Monday, 8 February 2016

Suami Isteri Curang!... bhg 3

Berbalik pada ceritaku diganggu oleh isteri orang, aku sebenarnya tidak menyangka bahawa wanita yang selalu menelefon aku ketika itu merupakan isteri orang. Sungguh! Bila mana dia menelefon, sejujurnya aku mengatakan bahawa ada juga perasaan seronok di dalam diriku.

Mulanya wanita itu menelefonku ketika aku bersama pakcikku menghadiri satu kenduri arwah. Masih segar dalam ingatanku bagaimana peristiwa itu bermula.

Sebenarnya aku tidak menyangka ditelefon oleh seorang wanita misteri yang tidak mahu memperkenalkan identitinya kepadaku. Apa yang aku ingat, luahan isi hatinya terhadap diriku. Menurutnya, dia tertarik melihatku, kerana hensem, lawa, dia suka kepadaku. Bila mana aku bertanya siapakah dia? Dia menyembunyikan identitinya. Memang seronok jugalah aku rasa berahsia-rahsia seperti itu… heheheeee


Sejujurnya aku tidak pernah menelefonnya, tetapi hampir setiap hari dia menelefonku lebih-kurang pukul 11.00 malam begitu. Ketika itu, aku berasa pelik dan tertanya-tanya jugalah siapakah gerangan yang cuba-cuba mengenakan aku. Mungkinkah dia adalah dikalangan pelajarku? Oh... tidak mungkin kerana studentku memang tahu perangaiku yang sedikit tegas. Heheheee

Sejujurnya, hatiku sering berkata-kata dan mempersoalkan mungkinkah wanita yang sering menelefonku itu cantik dan muda berseri? Semua itu terluah selepas mendengar suaranya yang lunak merdu, manja seolah-olah ada kemanisannya di sepanjang berbual-bual dengannya melalui telefon.

Aku juga berasa pelik bagaimana dia memperolehi nombor telefonku, walhal hanya orang-orang tertentu sahaja yang aku berikan. Memang perasaanku ingin mengetahui mengenai wanita itu membuak-buak. Aku menjadi tidak tenteram dan cuba juga berusaha untuk mengetahuinya, mengenali dirinya, apatah lagi dia suka menelefonku hampir setiap malam. (^___^)

Kadang terdetik juga di dalam hatiku untuk tidak melayan panggilannya. Ada beberapa kali aku melakukannya. Saja-saja aku tidak mahu mengangkatnya. Dan kadang aku terus sahaja mematikan henfonku ketika itu.

Entah bagaimana, terdetik pula dalam diriku perasaan kesian dengannya. Maklumlah, selain bersifat pemalu, aku juga cepat berasa simpati dengan insan-insan ciptaan Ilahi. 

Sebab itu akhirnya aku mengambil keputusan untuk melayan sahaja panggilannya. Ketika itu, aku masih belum mengetahui bahawa wanita yang aku sedang layan berbual-bual melalui telefon itu adalah isteri orang.

Kalau aku tahu, awal-awal lagi memang aku tidak mahu melayannya. Pastilah juga rasa simpatiku berubah menjadi perasaan benci terhadapnya.


*Akan aku sambung corentan ini, In Sha Allah*



Coretan lalu;


Gelora Nafsu... Suami Isteri Curang


Suami Isteri Curang, Pengalaman Berguna

0 comments :

Post a Comment