Monday, 25 January 2016

Sekolahku SK Bandar Tawau

Zaman persekolahanku bermula pada tahun 1979, iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tawau. Saya telah dimasukkan ke dalam Kelas Teratai.iaitu Darjah (Tahun) Satu Teratai. Pembahagian kelas dulu-dulu di sekolahku diberikan nama bersempena dengan nama bunga-bungaan. heheheee...

Antaranya ialah Kelas Anggerik, Kelas Bakawali, Kelas Cempaka, Kelas Dahlia, Kelas Melur dan Kelas Teratai. Kelas Teratai adalah kelas yang paling hujung iaitu Kelas F. heheheee...

Dahulu, sekolahku dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Tawau , tetapi telah berubah namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tawau, dan kini ia dikenali Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau.

Saya tidak pasti bila perubahan nama itu dilakukan. Seandainya Anda mempunyai maklumat mengenainya, marilah, kongsikan di sini.bersama-sama dengan kami. Maklum sahajalah, maklumat penting begitu dulu-dulu saya tak ambil kisah. Lagipun, usiaku ketika itu masih lagi kanak-kanak yang kurang berkemampuan menilai maklumat penting begitu.

Ditambah lagi kesemua kenangan lalu, khususnya potret-potret berkaitan sekolahku ini telah terbakar pada tahun 1989. Ya, kampungku telah terbakar pada tahun 1989 iaitu Kampung Titingan Tawau.

Sekiranya Anda ada menyimpan potret-potret lama mengenai sekolahku, terutamanya maklumat-maklumat pada tahun 1979 sehingga 1984, marilah, kongsikan di sini...


0 comments :

Post a Comment