Showing posts with label rawatan. Show all posts
Showing posts with label rawatan. Show all posts

Sunday, 14 February 2016

Berkahwin dengan Diri-Sendiri...

Masa terluang ini, digunakan untuk Anda, Anda yang saya kasihi kerana Dia. Saya ingin menconteng-conteng di sini mengenai persoalan di bawah,

Sudikah saya mengahwini diri-sendiri?

Soalan itu, Anda perlu jawab sendiri. Sebabnya, selain perkara-perkara positif yang terzahir di minda, perkara-perkara negatif juga turut terpapar sebenarnya. Adakah Anda teringin berkahwin dengan diri sendiri?

Persoalan itu sebenarnya menghuraikan tentang kesudian diri-sendiri mengahwini individu lain, yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti mana yang ada pada diri Anda. Maksudnya, sifat-sifat baik dan buruk adalah bersamaan dengan yang ada pada diri sendiri. Adakah Anda akan sudi menerimanya menjadi pasangan hidup?

Persoalan itu telah memberikan sedikit kefahaman kepada saya, mengenai perlunya menghisab diri-sendiri.

Sekarang terpulang kepada Anda untuk berfikir mengenainya. Adakah Anda sudi menerima orang yang mempunyai persamaan ciri-ciri sepertimana yang Anda miliki?. Sifat-sifat positif dan negatif.

Hasil penelitian saya, memang ramai yang tidak sudi memandangkan mereka mengetahui keburukan diri-sendiri.

Ermm… dalam hal ini, berani saya mengatakan bahawa siapapun Anda, selagi mana Anda bergelar insan, sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Masing-masing insan ada kehebatan dan kekurangannya. Selagi bernama manusia, pasti tiada yang sempurna.

Ketahuilah bahawa itulah perbezaan di antara manusia, malaikat dan syaitan. Antara makhluk ciptaan Tuhan.

Amat rugilah andai Anda tidak menamatkan zaman bujang dek ingin mencari pasangan hidup yang betul-betul sempurna perwatakannya. Sampai kiamatlah jawabnya Anda tidak akan berkahwin... heheheee

Ketahuilah bahawa setiap insan ada kehebatan dan kekurangannya. Sememangnya tiada yang sempurna, dan dari kekurangan itu sepatutnya Anda bersama-sama memperbaiki dan mempertingkatkan diri agar kelak menjadi lebih sempurna, menjadi lebih baik dari sebelumnya. 

Setelah bernikah Anda mesti berkerjasama bersama-sama memperbaiki kekurangan masing-masing supaya meningkat ke tahap yang lebih baik daripada sebelumnya.

Itulah hakikat kenapa Anda perlu berumahtangga,mencari jodoh sendiri. Supaya kelak Anda menjadi manusia yang lebih sempurna...

Bukan sahaja sempurna di dunia, tetapi, sehingga ke Jannah... In Sha Allah.





Baca selanjutnya, Klik di sini...

Wednesday, 10 February 2016

Marah, Api Stress... Carilah Ketenangan

Marah adalah sesuatu yang sukar untuk dibendung bagi sesetengah orang. Marah seumpama api. Api yang menyala-nyala. Ia adalah antara elemen negatif di dalam kehidupan ini. 

Api boleh dibendung dengan menyiramkan air. Oleh itu, siramkan air ketenangan untuk meredakan kemarahan yang Anda alami.

Tenang-tenang sahaja. Elakkan kemarahan berterusan, sebaliknya berusahalah untuk menambahkan ketenangan di dalam diri sendiri.

Bertenang-tenang banyak memberikan manfaat, bermarah-marah lebih banyak memberikan musibah.

Sikap marah boleh merosakkan perhubungan kerana ia boleh mewujudkan jurang, juga boleh membuatkan Anda melupai Tuhan.

Marah adalah umpan para syaitan untuk membuatkan anda leka dari mengingati Tuhan lalu membiarkan diri Anda dikuasai marah. Bila sudah berlaku begitu, istighfar cepat-cepat kemudian mohon perlindungan kepada Tuhan, agar dilindungi daripada bisikan para syaitan.

*************
Istghfar memang boleh meredakan kemarahan. kenapa? Sebab istighfar adalah lafaz memohon keampunan daripada Tuhan, sekaligus mencuci semua elemen-elemen negatif yang ada di dalam hati. Misalnya marah, dendam serta cemburu.

*********
Apabila stress, kita sebenarnya sedang marah. Marah pada seseorang, marah pada situasi, marah pada sesuatu benda, sesuatu perkara dan bermacam-macam lagi yang dimarah.

Untuk hilangkan marah amatlah mudah. Simply, maafkan setiap yang membuat Anda marah. Maafkan... lalu lupakan.

Selagi Anda sukar memaafkan, selagi itulah Anda akan cepat merasa stress.

**********
Mudah saja untuk memaafkan sebenarnya. Lupakan segala yang duka! Dan ingat perkara-perkara yang indah dan menggembirakan diri sendiri.

Anda akan sentiasa merasa gembira bila Anda ingat segala yang menggembirakan Anda (cinta, kasih sayang, persahabatan dll) tapi Anda akan berduka serta merta apabila Anda teringat segala hal yang mendukakan Anda. 

Hanya ada satu emosi pada satu masa, tidak akan pernah bercampur. Oleh itu, pastikan agar Anda sentiasa mempunyai emosi gembira.

***************
Anda ada kekuatan tersendiri, bakat tersendiri, kepintaran tersendiri. Cuba gali, kenali, fahami lalu asah.

Anda perlu kenali diri sendiri sebab orang lain hanya tahu menjatuhkan Anda.

Orang yang kenal diri sendiri dan tahu kekuatan diri sendiri tidak akan merasa 'down' apabila cuba dijatuhkan oleh orang lain melalui kritikan, cercaan, makian juga sindiran.

Be strong!



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Saturday, 6 February 2016

Klimaks Kehidupan, Orang Berjaya

Ramai beranggapan orang yang kaya adalah orang berjaya. Begitu jugalah konon orang yang berpangkat besar, mereka dianggap sebagai orang yang berjaya kerana mempunyai kuasa.

Seandainya soalan begitu ditanya kepada saya, adakah orang-orang kaya dan berkuasa boleh dianggap berjaya, saya akan mengiyakannya sahaja.

Betul.... Mereka yang kaya dan berpangkat besar boleh dianggap sebagai orang-orang yang telah berjaya. Tetapi ingat! Kejayaan sedemikian sementara sahaja sebenarnya. Ia tidak akan kekal selama-lamanya.

Realitinya, mereka yang mengecapi kejayaan sedemikian, kelak akan mati ditelan bumi.

Belum tentu selepas kehidupan duniawi ini, mereka juga mengecapi kejayaan. Belum tentu, memang belum tentu.

Begitu juga mereka yang telah gagal mengecapi kekayaan dan kekuasaan. Mereka bukanlah gagal sepenuhnya dalam kehidupan ini. Kegagalan hidup yang dialami sekarang, belum tentu boleh dianggap sebagai suatu kegagalan. Belum!

Yang gagal sekarang sememangnya masih berpeluang untuk mengecapi kejayaan. Kejayaan yang lebih indah, dan berkekalan. 

Itupun kalau Anda mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukannya, bukan hanya sambil lewa sahaja membuatnya. Untuk Anda menggapai kejayaan yang sebenar-benarnya, perjalanan hidup ini harus mengarah kepada NYA.

Kejayaan selepas kehidupan dunia tiada siapa yang mengetahui, kecuali DIA, Tuhan Maha ESA, Berkuasa di atas segala-galanya. DIA yang Maha Pencipta.

Belum tentu selepas kehidupan duniawi orang-orang yang telah berjaya akan mengecapi kejayaan. Begitu juga orang-orang yang gagal sekarang, belum tentu akan gagal selama-lamanya. Itu realiti yang harus bersama kita sedari.

Namun, suka juga saya memberitahu bahawa orang-orang yang berjaya ada ciri-cirinya. Ia dinyatakan di dalam Kitab Petunjuk Kehidupan manusia iaitu Al-Quran, antaranya ialah;

Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Al--Araf, 7:8)

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Baqara, 2: 5)

Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. (Al-Maidah, 5: 100)


Sebenarnya banyak lagi kriteria orang-orang berjaya, yang telah dinyatakan di dalam Kitab Petunjuk Kehidupan itu.

Marilah bersama-sama menyelak helaiannya satu-persatu. In Sha Allah, akan muncullah cahaya NYA untuk menerangi perjalanan kehidupan ini. Sama-samalah kita berdoa, agar kelak tergolong diantara yang Berjaya. Bukan hanya berjaya di dunia, tetapi juga mengecapi kejayaan untuk selama-lamanya, In Sha Allah.

Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya. (Al-Araf, 7 :69)


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Monday, 1 February 2016

Merawat Stress @ Tekanan Perasaan... Bhg 1

Hari ini, Suria hatiku telah membisikan kepadaku satu amalan yang amat penting bagi mengurangkan atau mengubati penyakit kehidupan yang dinamakan stres atau tekanan.

Amalan yang dinyatakan oleh Suria hatiku ini boleh dilakukan dengan mudah, iaitu tanpa menggunakan ubat-ubatan, bahan kimia. Menurutnya, amalan ini boleh dilakukan secara praktikal, dengan menggunakan pergerakan tubuh badan sahaja. Suria hatiku menamakan rawatan stres atau tekanan ini sebagai 10B.

Menurutnya, stres atau tekanan dalam diri boleh dikurangkan atau diubati dengan melakukan;

1. Bercakap dengan seseorang. Seorang  kawan, atau mungkin bercakap dengan diri sendiri dengan mengatakan dalam diri bahawa "Ya, saya boleh menyelesaikan masalah yang timbul ini." Tanamkan dalam diri bahawa masalah penyebab stres itu boleh diselesaikan. Bisikkan dalam diri sendiri. Berkali-kali...

2. Menarik nafas sedalam-dalamnya dengan menggunakan abdomen perut. Saya tidak pasti sebenarnya bagaimana melakukannya sebab kaedah ini memerlukan latihan secara praktikal. Nantilah, apabila diriku telah menguasainya, akan aku kongsikan dengan Anda.

3. Melakukan urutan. Yang ini pun saya belum menguasainya, malahan Suria hatiku belum menjelaskan sepenuhnya perincian kaedah urutan ini kepadaku. Nantilah, bila ada masa terluang, akan aku kongsikan juga dengan Anda di dalam contengan yang lain pula...

Salam kasih dari saya dan InShaAllah lain kali andai ada masa akan aku sambung lagi lakaran ini....





Baca selanjutnya, Klik di sini...