku lakukan itu sesuatu yang aku benci sebenarnya.
Setelah memikirkan perkara itu beberapa hari, aku tekadkan di dalam diri untuk berterus-terang sahaja dengan wanita bergelar isteri itu. Memanglah untuk memberitahu kepadanya bahawa perbuatan yang sedang dilakukan itu amat-amat dilarang Tuhan dan harus dihentikan.
Tiba-tiba... aku terkejut reaksi wanita berstatus isteri itu. Perasanku menjadi gemuruh tidak semena-mena, seluruh tubuh badanku seolah-olah menjadi lemah.
Sungguh! Aku amat terkejut dengan reaksinya. Bukan sahaja aku, housemate aku pun terkejut melihat gelagatku yang cuba mententeramkan seseorang. Housemateku pada masa itu belum lagi mengetahuinya. Yang jelas, dia jadi curiga dan berusaha bertanya, tetapi aku buat tak layan sahaja. 😝
Melalui perbualan telefon itu aku terdengar wanita itu menangis-nangis sambil memujuk rayu agar tidak memberhentikan perbuatan yang kami selalu lakukan.
Opsss... perbuatan sekadar berbual-bual sahaja melalui telefon ya, sambil-sambil mendengar luahan isi hatinya yang sudah berputus asa dan seolah-olah tersiksa semasa melayari bahtera perkahwinannya. Perkahwinan yang baru setahun jagung menurutnya.
Ya, lah... berbanding aku yang langsung tiada pengalaman mengenai perkahwinan, masih bujang teruna ketika itu. Belum mengetahui banyak perkara pasal hal-hal berumahtangga. Barangkali wanita itu tidak memahamai bagaimana tersiksanya diriku berlawan dengan para syaitan durjana. Memang aku terlalu keberatan untuk menanggung segala-galanya, al maklum sahaja, aku kan jejaka pemalu dan lemah. Lemah berbanding Anda...
(In Sha Allah, akan aku lanjutkan kisah ini andai ada masa terluang).
Coretan lalu:
Gelora Nafsu, Suami Isteri Curang
Suami Isteri Curang, Pengalaman Berguna
Suami Isteri Curang... Bhg 3
Monday, 8 February 2016
Suami Isteri Curang... Bhg 4
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment