Begitulah rutin harian saya andai ada kelapangan masa sebelum melelapkan mata pada larut malam. Pastinya, aplikasi facebook telefon bimbit peribadi akan saya scroll untuk melihat perkongsian cerita dan paparan foto-foto menarik daripada rakan-rakan kenalan dalam ruangan facebook. Adakalanya, sehingga saya tertidur menelaahnya...
Sedang saya scroll paparan fb semalam, saya terus teruja melihat satu paparan menarik daripada rakan fb saya bernama Salmah Aminuddin. Beliau merupakan antara rakan persekolahan semasa di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tawau dahulu iaitu pada tahun 1979 - 1984. Seingat saya, Salmah merupakan antara pelajar cemerlang SRK Bandar Tawau dahulu, dan beliau kini bertugas sebagai guru matematik, juga matematik tambahan di sebuah sekolah di Labuan. InShaAllah, mungkin akan berhijrah ke salah sebuah sekolah di Tawau dalam masa terdekat.
Tanpa berlengah, saya terus memuat-turun sebahagian foto-foto menarik yang dikongsikannya dalam fb. Sebenarnya, foto-foto itu saya muat-turun tanpa pengetahuannya.
Seandainya sahabatku Salmah membaca paparan ini, maafkanlah saya kerana memuat-turun foto-foto tersebut tanpa pengetahuan dan permohonan izin. Sebenarnya sengaja saya ambil foto-foto tersebut agar dapat diabadikan Majlis Reunion SK Bandar Tawau Tahun 2017 di sini, di blog ini, seterusnya dikongsi dengan semua rakan-rakan SK Bandar Tawau, sama ada yang telah hadir, mahupun yang tak ada kesempatan untuk bersama-sama...
Saya adalah antara rakan-rakan yang juga tidak berkesempatan menghadiri majlis reunion SK Bandar Tawau Tahun 2017 itu. Blog ini sahajalah selain facebook, yang dapat saya gunakan sebagai medium berkongsi cerita dengan rakan-rakan, khususnya sahabat-sahabat saya semasa zaman persekolahan dahulu.
Tak silap saya, ini merupakan majlis Reunion SRK Bandar Tawau kali kedua bagi sesi persekolahan tahun 1971 - 1984. Peristiwa bersejarah ini telah diadakan di Promenade Hotel, Tawau, iaitu bermula jam 7.00 malam, tak silap saya...
(*___*)
Sememangnya zaman persekolahan merupakan antara detik yang paling menceriakan dalam kehidupan. Apabila diimbau kembali pelbagai peristiwa semasa zaman persekolahan dahulu, kelak terlakarlah senyuman di wajah. Bukan itu sahaja, sambung menyambung pengkisahan di kalangan kawan-kawan apabila bertemu, juga menghidupkan suasana hiruk pikuk sambil gelak tawa bersama rakan-rakan. Begitulah suasananya apabila majlis reunion bersama rakan-rakan.
0 comments :
Post a Comment