Wednesday, 27 January 2016

Berusaha Mencari Jodoh... Bhg 1

Cerita ini aku mulakan dengan memperkenalkan diriku adalah seorang yang pemalu. Ceh!!! Sungguh…. Memang aku ini pemalu dan tidak pandai mengorat wanita. Apatah lagi berterus-terang dengan wanita yang aku sebenarnya suka melihat mereka.

Sifat pemalu ini memang aku miliki. Sebab itu barangkali di dalam hidupku bukan aku yang mengorat, tetapi aku yang diorat. ��

Bukan sahaja wanita, bahkan yang maknyah pun cuba-cuba untuk mengorat aku. Anda tak percaya? Sungguh!, memang aku pernah diorat oleh beberapa orang maknyah. Lucukan!!! ��

Memang aku tidak menafikan bahawa beberapa kali juga aku hampir-hampir jatuh cinta kepada wanita sebelum mendirikan Bahtera Perkahwinanku. Namun disebabkan oleh sifat pemaluku itu, maka aku tidak berani meluahkannya. Apa yang pasti, kadang juga aku dilamar oleh beberapa wanita. ��

Tetapi sejujurnya, aku menolak lamaran mereka. Aku tidak mahu menjalin hubungan cinta sebelum bernikah kerana pada diriku, andai cinta itu aku terima, pastilah akan ada tanggungjawab yang harus aku lakukan. Selain itu, jauh di sudut hatiku, memang aku bertekad untuk tidak mahu bercinta sebelum mendirikan Bahtera Perkahwinan. Itu memang telah aku tekadkan di dalam diriku. Kerana apa? Kerana aku tahu bahawa seandainya aku melakukannya, pasti aku akan ditewaskan oleh musuh-musuh ku, para syaitan durjana.

Pastilah musuh-musuhku itu akan bersorak riang gembira kerana dapat menewaskanku di dalam hal sebegini. Kenapa? Kerana di situlah antara lubang-lubang kejayaan mereka untuk menewaskanku. Sebab itulah aku tidak mahu bercinta sebelum bernikah.

Anda, usahlah pula marah kepadaku seandainya tidak bersetuju denganku mengenai perkara ini. Ya, aku tahu bahawa Anda ada kekuatan melawan para musuh ketatku itu. Tetapi bagi diriku, sejujurnya aku amat takut dengan cabaran itu. Apatah lagi membayangkan seandainya aku ditewaskan oleh mereka kelak. Sebab itu di awal-awal lagi aku berusaha mengelaknya. Kenapa? Kerana sememangnya aku ini terlalu pemalu dan lemah berbanding Anda. 



0 comments :

Post a Comment