Salah satu kaedah mudah memerhatikan Aura kepada Anda yang belum berupaya menguasainya ialah dengan memandang pada cahaya.
Opppsss...
Usah dipandang cahaya itu berterusan kerana kelak mata tersilau dek pancarannya yang amat kuat. Ianya berupaya merosakkan retina mata Anda. Takut-takut nanti keindahan duniawi tidak lagi dapat diperhati.
Oleh yang demikian, cara paling mudah yang saya boleh kongsikan dengan Anda untuk melihatnya ialah menggunakan perisai pandangan. Anda kena melindungi pandangan Anda dahulu menggunakan sesuatu, sebelum Anda melihat Aura. Sesuatu yang saya maksudkan ialah sesuatu yang dikurniakan oleh Tuhan Penguasa Alam.
Oklah, saya tidak mahu menggunakan bunga-bunga ayat yang lebih-lebih di sini kerana khuatir ianya membuatkan naluri Anda menyampah menelaahnya nanti. (*___*).
Ada baiknya saya berikan sahaja contoh yang agak mudah kepada Anda. Caranya begini; Ketika berada di dalam kenderaan, seandainya waktu itu adalah hujan dan pandangan Anda agak gelap, pastilah Anda akan memasang lampu kenderaan bukan? Lalu, inilah waktu yang sesuai untuk Anda melihat Aura.
Caranya ialah dengan melihat kenderaan yang sedang berada di belakang Anda, ketika Anda sedang berada di dalam kenderaan. Pastikan kenderaan yang berada di belakang Anda ketika itu sedang menyalakan lampu kenderaannya juga. Lihatlah ke arah lampu kenderaannya yang sedang menyala. Seandainya cermin belakang kereta Anda ada menampung titisan air hujan, dan terdapat juga wap yang nipis, berkemungkinan besar Anda akan dapat melihat bukan sahaja nyalaan lampu yang terpancar dari kenderaan yang berada di belakang Anda, tetapi juga Aura yang saya maksudkan, iaitu serpihan cahaya yang terserak membulat ditepiannya. Itulah sebenarnya gambaran Aura yang saya maksudkan.
Aura akan berupaya diperhati bila ada lapisan air yang menghalang pandangan Anda. Cuba Anda perhatikan warna-warna pelangi yang terhasil di ruang angkasa. Anda sememangnya berupaya melihat secara terus warna-warna pelangi itu bila mana ada titisan-titisan air di ruang angkasa. Tidakkah keadaan ini memberikan petanda kepada Anda untuk ditelaah dan diselidiki supaya kelak dapat difahami?
Mari saya luahkan ayat Al-Quran berkenaan suruhan Tuhan Yang Maha ESA mengenainya supaya dapatlah kita singkap bersama-sama, InsyaAllah.
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (Al-Maida, 5: 6)
Apakah dengan berwudhu Aura diri Anda akan terserlah nanti? Mungkinkah Aura yang Anda miliki kelak berupaya diperhati oleh manusia biasa-biasa?
Saya tidak mahu memaksa Anda mempercayainya kerana Anda mempunyai minda dan hati untuk meneliti kenyataan yang saya beri. Tetapi izinkanlah saya meluahkannya, kepada Anda,kerana Anda adalah sahabat yang saya kasihi kerana Dia... :) :)
0 comments :
Post a Comment