Monday, 25 January 2016

Menikmati Kenikmatan 1

Perkahwinan merupakan antara Kejayaan Besar di dalam kehidupan ini. Seandainya masih ada yang tidak mengejar atau berusaha menggapai kejayaan tersebut, saya beranggapan rugilah kehidupannya kerana tidak merasai nikmatnya bertemu jodoh.



Kepada yang telah bertemu jodoh, saya mengambil kesempatan ini melakarkan ucapan Syabas dan Tahniah. Kenapa? Sebab bertemu jodoh adalah di antara kejayaan-kejayaan besar kehidupan yang memang seharusnya dihargai dan disyukuri.


Marilah bersama-sama menadah tangan kepada-Nya untuk bersyukur kerana telah dipertemukan jodoh masing-masing. Bagi saya, kehidupan bertemu jodoh amat berbeza dengan kehidupan sebelum bertemu jodoh. Memang rasa nikmatnya amat berlainan sekali.

Usah dinilai nikmat kejayaan bertemu jodoh itu semata-mata di dalam hubungan cinta ataupun hubungan seks. Sesungguhnya nikmatnya melangkaui kesemuanya itu. Percayalah apa yang saya katakan ini. Terutama di awal-awal pertemuan jodoh itu kelak.

Umpama merasai keenakan meminum susu, apapun yang akan saya ungkapkan berkenaan susu itu, pasti Anda tidak akan dapat menggambarkan keenakkannya kerana saya yang merasainya, bukannya Anda. Sekiranya Anda nak tahu keenakkan susu yang sayaaksudkan, rasailah sendiri. Heheheee….

Jangan pula Anda salahkan saya sekiranya tiba-tiba susu itu terasa masam ataupun terlalu manis!. Sekiranya berlaku seperti itu, barangkali Anda telah tersalah pilih. Maksud saya, mungkin Anda tidak berhati-hati ketika memilih susu yang saya maksudkan.

Tetapi harus juga saya ingatkan bahawa bila mana terlalu memilih, lambat laun akan terlepas merasai susu yang saya maksudkan itu. Ketahuilah bahawa lebih baik merasai masam dan manisnya susu itu daripada tidak merasainya langsung.

Daripada Anda mengkhayal-khayalkan atau membayang-bayangkan kemasaman atau kemanisan susu itu, lebih baik mencubanya sahaja. Kalau dah masam, tambah sahaja sedikit gula, atau buat sahaja susu itu menjadi keju.

Sebaliknya pula kalau teramat manis, tambahkan sahaja air untuk mengurangkan kemanisan susu itu.



0 comments :

Post a Comment