Monday, 7 March 2016

Ucapan Terima Kasih Kepada Isteri...

Ada seorang jemaah yang baru mendengar kuliah dari seorang ustaz cerita mengenai fadhilat ucapan terima kasih kepada isteri. Dia sudah 30 tahun berkahwin dan tidak pernah mengucapkan terima kasih pun kepada isterinya.

Jadi selepas balik dari masjid, dia berazam untuk mengucapkan terima kasih kepada isterinya. Sampai sahaja di rumah, isterinya pun menghidangkan nasi goreng ayam. Sebaik saja dia makan nasi goreng ayam itu, dia terus mengucapkan terima kasih dan memberi puji-pujian melambung-lambung peri sedapnya nasi goreng ayam itu.

Tiba-tiba isteri dia tercegat, mata terbeliak dan berkata, "sudah 30 tahun saya masak nasi goreng untuk abang..., abang tak pernah pun memberikan pujian. Bila makan nasi goreng ini, pujian abang bukan main lagi...".

Jawab suami itu kehairanan,"Jadinya..???"

Isterinya pun menjawab dengan nada marah, "Nasi goreng ayam itu, janda sebelah rumah yang bagi".

Suaminya pun terus terkedu.....

(©__©)






0 comments :

Post a Comment