Tuesday, 9 February 2016

Suami Isteri Curang... Bhg 5

Dari wanita bergelar isteri orang itulah aku telah memahami serba sedikit perasaan seorang wanita, juga tentang kehidupan berumah tangga dan perasaan kecewa seorang wanita yang sedang melayari bahtera perkahwinannya.

Sejujurnya, walaupun aku sering diganggu oleh wanita itu, hakikatnya kami tidak pernah bertemu.


Opsss… maaf, sebenarnya ada jugalah kami bersua wajah, tetapi sepanjang ingatanku, beberapa kali sahaja aku perasan tentangnya. Sebenarnya aku tidak mengetahui bahawa dia sedang memerhati segala gerak langkahku semasa berurusan di tempat kerjanya.

Wanita bergelar isteri orang itu merupakan seorang kerani di salah sebuah bank terkemuka negara. Al-maklum aku sentiasa berurusan ke sana, maka sudah pasti dia terperasan akan kehadiranku. Sebab itulah akhirnya dia sentiasa menelefonku dan menagih kasih cinta dariku melalui pangilan-pangilan misteri yang dilakukannya. Lebih-lebih lagi semasa suaminya keluar rumah. 

Itu semua aku ketahui bila mana akhirnya dia memberitahu kepadaku. Dan setelah mengetahuinya, aku cuba berusaha untuk tidak lagi mendatangi cawangan bank terkemuka itu. Maklumlah, aku kan jejaka pemalu. Cehhhh!

Setelah aku mengetahui wanita itu merupakan isteri orang, aku terus menggagahkan diri memberitahu kepadanya tentang DIA, Tuhan Penguasa Alam, yang sedang memerhati semua perkara yang dilakukan.

Bilamana dia menelefonku lewat malam, adakala dia memberitahu kepadaku bahawa suaminya sedang berfoya-foya dan tiada rumah. Adakala terdetik juga difikiranku yang tidak senonoh. Mahu juga aku terus ke rumahnya. 😊


Tetapi syukur Alhamdulillah, fikiran dan gerakan sebegitu aku tidak lakukan. Aku terus menggagahkan diri memberitahu kepadanya tentang DIA, Tuhan Maha Mengetahui yang sedang memerhati semua perkara yang dilakukan oleh semua insan.


Selepas mengetahui dia adalah seorang Isteri, perbualan kami lebih menjurus nasihat-menasihati dan ada kala juga aku bersimpati bila mana dia meluahkan perasaan hati yang kecewa, terhadap suaminya. 😞 


Sesungguhnya, aku bersyukur kehadrat Tuhan kerana menerusi luahan jujur wanita itu, aku akhirnya memahami dan mengerti serba sedikit perasaan seorang isteri, bilamana suami kurang mempeduli, perasaan isteri.

Sesungguhnya aku juga tidak melepaskan peluang yang ada untuk memberikan sedikit tazkirah kepadanya.

Memang aku tidak pernah menyangka peristiwa begitu aku lalui. Samalah seperti awek manis yang merabaku dahulu. Kisah yang aku paparkan dahulu berjudul Mencari Jodoh... bhg 3 (diraba).

Sungguh, aku tidak pernah menyangka kedua-dua peristiwa begitu berlaku dalam hidupku, barangkali untuk menguji keimananku. 😔

Ya Allah... aku berdoa kepada Mu, semoga peristiwa seperti itu, tidak lagi ditimpakan di dalam hidupku.

Kini, aku sedang melayarkan bahtera perkahwinanku bersama isteriku tercinta, bersama anak-anakku.


Kini aku sedar, Tuhan memberikan peristiwa begitu barangkali untuk dikongsi dengan Anda. Anda yang sudi menelaah contenganku ini. Moga-moga Anda juga akan beringat-ingat dan bertindak lebih baik daripada apa yang telah aku lakukan.

Moga-moga kisah begini akan dapat dijadikan panduan, penyuluh kehidupan, walaupun agak samar-samar sinar cahayanya. Maklumlah, dunia inikan penuh pancaroba, ditambah pula diriku ini memang tidak sempurna, kurang berupaya untuk memaparkannnya kepada Anda. Anda yang aku kasihi kerana Dia.


Masih ada lagi tersisa untuk aku kongsikan dengan Anda kisah ini. Cerita bagaimana aku bersemuka dengan suami kepada wanita itu... 

Coretan lalu;


Gelora Nafsu... Suami Isteri Curang!

Suami Isteri Curang!, Pengalaman Berguna
Suami Isteri Curang... Bhg 3
Suami Isteri Curang... Bhg 4



0 comments :

Post a Comment