Hati wanita memang penuh dengan cinta. Cinta terhadap segala-galanya. Tidak perlu saya menghuraikannya secara terperinci kepada Anda kerana lumrahnya cinta, seringkali bersembunyi di dalam hati sanubari. Lebih-lebih lagi bila mana emosi seorang wanita sudah mengatasi akalnya.
Ooppsss... duhai wanita, usahlah marahkan saya yang bernama lelaki, kerana saya yang bergelar lelaki, memang memerlukan cinta seorang wanita.
Tanpa cinta wanita, kelamlah pengembaraan lelaki di dunia ini. Sungguh!
Akan terasalah muramnya kehidupan ini. Tiada gurau senda, tawa riang gembira, memang suram terasa.
Pengembaraan lelaki di dunia tanpa cinta seorang wanita, seolah-olah sudah tiada keistimewaannya. Barangkali begitu jugalah halnya pada wanita. Tanpa lelaki, sunyilah hidupnya.
Ramasan dan belaian cinta seorang wanita memang terlalu indah. Adakah Anda sudah merasainya?, tetapi ingat! terkadang juga belaian cinta seorang wanita, berupaya menjadi sengatan berbisa dek pukauan para syaitan durjana.
Syaitan memang suka memporakperandakan cinta seorang wanita terhadap kekasihnya yang bernama lelaki.
Syaitan akan terlalu gembira bilamana jampiannya berupaya membuatkan akal wanita diatasi oleh emosinya. Lebih-lebih lagi emosi berpandukan nafsu serakah. Kelak terciptalah mahligai kecurigaan.
Mahligai kecurigaan seringkali dihiasi oleh hasad-hasad kecemburuan ,lalu berupaya melenyapkan keindahan cinta pasangan kekasih. Apatah lagi cinta pasangan kekasih yang sudah dihalalkan oleh Tuhan Penguasa Alam. Bercerai-berailah mereka dek ilusi jampian dan pukauan oleh para syaitan durjana.
Anda yang bernama Wanita, memang telah dilimpahi cinta, tetapi kemanakah arah cinta itu nak disemburkan? Kepada mereka yang bergelar Kekasih? atau kepada dia yang bernama Suami?.
Tanyalah hati Anda sendiri kerana kecintaan Anda belum tentu kekal selama-lamanya. Ia akan luput dan musnah suatu hari nanti, yang tinggal hanyalah kenang-kenangannya sahaja. Balasan Cinta dari NYA, Tuhan Maha ESA adalah paling utama sebenarnya.
Bukti kecintaan Tuhan Penguasa Alam kepada Insan yang bernama Lelaki dan Wanita ialah memberikan mereka pilihan sama ada inginkan Syurga atau Neraka.
Pilihlah mana satu yang Anda mahu, kerana saya pasti, Anda memang memahami yang mana satu ingin dipilih.
Wednesday, 17 February 2016
Menikmati Cinta Wanita
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment