Kali ini aku lanjutkan kisahku bertemu jodoh, untuk tatapan Anda. Malam ini, Aku terimbas kembali kisah silamku membina cinta. Gadis-gadis berusaha untuk menambat cintaku. Sememangnya aku amat menghargai dan menyanjungi usaha mereka di dalam hal-hal begini. Mencari Jodoh.
Sebenarnya tidaklah mudah seorang wanita meluahkan rasa cintanya kepada seorang lelaki. Memang tidak mudah!.
Tetapi andai ada yang melakukannya, aku sememangnya bersetuju dengan tindakan begitu, asalkan ia dilakukan dengan tatasusila dan kesopanan dijaga.
Sekurang-kurangnya, usaha begitu, dapat mempertemukan jodoh mereka masing-masing. Setidak-tidaknya juga, mereka telah berusaha dan mencuba. Bukan begitu?
Coretan kali ini mengisahkan kepada Anda tentang wanita yang cuba berusaha menawan cintaku. Walaupun mereka tidak berjaya menambat hatiku, tetapi sejujurnya aku harus mengatakan kepada Anda bahawa aku menghargai dan menyanjungi usaha yang telah mereka lakukan.
Kisah ini aku bawakan kepada Anda untuk diambil ikhtibar, manalah tahu Anda juga ingin mempraktikannya. Sememangnya perkahwinan Rasulullah yang pertama juga diusahakan oleh khadijah dengan penuh kesopanan dan keunikannya tersendiri.
Cerita pertama yang aku ingin kisahkan kepada Anda ialah bila mana aku diterjah oleh seorang adik perempuan. Bukanlah diterjah secara tiba-tiba, tetapi dengan penuh kesopanan.
Adik perempuan itu kadang kala muncul kelibatnya di hadapanku. Macam segaja pula dia menjelmakan dirinya dihadapanku pada satu-satu masa, sama ada awal pagi atau tengahari. Ketika aku bersarapan pagi atau ketika aku makan tengahari.
Ketika itu aku berumur 26 tahun, tak silap aku. (*___*)... dah tak seberapa ingat sebenarnya umurku ketika itu, tetapi yang pasti, aku masih lagi di universiti...
Kadang kala aku perasan juga, macam sengaja pula dia berada di hadapanku secara tiba-tiba. Aku juga terperasaan yang jelingan matanya bersama dengan rakan-rakannya kadang-kala membuat aku rasa tidak selesa...
Errmmm… Suatu pagi sedang aku berjalan bersama dua orang rakanku menuju Kafeteria untuk bersarapan pagi, tiba-tiba langkahku bersama rakan-rakan dihentikan oleh adik perempuan itu. Sejurus selepas itu, tiba-tiba adik perempuan itu memberitahu ingin bercakap sesuatu denganku.
Ketika itu aku terkejut dan dua orang rakanku di kiri dan kananku, terpinga-pinga serta keliru.
Dengan selambanya, aku mengukir senyuman indah untuknya, dan memalingkan wajah ke arah dua orang sahabatku serta memberikan isyarat agar mereka berjalan dahulu menuju kafetaria, kerana aku ingin bercakap dahulu dengan adik perempuan itu.
Selepas beberapa ketika, iaitu tinggal kami berdua di lorong jalanan menuju kafetaria itu, dia meluahkan perasaannya kepadaku, lalu memberitahu bahawa sebenarnya dia meminatiku. Ada perasaan cinta di hatinya, kepadaku. Heheheeee….
Lucu juga bila aku mengimbas kembali peristiwa itu. Sungguh!
Semasa situasi itu berlaku, aku cuba berlagak selamba, relaks, walhal sebenarnya energi dalamanku sedang membuak-buak, bercampur keliru.
Namun, dalam masa yang sama, aku memberikan sepenuh perhatian kepadanya, menatap kemanisan wajahnya, sambil mendengar apa yang diutarakannya kepadaku.
Selepas beberapa ketika dia berbicara, akhirnya aku berterus-terang dengannya bahawa aku sebenarnya belum bersedia menerima cintanya. Lagipun, aku tidak mahu menjalinkan apa-apa hubungan cinta, sebelum aku bernikah.
Sejurus ungkapan itu terluah dari jiwaku, adik perempuan itu mengutarakan soalan lanjut kepadaku. Bolehkah dia menganggap diriku sebagai abang angkatnya sahaja. Heheheee…
Biasalah, aku menerima pelawaannya kerana memang aku mempunyai ramai adik-adik perempuan dan kadang juga aku berpeluang memberikan sedikit nasihat untuknya jika berkesempatan, semasa ikatan persaudaraan terjalin.
Akhirnya, selepas beberapa bulan berlalu, aku menerima kad jemputan kahwin yang terpampang namanya.
Ya, aku gembira dan mendoakan agar dia berbahagia bersama suaminya, dapat melayari bahtera perkahwinannya sehingga ke destinasi hakiki. Tidak lupa juga aku doakan semoga dia sentiasa di dalam kegembiraan dan kesejahteraan.
Terus terang aku beritahu kepada Anda, bahawa aku bukanlah menolak cintanya...
Sebenarnya aku belum bersedia ketika itu. Dan lagi, aku tidak mahu menjalin hubungan cinta sebelum bahtera perkahwinanku terbina. Memang begitulah matlamat yang aku telah tetapkan.
Disebabkan itu jugalah, aku tidak pernah berusaha mengejar-ngejar cinta sebelum berumahtangga. Usahlah marahkan diriku seandainya Anda tidak bersetuju. Maklum sahajalah, diriku ini sememangnya lemah berbanding Anda semua.
“Tidak mengapa bagimu menyindir hendak meminang perempuan atau kamu sembunyikan dalam hatimu; Allah mengetahui, bahawa kamu nanti akan menyebutkannya juga kepada perempuan itu, tetapi janganlah kamu janjikan kepada mereka dalam rahsia, melainkan berkatalah dengan perkataan yang patut. Dan janganlah kamu langsungkan ikatan perkahwinan, sebelum sampai waktunya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah itu Pengampun dan Penyantun”.
(Al-Baqarah, 2: 235)
Friday, 12 February 2016
Teknik Mencari Jodoh (1)
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment