Coretanku kali ini mengisahkan seorang adik perempuan yang berusaha memikat hatiku. Ketika itu dia masih lagi belajar, sama sepertiku tetapi bezanya, dia di peringkat sarjana muda. Aku pula, sedang berusaha menyiapkan tesis Sarjana. Penyelidikan sains biologi sebenarnya. Umurku ketika itu lebih sedikit berbanding adik perempuan yang akan aku ceritakan ini. Tak silap umurku ketika itu baru mencecah 27 tahun. Heheheee...
Kisahnya bermula apabila seorang rakanku menyatakan ada adik perempuan meminatiku. Ketika dikhabarkan begitu, aku buat-buat tak peduli. Buat-buat tak dengar dan berpura-pura tidak percaya. Sebenarnya, aku sering juga berbuat begitu dengannya kerana banyak kali dia memberitahu kepadaku…
Walaupun aku buat-buat tak peduli, rakanku terus-menerus dan bersungguh-sungguh memberitahu kepadaku...
Sebenarnya rakanku ini lebih berumur dariku. Dia merupakan seorang cikgu, berasal dari Sarawak dan telah pun mendirikan rumah tangga, mempunyai anak yang aku tak pasti berapa jumlahnya.
Rakanku ini memang baik dan peramah. Aku pun sudah lupa bagaimana aku mula berkenalan dengannya. Tetapi yang pasti, dialah yang telah berusaha membantu adik perempuan yang aku maksudkan. Menurut rakanku, adik perempuan itu suka bertanya mengenai diriku. Rakanku dengan adik perempuan itu adalah coursemate sebenarnya. Mereka berdua seprogram pengajian. Program Ijazah Sarjana Perguruan.
Suatu hari, rakanku memberitahu bahawa adik perempuan itu selalu bertanya tentangku dan dia ingin berjumpa denganku. Dia juga berharap agar tiada yang tahu tentang perjumpaan itu, kecuali rakanku yang berperanan sebagai orang tengah.
Seperti biasa, selepas mengetahuinya, aku mengiyakan sahaja usaha-usaha begitu. Dan aku juga memberitahu kepada rakanku agar dia hadir semasa perjumpaan itu nanti.
Masih aku ingat perjumpaan yang dirancang ketika itu lebih kurang pukul 7.30 malam, bertempat di dalam makmal penyelidikanku.
Biasalah, ketika aku melaksanakan kajian sarjanaku, aku sentiasa balik lewat ke rumah. Kadang kala aku bermalam di hostel rakan-rakanku yang lain, sampai berhari- hari lamanya. Al-maklum, ketika itu aku tidak memiliki kenderaan sendiri. Kadang juga rakan-rakanku yang lain, sanggup membantuku. Mereka sanggup menghantarku balik ke rumah walaupun sudah lewat jam satu atau dua pagi biasanya.
Berbalik ceritaku tadi, aku masih ingat bagaimana perjumpaan itu berlaku. Adik perempuan bersama rakanku memasuki makmal penyelidikanku dengan mendahulukan salam.
Aku perhatikan adik perempuan itu seolah-olah malu, dan ada jugalah merah-merah di wajahnya. Dengan selamba, aku memberitahu kepadanya, tak perlu malu-malu. Aku berkata begitu untuk memberikan kekuatan kepadanya, kononnya... walhal, aku juga pemalu sebenarnya. Heheheee
Rakanku yang membantu perkenalan itu, sempat melontarkan senyumannya kepada kami, lalu memohon izin untuk menunggu di luar makmal.
Akhirnya, aku, bersama adik perempuan itu bersembang-sembang dan berkenal-kenalan, sambil-sambil aku melakukan kerja-kerjaku dan adik perempuan itu duduk di atas bangku.
Opsss… tak perlulah aku cerita panjang-panjang perbualan kami ketika itu. Lagipun sebenarnya aku dah tak ingat apa yang kami telah bualkan sepanjang lebih-kurang dua setengah jam lamanya, tak silap aku.
Sebenarnya, aku menolak pelawaannya kerana aku belum bersedia. Seperti biasa, aku memberitahu bahawa aku tidak akan bercinta selagi belum bernikah.
Akhirnya dia memahami dan mengucapkan terima kasih kerana berterus terang seperti itu…
Perjumpaan itu sememangnya tidak sia-sia kerana kami akhirnya berkenal-kenalan di antara satu.
Aku mengenalinya dan mungkin juga dia telah mengenaliku. Walaupun aku sudah lupa beberapa perkara yang telah dibualkan, tetapi yang pasti, sekiranya adik perempuan itu muncul di hadapanku, mungkin jugalah aku akan ingat kembali. heheheee
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujraat, 49: 13)
Tahniah buat rakanku yang telah membantu adik perempuan itu. Sememangnya peristiwa itu memberikan aku pelajaran antara teknik yang boleh dipraktikkan untuk mencari Jodoh.
Memang aku juga mempraktikan apa yang adik perempuan itu telah lakukan. Akan aku kisahkannya kepada Anda, kerana seperti kisah pertama, Teknik Mencari Jodoh (1), selepas beberapa bulan, aku juga menerima kad jemputan kahwin yang tertera nama adik perempuan itu.
Aku tumpang gembira di atas kejayaannya bertemu jodohnya. Aku mendoakan semoga dia berbahagia sepanjang masa bersama suaminya. In Sha Allah.
Monday, 15 February 2016
Teknik Mencari Jodoh (2)
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment