Saudaraku Johari...
Izinkanlah saya berkongsi dengan Anda mengenai sesuatu yang telah saya lalui. Walaupun barangkali ianya tidaklah mengesankan bila Anda telaah, tetapi saya tetap ingin berkongsi mengenainya. Manalah tahu, adalah gerakan hati untuk menilainya.
Sesungguhnya DIA, Allah SWT lebih mengetahui rahsia yang tersembunyi di dunia ini. Hatta jauh ke dalam lubuk hati sanubari yang saya dan Anda miliki. Semoga apa yang berbisik jauh di dalam lubuk hati sanubari adalah antara petunjuk kehidupan untuk menuju ke jalan yang diredhai NYA, InsyaAllah.
Aura Penawar Jiwa, adalah tajuk contengan yang saya ingin kongsikan dengan Anda hari ini. Memang ramai yang memperkatakan mengenai Aura. Lebih-lebih lagi Aura mengenai diri sendiri. Sehinggakan ada pula yang menjadikannya sebagai satu perniagaan.
Perniagaan untuk memperolehi wang ringgit, harta kekayaan. Saya tidak menyangkal, juga tidak menyalahkan perlakuan sebegitu kerana setiap perkara memang ada sebab musababnya.
Siapalah saya mengatakan yang itu betul atau salah. Sememangnya saya hanyalah insan biasa, yang memerlukan petunjuk NYA sentiasa. Moga-moga Tuhan Yang Maha ESA akan terus memancarkan cahaya NYA untuk saya suluh jalan-jalan kehidupan ini.
Dulu, dan sehingga kini, memang ramai yang memperkatakan mengenai Aura. Aura yang melingkari tubuh badan manusia. Lalu, pelbagailah cara yang dilakukan agar Aura yang melingkari diri sendiri merupakan Aura yang menawan, menarik perhatian dan memiliki keindahan yang tiada tandingan. Begitulah harapan manusia yang mengerti mengenai “Aura“.
Monday, 25 January 2016
Penawar Jiwa - Aura: Saudaraku Johari
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment