Entri kali ini saya khususkan buat Isteriku Tercinta. Kalau Anda teringin sangat untuk mengetahuinya, silakan... Saya tak kisah. Janji Anda suka membacanya.
Lakaran kali ini saya iringkan sebuah lagu berirama indah bertintakan senikata yang menusuk kalbu. Itupun bagi yang dapat merasai keindahannya. Sebab itulah lakaran ini saya khususkan buat Isteriku Tercinta.
Memandangkan sebelum bernikah saya tidak pernah bercinta dengannya, ada baiknya saya membuat warkah-warkah cinta untuknya di dalam blog ini. Saya yakin dia akan melihatnya. Kalau bukan hari ini, pasti suatu hari nanti. Moga-moga dia akan gembira apabila menatap dan mendengarnya.
Andai dia ada perasaan kasih dan sayang, berkemungkinan mengalirlah air mata di pipinya nanti. Bukan kerana bersedih, barangkali kerana menghargai yang saya berikan di sini.
Memandangkan Anda masih teringin menelaah lakaran yang saya khususkan untuk Isteriku Tercinta di sini, ada baiknya saya beritahu bahawa pertemuan dengannya berlaku hanya sekali sahaja sebelum kami melafakan persetujuan melakukan penyatuan jiwa. Usaha yang telah dibantu oleh orang tua saya sebenarnya.
Alhamdulillah, orang tua Isteriku Tercinta juga bersetuju, maka termeterailah ikatan suami isteri antara diriku dengan dirinya, Dia yang saya namakan Isteriku Tercinta.
Oleh kerana itu, saya teringin sangat dia mengetahui bahawa saya sememangnya amat mengasihi dan menyayanginya. Sebab itulah lagu ini saya tujukan khusus untuknya. Moga-moga dia merasai emosi yang saya lontarkan di dalam lagu ini. In Sha Allah.
Sunday, 28 February 2016
Coretan Buat Wanita Tercinta
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment