Lambat Berkahwin.
Memang ada di kalangan saudaraku yang menghadapinya. Bagi seorang lelaki, ia tidaklah sesulit yang dialami oleh seorang wanita. Itu memang pasti.
Apabila seorang wanita lambat berkahwin, akan adalah kata-kata sinis diungkapkan kepada mereka. Bagi yang lelaki pula, sememangnya kata-kata perangsang daripada rakan-rakan sentiasa diungkapkan agar cepat-cepat menyelesaikan tanggungjawab untuk berkahwin itu.
Jadi, coretan ini aku khususkan untuk wanita. Dan bukannya lelaki.
Biasanya para wanita akan mengalami sedikit tekanan apabila membicarakan soal lambat berkahwin. Kadang juga ada yang merasa seolah-olah tidak mengapa kalau di berkahwin lambat. Tetapi aku harus mengatakan bahawa itu hanyalah luarannya. Jauh di sudut hati setiap manusia, memang inginkan pasangan hidup. yang pasti, hanya DIA juga yang mengetahuinya. Bagi mereka yang merasai ujian lambat bertemu pasangan hidup atau lambat berkahwin, sudah tentu Anda memahami keadaannya.
Coretanku ini bukanlah membicarakan secara terperinci mengapa, kenapa dan bagaimana mengatasi masalah lambat berkahwin, kerana aku tahu terlalu banyak tulisan-tulisan mengenainya. Tidak perlulah aku menambah-nambahkannya di blog ini.
Sebenarnya coretanku ini bertujuan untuk memberitahu kepada yang telah lewat berkahwin; ketahuilah bahawa apa yang Anda sedang alami itu adalah di antara ujian-ujian-Nya yang harus dilalui.
Gunakanlah kesempatan ini untuk membuktikan bahawa walau apapun berlaku, Anda tetap bersama-sama dengan-Nya. Usah difikir mengenai apa yang orang kata tetapi ketahuilah yang paling mustahak ialah apa yang akan DIA kata selepas melalui ujian itu. Adakah Anda berjaya atau sebaliknya?. Mengapa ujian itu ditimpakan kepada Anda? Saya pun tidak dapat menjawabnya, tetapi yang pasti, DIA maha mengetahui akan semua perkara;
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)". (Al-Baqara, 2: 214)
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Al-Ankabut, 29: 3)
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (An-Nur, 24: 32)
Monday, 1 February 2016
Jo, Kao Mesti Kahwin...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment