Tuesday, 9 February 2016

Suami Isteri Curang!... Bhg. 6

Seperti yang telah diceritakan kepada Anda sebelum ini. Isteri curang itu tetap berusaha, dan memaksa diriku agar meneruskan berbual-bual dengannya melalui telefon. Perbuatan yang dilakukan semasa suaminya tiada di rumah. 

Walaupun aku berusaha mengelak, tetapi hakikatnya diriku selalu tertewas dan ada kala pula merasa seronok melayan panggilannya. Maklumlah, hati seorang lelaki yang mudah bersimpati. (*____*)

Sebenarnya pada malam isteri curang itu menangis, rupa-rupanya kejadian itu telah disedari suaminya. Aku mengetahuinya selepas diberitahu oleh suaminya. Akan aku ceritakannya kepada Anda nanti.

Sebenarnya sebelum aku berjumpa suaminya, diriku telah menerima pelbagai cacian dan ugutan. Tetapi semua itu tidak mematahkan semangatku untuk berterus-terang dan berjumpa dengan lelaki bergelar suami kepada isteri yang curang itu. (^___^)

Memang aku bertekad perlu menyelesaikan cabaran itu dengan harapan agar Tuhan menghapuskan dosa-dosaku, yang aku terlalu lemah untuk mengelaknya, malahan ada perasaan seronok melakukannya.

Pertemuan dengan suaminya bermula bilamana aku mendapat panggilan telefon dari seorang lelaki yang tidak aku kenali. Mulanya lelaki itu bertanya siapakah gerangan diriku?. 

Hah! aku sebenarnya agak terkejut dan keliru kerana orang yang membuat panggilan melalui telefonku itu bertanya, siapakah aku?. Mana mungkin dia mendail nombor telefonku seandainya dia tidak tahu siapakah yang dia telefon. Bukan begitu?


Sudah menjadi tabiat diriku untuk tidak memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum orang yang memanggil itu memperkenalkan dirinya kepadaku. Rupa-rupanya reaksiku itu dibalas dengan kata-kata yang penuh dengan ugutan, cacian dan kejian. Bertambahlah diriku keliru dan mulalah mempermain-mainkan pemanggil itu. Aku ingatkan pemanggil itu adalah di kalangan rakan-rakanku yang suka mengenakan aku.

Mulanya memanglah aku tidak mengerti, mengapa orang yang memanggilku itu bertindak terlalu emosi sehingga menyebabkan aku juga turut beremosi. Tetapi selepas mengamati semua yang dilontarkannya baharulah aku memahami bahawa diriku sebenarnya sedang mendengar muntahan perasaan dari seorang lelaki yang bergelar suami kepada isteri orang yang curang itu.


*****

0 comments :

Post a Comment