Hari ini, saya terdorong berkongsi perasaan kasih dengan Anda. Perasaan yang muncul secara tiba-tiba di dalam hati sanubari saya pada ketika ini. Berkemungkinan juga Anda tidak dapat merasainya kerana saya tiada keupayaan luar biasa untuk mengajak Anda merasainya bersama.
Kepada NYA jua saya berserah.
Kalau Anda berupaya memahami contengan ini, bermakna kita sudah ada kesatuan hati...
Saya berdoa kepada Tuhan, Allah SWT agar Anda dilindungi sepanjang masa dan dikurniakan kebahagiaan serta kesejahteraan. Semoga Anda juga menjadi orang-orang yang hebat, soleh solehah, menjadi orang-orang yang bertakwa. Saya tidak memaksa Anda mendoakan saya kerana doa menuntut Keikhlasan.
Doa yang saya pohonkan tadi adalah jelmaan kasih yang kini menyelubungi hati yang saya miliki. Sebab itulah saya terdorong melakarkannya di sini, lalu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan untuk Anda. Sahabat yang saya kasihi kerana Dia, Tuhan Penguasa Alam Semesta.
Moga-moga titisan perasaan kasih begini berupaya dirasai oleh Anda yang memiliki akhlak mulia, seterusnya memahaminya...
Contengan ini saya tidak susun tatabahasanya dengan sempurna. Tidak dihiasi manik-manik kata yang bersinar-sinar. Sebab itu bila dilihat dengan mata, suram paparannya, sampai ke minda, jelek pula paparannya, meluat bila bertandang ke lubuk hati sanubari Anda.
Barangkali lebih parah, bila paparannya diterbalikkan oleh para syaitan durjana, perasaan meluat tadi menjadi perit pula. Kalau sampai ke minda, kecurigaan dan keras hati membuak-buak jelmaannya. Kepura-puraan dikatakan terserlah.
Kepada NYA jua saya berserah.
Ketahuilah bahawa saya memang memiliki kelemahan. Tidak mempunyai keupayaan untuk menghamburkan kata-kata bercahaya menyamai sinaran para malaikat. Barangkali cahaya yang diperhati di sini seumpama nyalaan api lilin sahaja, api dari sifat kejadian syaitan. Kurang Ajar! namanya.
Ketahuilah bahawa bahasa begitu terluah dari perasaan kasih yang menyimpan rahsianya tersendiri. Bahasa kurang ajar ada kala berkeupayaan menyedarkan mereka yang sedang leka dek fatamorgana dunia.
Sememangnya tidak menyamai bahasa sopan santun yang paparannya terlalu indah bila dipandang mata. Bila mana sampai ke hati, konon-konon kehitaman yang ada menjadi jernih semula. Heheheeee...
Realiti yang saya ingin beritahu ialah saya tidak memiliki keupayaan luar biasa di dalam menjelmakan aura kehebatan berkarya. Saya hanyalah insan biasa yang terlalu lemah, mengidamkan hamburan kasih sesama manusia.
Kepada Anda berakhlak mulia, bila mana berbicara dengan saya, usahlah cepat terasa kerana saya bukanlah pembimbing akhlak mulia. Sungguh! saya hanyalah seorang insan yang ingin berkongsi perasaan. Jauh sekali berperanan sebagai Muaddib. Barangkali bukan!
Tiada keupayaan begitu pada diri saya. Apa yang pasti, saya ingin menghamburkan kasih sayang sesama insan, dan meluahkan keimanan tentang kekuasaan Tuhan. Lebih-lebih lagi DIA memerhati sehingga jauh ke lubuk hati sanubari. Tidak perlu lah saya berpura-pura merasai dan menjiwai keimanan begini. Memang tidak!
Andai hamburan kasih yang saya lakukan menjadi sumpitan panah yang tajam, maafkanlah saya. Lebih-lebih lagi pancaran kasih itu menjadi perasaan meluat berapi-api, sekali lagi, saya pohon kemaafan.
Barangkali cahaya kemaafan dari saya, bila ditatap oleh Anda seolah-olah kabur pancarannya. Maklum sahajalah, karya terhasil dari insan yang biasa-biasa sahaja seperti saya.
Ketahuilah, bahawa saya mempunyai keupayaan yang memang terhad di dalam meneliti kesensitifan perasaan Anda. Saya hanya insan biasa yang ada kala juga terlalai menafsir kehidupan ini. Sebab itu, saya amat-amat memerlukan bimbingan NYA, juga sokongan dari Anda...
Harap-harap kasih yang tidak disusun sempurna ini Anda dapat fahami. Anda yang berakhlak mulia...
Terima kasih kerana masih sudi menelaah contengan-contengan saya yang ada di sini...
Bagi memenuhi permintaan sahabat, saya sambung lakaran ini dengan kisah jejaka yang hensem, tetapi berakhlak rendah. Terus sahaja menelaah contengan ini kerana ia saya ilhamkan khusus untuk Anda. Kisahnya begini...
Berakhlak Rendah
*******************
Sadis betul...
Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.
Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Kenapa abah tidak benarkan? Buat pengetahuan, ayah aku adalah jenis orang yang sibuk. Ahli perniagaan yang sentiasa sibuk. Ibu aku sudah tiada. Sudah lama meninggal dunia. Sedih sangat sangat...
Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menyinari celah celah langsir tingkap. Rupanya jam sudah menunjukkan pukul 11:00 pagi.
Patutpun perut terasa lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin.
Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau abah aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru saja nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak abah aku balik.
Aikkkk, apahal ayah balik awal ni? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak ayah untuk benarkan aku pakai tudung. Now or never!
Bila ayah aku buka sahaja pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, adik nak pakai tudung. Adik nak!"
Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg.
Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Terjatuh aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... sampai hati daddy! Adik tau la daddy rasa malu kalau adik pakai tudung.
Salah ke kalau adik nak tutup aurat adik? Kalau abg-abg lain tak nak...." Pangggggggggggggggggggg....!
Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.
"Adik jangan nak bagi abah malu yaaaa! Adik jangan nak buat pasai! Adik nak pakai tudung buat apa?
Dah 100 kali abah beritahu, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!!
Itu la, bila kelas agama, adik ponteng! Nama adik abah beri "Johari", tup tup lekat jadi "ZAZA" sahaja!
Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab abg-abg adik tu lelaki! Semua lelaki!".
Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!
p/s: Suria Hatiku, lakaran ini masih pendek lagikah? (*___^)
0 comments :
Post a Comment