Monday, 15 February 2016

Usah Tunjuk Kemaluanmu...

Sekarang jam menunjukkan pukul 10.29 malam. Dan saya masih belum melelapkan mata. Isteri dan Anak-Anak semua, sudah masuk ke bilik masing-masing dua jam yang lalu. Tinggal lagi, saya seorang masih berada di ruang tamu ini. Rumahku Syurgaku...

Barangkali ada baiknya juga saya bercerita dengan Anda dahulu, sebelum masuk ke kamar tidur. Sebuah kisah gurauan suami isteri, petang tadi. Heheheee

Sampai sahaja di rumah petang tadi, iaitu selepas pulang dari bekerja, Isteriku telah menghidangkan pisang goreng cheese berserta teh o panas, untuk santapan petang, kononnya. Walhal, jam telah menunjukkan jam 7.00 malam. Isteriku memang selalu menghidangkan minuman selepas saya pulang dari berkerja.

Semasa berbual-bual dengannya, disamping Anak-Anak petang tadi, seperti biasa, Isteriku menghantar whatsapp, gurauan suami isteri. Anda nak tahu.apa gurauannya, Nah..., baca sahaja lakaran di bawah;

Menurut ahli Jiwa :

Memendam suatu perasaan emosi, sedih, marah, malu, itu kurang bagus untuk perkembangan otak dan kesihatan mental.

Maka :

- Apabila kamu marah, keluarkan kemarahanmu!

- Apabila kamu sedih, keluarkan kesedihanmu!

- Apabila kamu kesal, keluarkan kekesalanmu!

- Tapi ingat!!!... apabila kamu malu, jangan keluarkan kemaluanmu…..

( Ingat yaa.. Jangan pernah lakukan itu..!!! Menunjukkan kemaluanmu...)

Itulah gurauan suami isteri...

Tiba-tiba pula rasa mengantuk sekarang ini. Bah, saya ke kamar tidur dulu... Salam buat Anda, Sahabat yang saya kasihi kerana Dia...


0 comments :

Post a Comment