Kali ini aku kongsikan mengenai kisah seorang ”brother” yang telah memberitahu kepadaku tentang kisah silamnya beberapa tahun yang lalu.
Aku tergamam dan kelu lidah bila mana mendengar kisah yang diceritakannya kepadaku. Sungguh! Aku tergamam dan kelu lidah saat dia memberitahu pengalamannya mengenai perlakuan seperti tajuk di atas. Isteri dan Suami yang Curang!.
Hari ini, aku kongsikan kisahnya agar dapatlah dijadikan ikhtibar. Moga-moga bermanafaat untuk renungan bersama. Itu yang telah aku janjikan kepadanya.
Dia menceritakan kisahnya kepadaku semasa kami bersembang di suatu tempat yang amat mententeramkan jiwa dan menenangkan perasaan. Nak tahu tempatnya?
Surau.
Selepas solat maghrib berjemaah dengan brother itu, kami pun duduk bersembang-sembang sementara menunggu masuk waktu Isyak, seperti kebiasaannya. Dan entah bagaimana, tiba-tiba pula termasuk cerita kisah silamnya seperti tajuk di atas.
Sejujurnya, bila mendengar kisahnya aku tergamam, tetapi dalam masa yang sama, aku juga bersimpati kepadanya. Akan aku ceritakannya kepada Anda kerana ada pengajarannya. Ketika mendengar luahan perasaannya, memang aku kusyuk mendengarnya, sambil-sambil menatap wajahnya yang tidaklah kacak mana. (*___*).
Ketika itu, hanya kami berdua sahaja berada di dalam Surau.
Cerita ini aku paparkan di sini dengan harapan kelak memberikan manafaat. Moga-moga keinsafan akan hadir di dalam diri, In Sha Allah.
Pada mulanya, aku bersama brother itu sekadar bersembang-sembang mengenai penyelidikan yang sedang kami lakukan. Dan ketika itu aku menyelitkan pertanyaan mengenai keluarganya di kampung. Dia memang ada memberitahu kepadaku bahawa isterinya sedang terlantar sakit di kampung dan sedang ditemani seorang kiyai yang berusaha mengubatinya. Rupa-rupanya pertanyaanku tidaklah terhenti di situ, soalanku itu telah menyelongkar kisah silamnya yang curang terhadap isterinya dan juga isteri orang lain.
Brother yang aku kisahkan ini merupakan seorang yang baik dan suka bergurau. Memang dia tidaklah handsome, tetapi perilakunya membuatkan orang senang dengannya. Peramah dan Budiman. Itulah gelaran yang dapat aku beritahu mengenainya.
Di sebalik wajahnya yang periang, ramah dan suka bergurau senda, rupa-rupanya jiwanya sedang menyembunyikan kisah hitam di sebaliknya. Dia meluahkan kisah silamnya, mengenai tajuk di atas dengan harapan untuk dijadikan suri teladan. Untuk pedoman hidupku, menurutnya. Dan kini, aku kisahkan pula kepada Anda. Mudah-mudahan Anda juga terkesan bila mana menelaahnya.
Oppsss... tak sempat pula aku kisahkannya sekarang, nantilah ya... Nak peluk isteri dulu (^___^)
0 comments :
Post a Comment