Sunday, 14 February 2016

Berkahwin dengan Diri-Sendiri...

Masa terluang ini, digunakan untuk Anda, Anda yang saya kasihi kerana Dia. Saya ingin menconteng-conteng di sini mengenai persoalan di bawah,

Sudikah saya mengahwini diri-sendiri?

Soalan itu, Anda perlu jawab sendiri. Sebabnya, selain perkara-perkara positif yang terzahir di minda, perkara-perkara negatif juga turut terpapar sebenarnya. Adakah Anda teringin berkahwin dengan diri sendiri?

Persoalan itu sebenarnya menghuraikan tentang kesudian diri-sendiri mengahwini individu lain, yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti mana yang ada pada diri Anda. Maksudnya, sifat-sifat baik dan buruk adalah bersamaan dengan yang ada pada diri sendiri. Adakah Anda akan sudi menerimanya menjadi pasangan hidup?

Persoalan itu telah memberikan sedikit kefahaman kepada saya, mengenai perlunya menghisab diri-sendiri.

Sekarang terpulang kepada Anda untuk berfikir mengenainya. Adakah Anda sudi menerima orang yang mempunyai persamaan ciri-ciri sepertimana yang Anda miliki?. Sifat-sifat positif dan negatif.

Hasil penelitian saya, memang ramai yang tidak sudi memandangkan mereka mengetahui keburukan diri-sendiri.

Ermm… dalam hal ini, berani saya mengatakan bahawa siapapun Anda, selagi mana Anda bergelar insan, sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Masing-masing insan ada kehebatan dan kekurangannya. Selagi bernama manusia, pasti tiada yang sempurna.

Ketahuilah bahawa itulah perbezaan di antara manusia, malaikat dan syaitan. Antara makhluk ciptaan Tuhan.

Amat rugilah andai Anda tidak menamatkan zaman bujang dek ingin mencari pasangan hidup yang betul-betul sempurna perwatakannya. Sampai kiamatlah jawabnya Anda tidak akan berkahwin... heheheee

Ketahuilah bahawa setiap insan ada kehebatan dan kekurangannya. Sememangnya tiada yang sempurna, dan dari kekurangan itu sepatutnya Anda bersama-sama memperbaiki dan mempertingkatkan diri agar kelak menjadi lebih sempurna, menjadi lebih baik dari sebelumnya. 

Setelah bernikah Anda mesti berkerjasama bersama-sama memperbaiki kekurangan masing-masing supaya meningkat ke tahap yang lebih baik daripada sebelumnya.

Itulah hakikat kenapa Anda perlu berumahtangga,mencari jodoh sendiri. Supaya kelak Anda menjadi manusia yang lebih sempurna...

Bukan sahaja sempurna di dunia, tetapi, sehingga ke Jannah... In Sha Allah.




0 comments :

Post a Comment