Nang… Bila Nak Jawab Soalan tue?
Heheheheee…
Malam ini, sengaja saya
melapangkan sedikit masa untuk membuat sebuah coretan di dalam blog ini sebelum
beradu... Coretan ini saya khususkan buat sahabat lama, Nang namanya (^___^)
Nang, merupakan rakan saya semasa sekolah
rendah dahulu, dan sejujurnya, saya tidak pernah mengenalinya, sehingga kini
pun. Kami sekadar berkomunikasi melalui aplikasi whatsapp dalam group
Rakan-Rakan Tawau. Saya mula berkomunikasi dengan Nang melalui aplikasi
whatsapp setahun yang lalu, awal tahun 2015, tak silap saya, iaitu selepas diperkenalkan oleh seorang
sahabat lama, Damin namanya, di dalam Group Whatsapp SK Bandar Tawau…
Saya berada dalam group whatsapp
SK Bandar Tawau tak lama, tak silap lebih kurang seminggu lebih sahaja,
akhirnya saya left. Heheheee
Saya terpaksa left kumpulan
whatsapp itu kerana ia terlalu aktif, dan ketika itu saya belum mahir
menggunakan pelbagai settings aplikasi whatsapp, so hari saya left, sebenarnya
saya termiss pelbagai panggilan penting dek menyenyapkan henfon peribadi saya
kerana deringan whatsapp kumpulan SK Bandar Tawau ketika itu semacam mengganggu
tugasan harian. Terlalu kerap berbunyi…
Satu lagi sebabnya, saya suka
merapu dalam group itu. Hahahaaa…
Khuatir ada rakan-rakan terguris
hati, saya meninggalkan kumpulan whatsapp SK Bandar Tawau, lalu mengwujudkan satu
Kumpulan whatsapp yang kurang aktif, melalui usaha bersama sahabat saya Bro Damin.
Saya bersama Bro Damin mengujudkan satu kumpulan whatsapp dengan satu misi
penting, tetapi akhirnya misi itu berkubur... Namun, baru-baru ini, misi itu seolah-olah
telah terlaksana… Syukur Alhamdulillah… Akan saya beritahu Misi yang saya
maksudkan di akhir contengan ini. Misi saya bersama Bro Damin, usaha dalam
group whatsapp...
Tahun 2015, merupakan tahun di mana
saya mula berkomunikasi dengan rakan-rakan lama, yang telah terpisah berpuluh
tahun. Sebenarnya saya mula berkomunikasi dengan Bro Damin juga melalui aplikasi
whatsapp, iaitu selepas berpuluh tahun kami terpisah. Berkomunikasi bukan dalam
group whatsapp SK Bandar Tawau, tetapi kumpulan Whatsapp SM Holy Trinity…
Bro Damin merupakan sahabat lama
saya sejak di bangku sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Kami
berlainan kelas sebenarnya, tetapi dialah rakan seperjalanan saya dari Kg.
Titingan ke SM Holy Trinity dahulu. Tak sangka pula akhirnya saya berjumpa
dengannya semula hasil kemajuan teknologi maklumat sekarang ini. Terima kasih
tidak terhingga pada teknologi maklumat yang terus berkembang sehingga mempertemukan
pelbagai kumpulan-kumpulan manusia yang sudah lama terpisah.
Saya bersemuka dengan Bro Damin
di sebuah Hotel di bandar Kuala Lumpur. Itulah pertemuan kami yang pertama,
iaitu lebih kurang jam 9 malam dia bertandang ke bilik hotel saya selepas
berkomunikasi melalui aplikasi whatsapp. Sehingga lewat malam kami bersembang
pelbagai perkara. Lebih kurang pukul 2 pagi, barulah dia mengundurkan diri. Heheheee…
Saya Bersama Bro Damin di Bilik Hotel bersembang sehingga ~ jam 2 pagi
Keesokan harinya, kami bertemu
sekali lagi di Restoran KFC, berhampiran hotel saya menginap. Reunion tiga
sahabat lama dari SM Holy Trinity – Saya, Bro Damin, dan Bro Don... Tidak lama
kami bersembang, lebih kurang tiga empat jam tak silap saya…
Saya bersama Bro Damin dan Bro Don, di Restoran KFC, berdekatan Hotel saya menginap
Di akhir pertemuan itulah, saya
bersama Bro Damin telah berpakat melakukan Satu Misi yang saya maksudkan, iaitu
misinya lebih kurang seperti tajuk di atas, “Jejaka Bernikah, Siapakah Dia?”
Persoalan itu jugalah saya
luahkan kepada rakan saya, Nang, petang tadi. Dan dia masih belum menjawabnya
sehingga kini. Heheheee…
Nang merupakan seorang rakan yang
amat sporting, dan tak pernah menghampakan apabila berkomunikasi melalui
aplikasi whatsapp, walaupun dalam keadaan terpaksa... Thank you very much Nang…
saya bergurau-gurau bah…
Nang! Walaupun sedikit bercelaru, akhirnya berjaya juga saya membuat satu
lakaran merapu daripada tajuk ini, seperti mana yang saya beritahu
petang tadi. Nampaknya kenakalan saya sejak sekolah rendah, tak juga
berubah-ubah sehingga ke tua. Heheheee...
Salam Hormat Buat Semua
Rakan-Rakan yang Saya Kasihi Kerana DIA.
0 comments :
Post a Comment