Tahun 2015 telah melakar kenangan yang amat bermakna buat saya dan rakan-rakan sepersekolahan dahulu. Bermula tahun 1979 sehingga tahun 1984, kami memulakan zaman persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Tawau, dan sebahagian meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah (SM) Holy Trinity Tawau pada tahun 1985 sehingga 1989.
Tidak pernah terlintas di dalam pemikiran setiap daripada kami bahawa sebahagian daripada kami akan bertemu semula dalam majlis reunion. Sungguh! Kami tidak pernah terfikir mengenainya.
Syukur Alhamdulillah, kemunculan teknologi maklumat khususnya Aplikasi Whatsapp dan Facebook yang paling hangat pada masa ini, telah memudahkan kami berkomunikasi semula. Seterusnya merealisasikan pertemuan melalui majlis Reunion. Majlis menggamit kenangan persekolahan bersama rakan-rakan sepersekolahan suatu masa dahulu. Paling penting, mengeratkan semula silaturahim yang telah lama terpisah.
Dua lakaran sebelum ini saya telah kongsikan dengan Anda yang memaparkan Majlis Reunion SK Bandar Tawau Setelah 31 Tahun Terpisah. Anda boleh melihat coretan itu di sini, klik sahaja tajuk yang saya paparkan di bawah;
1. Koleksi Foto-Foto Reunion SK Bandar Tawau Tahun 2015 dan
2. Reunion SK Bandar Tawau, Bertemu Selepas 31 Tahun...
Lakaran kali ini, saya ingin kongsikan pula Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau yang telah dilaksanakan pada 20 Julai 2015 yang lalu, bertempat di Hotel Emas Tawau.
Majlis Reunion SM Holy Trinity diadakan sehari lebih awal daripada Majlis Reunion SK Bandar Tawau.
Sebenarnya Majlis Reunion SK Bandar Tawau Setelah 31 Tahun Terpisah telah dirancang seawal tahun 2015 lagi. Berbeza dengan Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau yang dirancang cuma seminggu sahaja. Heheheeee...
Orang kuat yang menjadi tonggak Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau 2015 ialah Puan Rita Kasumahwati atau gelaran yang saya berikan kepadanya, Rita Cumil. (*___^)
Juga tidak dilupakan, seorang lagi tonggak kuat yag merealisasikan Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau 2015 ialah Puan Wardawati yang masih lagi kelihatan Anggun Rupawan sehingga kini... (*___^)
Berikut adalah foto-foto yang telah dirakamkan semasa Majlis Reunion SM Holy Trinity Tawau 2015 yang lalu. Foto-foto ini telah dikongsikan oleh Puan Rita Cumil untuk diabadikan di dalam blog ini...
Saya telah tidak hadir dalam Majlis Reunion SM Holy Trinity 2015, seperti mana Majlis Reunion SK Bandar Tawau Selepas 31 Tahun Terpisah, disebabkan himpitan tugasan...
Baca selanjutnya, Klik di sini...
Showing posts with label Sekolah Menengah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Menengah. Show all posts
Friday, 4 March 2016
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)