Peristiwa yang aku kisahkan kali ini adalah mengenai wanita misteri. Wanita Misteri yang aku maksudkan ialah mereka seolah-olah berminat dengan lelaki. Mereka memberikan pelbagai hadiah dan warkah indah dengan bunga-bunga cinta, tetapi masalahnya, tidak pula menunjukkan identiti sebenar mereka.
Tidak salah mereka melakukan usaha begitu, tetapi usaha yang sia-sia sebenarnya, amat tidak bermakna mereka melakukan kaedah seperti itu.
Kisah yang aku kongsikan ini adalah salah satu daripadanya iaitu bila mana aku ditugaskan menjaga hostel wanita. Aku sebenarnya berasa janggal dan kekok apabila diamanahkan begitu, menjaga kediaman pelajar wanita.
Cuba bayangkan..., patutkah aku yang masih bujang trang tang tang ketika itu menjaga hostel wanita? (@__@)
Tugasan begitu seolah-olah ultimate di dalam segala cabaran yang aku alami berkaitan cinta pada wanita. Seumpama mencurahkan minyak petrol ke dalam api yang sedang menyala-nyala. Heheheeee
Untuk memahami kisah ini, aku ingin menyatakan kepada Anda bahawa seminggu selepas aku ditawarkan kerja, seorang daripada rakan sejawatanku, telah meminta bantuan dariku. Dia meminta aku membantunya menjaga hostel lelaki.
Rakanku ketika itu bertugas sebagai Pengetua. Dia telah memberikan tanggungjawab kepadaku untuk menjaga hostel pelajar-pelajar lelaki, juga hal-ehwal berkaitan surau (*___^)
Kisahnya bermula bila mana masalah dihadapi berkaitan penempatan pelajar lelaki yang tidak mencukupi. Akhirnya keputusan diambil untuk menggunakan dua blok daripada rumah wanita untuk dijadikan rumah pelajar lelaki.
Maka, al-kisahnya aku dipindahkan ke rumah yang menjadi pembahagi di antara blok rumah-rumah lelaki dengan blok rumah-rumah pelajar wanita. Konon-kononnya sebagai pengawal merangkap pengawas dan menjadi pemisah di antara mereka...
Disitulah kisah yang aku ingin ceritakan kepada Anda. Semasa aku menjadi felo asrama di situ, kebanyakkan pelajar lelaki aku kenali kerana bilangannya tidaklah ramai. Berbanding pelajar wanita yang jumlahnya beberapa kali ganda pelajar lelaki.
Oh ya, sebenarnya pelajar lelaki dan wanita ini pun telah dewasa kesemuanya. Umur mereka lingkungan 20an ke atas. Tak perlulah aku huraikan pelbagai karenah pelajar perempuan yang pada saya terlalu mengada-ngada. Hahahaaa…
Para wanita yang membaca contenganku ini, usahlah merajuk atau naik darah bila mana aku mengatakan pelajar wanita mengada-ngada. Memang begitulah pengalaman yang aku alami. Pelajar wanita, selalu mengada-ngada… Aku yang merasakannya, bukannya Anda. (@__@)
Terasa betul-betul leceh menjaga pelajar wanita ketika itu. Berbanding pelajar lelaki, selepas dua tahun bersama mereka, tidak banyak karenah sebenarnya. Ada masa terluang, aku bertandang ke rumah-rumah pelajar lelaki, dan kebiasaannya mereka menghidangkan juadah. Walaupun sekadar biskut dan nescafe dalam jug plastik besar. Ada kala juga berbual-bual sehingga larut malam bersama-sama mereka, sampai ke subuh. Memang begitulah kehidupan mereka sepertimana yang pernah aku alami suatu ketika dahulu.
Berbanding pelajar wanita, aku pula yang kena menyediakan juadah, maklumlah mereka yang datang ke rumahku beramai-ramai, adakalanya sampai enam orang dengan membawa pelbagai ragam masalah. Masalah yang dibikin-bikin sebenarnya. Masalah yang direka untuk dijadikan masalah... herrmmm
Memanglah aku terpaksa melayan karenah kesemuanya, takkanlah pula aku menghalau mereka. Dah memang menjadi tugasku, felo asrama. Lagipun aku memang sukarela untuk membantu... tidak bergaji.
Opppssss... Apa yang aku nyatakan tadi sekadar satu runggutan untuk dikongsi dengan Anda. Rungutan tentang karenah pelajar wanita. Bayangkanlah kalau aku pula yang pergi berziarah ke rumah-rumah pelajar wanita. Teramatlah janggalnya bukan? Akukan masih bujang teruna… (^___*)
Memang agak jelek juga melayan karenah pelajar wanita sebenarnya. Sampaikan penyapu rumah pun mereka meminjam dariku. Takkanlah mereka tak boleh pinjam dari jiran tetangga yang berhampiran dengan rumah mereka. Kenapa harus aku juga yang menjadi penyelesai masalah begitu rupa?. Kadang, aku berasa syak wasangka juga dengan telatah seperti itu.
Berbalik pada kisahku tadi, walaupun begitu, kadang ada juga kemanisannya menjaga pelajar wanita. Tidaklah semuanya pahit. Seperti yang aku nyatakan kepada Anda, menjaga pelajar wanita ada juga kemanisannya. Ada ketikanya aku mendapat kuih-muih percuma, juga hadiah-hadiah misteri dari mereka.(*__*)
Kadang kala bila sahaja aku membuka pintu rumah, akan adalah tersangkut hadiah di tombol pintu. Kadang juga, menerima surat-surat bersalut cinta... Heheheee
Bukan aku tidak suka menerima hadiah dan surat cinta begitu, tetapi masalahnya, aku tidak mengenali pemberinya. Berahsia-rahsia pula mereka. Kadang juga menggunakan nama samaran sahaja. Macam mana aku boleh mengenali mereka? Taklan lah aku perlu siasat pula...
Jadi, aku pun buat-buat tidak kisah dan tidak pun berusaha mengenali pemberi hadiah dan warkah misteri itu. Apa yang aku dapat katakan ialah usaha pencarian jodoh begitu memang sia-sia kerana tidak dikenali siapakah gerangan orangnya.
Barangkali juga pemberi hadiah misteri ini terlalu ikhlas sehingga tidak mahu menyatakan identiti dirinya. Membuatkan aku pun tertanya-tanya, mengapa pula memberi hadiah dan warkah misteri sebegitu rupa kalau tidak mahu dikenali?. Ikhlas barangkali...
Sejujurnya, aku masih tidak memahami sehingga kini, mengapa mereka merahsiakan identiti sebegitu rupa.
Namun yang jelas, memang aku tidak kisah dan tidak pun berusaha mencari-cari siapakah gerangan wanita yang memisterikan dirinya. Wanita pemberi hadiah dan warkah bersalut cinta yang memisterikan dirinya…
0 comments :
Post a Comment