Kali ini aku mengisahkan pengalaman hidupku mengenai seorang Isteri yang cuba bertindak curang. Isteri orang yang berusaha menagih kasih cinta dariku. Aku terdorong melakarkannya di sini selepas bersembang-sembang dengan sahabat lama semalam.
Sahabat lama seorang wanita, yang masih menyerlah keayuannya, anggun berkarisma. Ku menamakan dia Suria Hatiku. Kami berchit chat melalui aplikasi whatsapp semalam sehingga hampir pukul 1.00 pagi. Bercerita-cerita pengalaman hidup yang telah dilalui, pahit manis kehidupan dan kisah cinta, entah bagaimana, terimbau pula kenangan ini, Isteri orang berlaku curang.
Kisah itu betul-betul terjadi di dalam hidupku, iaitu sebelum cerita brother yang aku telah kisahkan sebelum ini di dalam contengan bertajuk Gelora Nafsu, Suami Isteri Curang.
Kisah ini aku lakarkan kepada Anda kerana ada inti ikhtibar di dalamnya. Ia berlaku ketika aku berumur 31 tahun.
Walaupun kisah ini negatif, tetapi aku lebih terdorong melihatnya sebagai sesuatu yang positif, kerana peristiwa itu telah mendorong diriku agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jodohku sesegera yang mungkin, supaya peristiwa begitu tidak berulang buat kali ketiga.
Peristiwa yang aku kisahkan ini merupakan kali kedua menerjah diriku. Aku terdorong menceritakan peristiwa ini kepada Anda kerana banyak yang aku telah pelajari mengenainya. Sebab itulah aku kongsi dengan Anda. Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada Anda kerana masih sudi menelaah contengan-contenganku di sini, yang tidaklah seberapa.
Sebenarnya sebelum aku melakarkannya di sini, mindaku telah memutuskan untuk menceritakannya nanti di akhir pengkisahanku berkaitan pengalaman-pengalamanku memcari jodoh. Kisah yang aku ingin kongsikan dengan sahabatku saudara Jo, lelaki tampan yang seksi.
Usahlah Anda terkejut menelaah kisahku ini kerana ia memang betul-betul terjadi di dalam hidupku. Kisah ini berlaku semasa aku sudah di alam pekerjaan dan sudah mempunyai pendapatan sendiri, berkereta sendiri, berpakaian segak bergaya.
Namun, disebalik itu semua, aku bersyukur peristiwa itu ditimpakan di dalam hidupku kerana ia telah mendidik aku sedikit ilmu mengenai perasaan seorang wanita yang bergelar Isteri.
Memang ia telah mengajar aku sesuatu. Barangkali sebagai persediaan untukku sebelum melayari bahtera perkahwinanku. Syukur Alhamdulillah, yang tidak terhingga kepada NYA jua kerana memberikan aku pelajaran seperti ini, setidak-tidaknya aku berhati-hati semasa melayarkan bahtera perkahwinan sekarang ini, iaitu bergelar sebagai seorang suami...
Monday, 8 February 2016
Suami Isteri Curang! Pengalaman Berguna
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment