Marah adalah sesuatu yang sukar untuk dibendung bagi sesetengah orang. Marah seumpama api. Api yang menyala-nyala. Ia adalah antara elemen negatif di dalam kehidupan ini.
Api boleh dibendung dengan menyiramkan air. Oleh itu, siramkan air ketenangan untuk meredakan kemarahan yang Anda alami.
Tenang-tenang sahaja. Elakkan kemarahan berterusan, sebaliknya berusahalah untuk menambahkan ketenangan di dalam diri sendiri.
Bertenang-tenang banyak memberikan manfaat, bermarah-marah lebih banyak memberikan musibah.
Sikap marah boleh merosakkan perhubungan kerana ia boleh mewujudkan jurang, juga boleh membuatkan Anda melupai Tuhan.
Marah adalah umpan para syaitan untuk membuatkan anda leka dari mengingati Tuhan lalu membiarkan diri Anda dikuasai marah. Bila sudah berlaku begitu, istighfar cepat-cepat kemudian mohon perlindungan kepada Tuhan, agar dilindungi daripada bisikan para syaitan.
*************
Istghfar memang boleh meredakan kemarahan. kenapa? Sebab istighfar adalah lafaz memohon keampunan daripada Tuhan, sekaligus mencuci semua elemen-elemen negatif yang ada di dalam hati. Misalnya marah, dendam serta cemburu.
Untuk hilangkan marah amatlah mudah. Simply, maafkan setiap yang membuat Anda marah. Maafkan... lalu lupakan.
Selagi Anda sukar memaafkan, selagi itulah Anda akan cepat merasa stress.
**********
Mudah saja untuk memaafkan sebenarnya. Lupakan segala yang duka! Dan ingat perkara-perkara yang indah dan menggembirakan diri sendiri.
Anda akan sentiasa merasa gembira bila Anda ingat segala yang menggembirakan Anda (cinta, kasih sayang, persahabatan dll) tapi Anda akan berduka serta merta apabila Anda teringat segala hal yang mendukakan Anda.
Hanya ada satu emosi pada satu masa, tidak akan pernah bercampur. Oleh itu, pastikan agar Anda sentiasa mempunyai emosi gembira.
Anda perlu kenali diri sendiri sebab orang lain hanya tahu menjatuhkan Anda.
Orang yang kenal diri sendiri dan tahu kekuatan diri sendiri tidak akan merasa 'down' apabila cuba dijatuhkan oleh orang lain melalui kritikan, cercaan, makian juga sindiran.
Be strong!
0 comments :
Post a Comment