Berdesing juga telingaku mendengar luahan perasaan amarah dari lelaki yang bergelar suami kepada isteri curang itu.
Ditambah lagi ugutannya konon sehingga ke lubang cacing akan dicarinya diriku. MasyaAllah!, adakah semua yang telah berlaku itu, kesalahannya semata-mata dibebankan di bahuku? Walhal dia yang bergelar suami, tidak pandai menjaga isterinya sendiri. Sampaikan isterinya terpaksa menagih-nagih kasih dari seorang lelaki, sepertiku. Lelaki bujangan yang tiada pengalaman rumahtangga ketika itu.
Sebenarnya diriku juga diselubungi amarah dek ugutannya yang melampau-lampau tanpa usul periksa. Bilamana dia menelefonku, pelbagai tohmahan dilemparkan ke atasku, tanpa mendengar lanjut, aku cepat-cepat mematikan henfonku tanpa mengakhiri perbualan itu dengan berhemah.
Aku terpaksa melakukannya agar emosiku tidak meruap-ruap sepertimana yang sedang dialaminya. Maklumlah, akukan insan biasa, bukannya seorang rasul yang penuh dengan sifat kesabaran.
"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan Kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya" (Al-Mukminun, 23: 111)
Selepas beberapa ketika, aku mengaktifkan semula telefon bimbitku, dan seperti biasa, deringan telefonku tak henti-henti memaparkan nombornya. Nombor telefon suami kepada isteri curang itu. Disebabkan aku masih lagi diselubungi emosi, kebiasaannya aku terus off kan sahaja telefonku buat sementara waktu…
Aku melakukannya begitu supaya emosiku yang tidak stabil dapat ditenteramkan semula.
Mungkin tidak seratus-peratus memperolehi ketenangan, tetapi cukuplah agar aku berupaya mengawal emosiku semula, supaya tidak memberontak, sehingga menyebabkan diriku boleh menggapai senjata untuk membunuhnya. heheheee
Bilamana kepanasan hatiku telah suam-suam kuku, akhirnya aku mengimbau kembali peristiwa bagaimana seorang suami melontarkan pelbagai ugutan, cacian, kejian dan hinaan kepadaku yang sekadar bergelar bujang teruna ketika itu.
Fikiranku merenung jauh untuk berfikir-fikir mengapa aku pula yang disalahkannya, Walhal dia juga bersalah kerana tidak menjaga isterinya dengan baik sehingga menyebabkan isterinya terpaksa menagih kasih dariku yang sebenarnya belum mengerti akan kasih sayang sepasang suami-isteri.
Dan kini…
Aku telah memahaminya. Mengapa peristiwa itu ditimpakan kepadaku. Mungkin untuk dikongsi dengan Anda. Anda yang telah bergelar suami supaya pandai-pandailah menjaga hati isteri sendiri. Ketahuilah bahawa peritiwa seperti itu, boleh menyebabkan kita yang bergelar lelaki terpaksa bertekak sesama sendiri. (*___*)
Opsss… coretan ini bukannya nak memberi tazkirah kepada Anda, tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang telah aku lalui.
Berbalik pada kisah ini, entah macamana, tiba-tiba pula muncul keberanian di dalam diriku untuk bersemuka dengan lelaki yang menjadi suami kepada isteri curang itu.
Sungguh! Aku tidak menyangka bahawa akhirnya aku mempunyai keberanian untuk bersemuka dengannya. Nak tahu mengapa aku tiba-tiba ada keberanian begitu?
Pastilah aku mendapat kekuatan kerana DIA. Memang aku berani melakukannya kerana DIA. Dia, Tuhan yang maha berkuasa. Umpama kata, Berani Kerana Benar.
Akhirnya, aku memberanikan diri menelefonnya kembali. Pastilah aku mengungkapkan kata-kata berhemah sebelum memulakan bicara lanjut dengannya. Bukannya nak memberitahu bahawa isterinya yang bersalah. Bukan!. Tetapi aku bertekad, ingin memberitahu kepadanya bahawa aku ingin bersemuka dengannya, berbicara dari hatiku sendiri.
Dari luahan kata-kataku itu, ada juga kelembutan hati suami kepada isteri curang itu. Syukur Alhandulillah yang tidak terhingga kepada NYA kerana akhirnya aku berjaya menawan hatinya untuk bersemuka.
(Coretan seterusnya akan aku lanjutkan In Sha Allah)
*****
Tuesday, 9 February 2016
Suami Isteri Curang... Bhg. 7
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment