Pencarian
Jodoh, Bhg 3
****************************
Petang
ini, aku berusaha mengambil sedikit masa untuk melanjutkan kisahku bertemu
jodoh dengan harapan saudara Johari tidak hampa menunggu ilmu ini.
Kali ini
aku ingin kongsikan kisah sebenarku diraba. Oppssss… Jangan terkejut atau
terperanjat!.
Memang ini
kisah benar yang telah berlaku. Bukanlah selalu, tetapi hanya sekali peristiwa
ini didalam hidupku. Disebabkan ia berlaku hanya sekali, maka peristiwa itu
masih melekat lagi di minda dan jiwa ku walaupun peristiwa itu telah lama
berlalu.
Sebab itu
aku katakan keoada saudara Jo bhw pengalamanku bertemu jodoh ini eksklusif
untuknya. Jangan diingat perlakuan raba meraba ini hanya berlaku terhadap perempuan
sahaja. Ia juga telah berlaku ke atas diriku yang bernama lelaki. Heheheee..
Memang
mengaibkan sekiranya perempuan melakukan perbuatan itu. Ia juga amat memalukan
kerana pada saya, seorang gadis tidak seharusnya berperangai begitu. Aku
menceritakan peristiwa ini dengan harapan moga-moga ia menjadi pedoman...
Peristiwa
itu berlaku ketika aku berumur 27 tahun dan masih belajar di peringkat Sarjana
Sains. Ketika itu, setiap hari aku ke kampus menaiki bas mini awam. Bukan satu
hentian, tetapi aku terpaksa berpindah bas dua kali. Maklumlah, kediamanku
bersama empat rakan lain ketika itu agak terpencil dan hanya berkeupayaan
dimasuki oleh bas-bas mini tanpa lesen sahaja...
Telah
menjadi kegemaranku, bilamana menaiki bas mini, tempat duduk di bahagian
belakang adalah pilihanku. Di bahagian belakang itulah paling sesuai untukku
memerhatikan gelagat segala yang berlaku di dalam bas ketika itu. Suka juga aku
memberitahu bahawa terkadang terdetik juga di dalam hatiku mengharapkan agar
adalah awek cantik duduk di sebelahku. Hehehe…
Suatu
hari, peristiwa yang aku impikan itu memang berlaku. Bukan seorang awek, tetapi
tiga sekawan telah duduk di bahagian belakang bas mini ketika itu. Sebenarnya
bahagian belakang bas mini boleh memuatkan empat orang sahaja. Peristiwa itu
berlaku sekitar pukul 7.00 malam di mana penglihatan di dalam bas mini agak
samar-samar. Disitulah bermulaanya kisah yang aku ingin ceritakan ini. Ianya
berlaku betul-betul diluar jangkaanku.
Masih
segar di dalam ingatanku, entah mengapa awek yang dekat denganku tiba-tiba
meletakkan tangannya dan menggaru-garu di atas pahaku. Betul-betul aku terkejut
bercampur berdebar-debar dan pastilah juga keliru. Sememangnya peristiwa itu
tidak pernah aku fikirkan akan berlaku.
Dalam masa
yang sama, aku juga perasaan yang dia sedang melirikkan matanya kepadaku. Nasib
baik juga disebabkan sifat pemaluku, akhirnya aku memalingkan wajahku ke
arahnya dengan mengerutkan keningku dan menunjukkan yang aku memang tidak
menyukai perbuatannya ketika itu.
Barangkali
dia memahami isyarat yang aku berikan, akhirnya dia mengalihkan tangannya dari
ribaanku. Sebenarnya peristiwa itu betul-betul mengejutkan aku. Dan mindaku
terus sahaja berputar, bercampur-baur dan di dalam keadaan dilemma.
Ada dua
pilihan yang aku boleh lakukan ketika itu. Sama ada aku berasa riang gembira
dan menyambut pelawaanya ? #@%$ ... Atau aku memarahi sahaja dia dan seterusnya
menempelak perbuatannya. Namun, syukur Alhamdulillah, kewarasan akal fikiranku
membuatkan aku tidak memilih kedua-dua pilihan itu. Pastilah ia didorong oleh
sifat pemaluku.
Aku juga
yakin andai memilih salah-satu di antara kedua-dua pilihan itu, pastilah para
musuhku (syaitan) akan bersorak gembira melihat gelagatku ketika itu.
Akhirnya
aku tenangkan diri dan buat-buat seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pastilah
wanita yang duduk disebelahku itu memandang secara sinis dan sempat juga
melontarkan senyuman-senyumannya kepadaku. Aku tidak pasti mengapa awek
disebelahku itu melakukan perbuatan itu. Memang aku tidak mahu memikirkan
apa-apa kemungkinan kerana itu adalah urusannya. Pastilah hanya DIA yang
mengetahuinya.
Apa yang
aku mampu lakukan selepas itu, menetapkan pendirianku dan beristigafar
pada-Nya. Alhamdulillah, DIA telah memberikan kekuatan kepadaku.
Kisah itu
berakhir begitu sahaja dan memanglah aku tidak berusaha mengenali awek yang
duduk di sebelahku itu. Kenapa? Kerana aku yakin dengan kekuasaan-Nya.
Sesungguhnya DIA maha Adil dan maha Bijaksana. Masih segar di dalam hati dan
mindaku akan pesanan-Nya;
"Lelaki
yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya)
tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki
musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang
beriman." (An-Nur, 24: 3)
"Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (Al-Isra,
17: 32)
Kini
fikiran warasku berkata-kata mungkinkah awek-awek itu sengaja mengenakan aku?
mungkinkah mereka hanya ingin bergurau-gurau denganku? mungkinkah juga awek itu
memang mau mengorat aku? Atau mungkinkah juga bisikan-bisikan musuhku cuba
mempengaruhi agar aku menuruti perbuatan seperti itu?
Ya, banyak
lagi kemungkinan yang boleh aku senaraikan. Dan pasti hanya awek yang duduk di
sebelahku itu mampu menjawabnya. Apa yang paling penting padaku, pastilah aku
tidak berminat awek berperangai seperti itu.
0 comments :
Post a Comment