Friday, 30 June 2017

Bhg 2, Reunion SRK Bandar Tawau Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2017

Petang ini, saya lanjutkan kisah Reunion SRK Bandar Tawau sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2017 yang diadakan pada hari raya ketiga, bersamaan hari Selasa, bertarikh 27 Jun 2017, bertemakan "Back To School".

Seramai 36 orang rakan-rakan telah memeriahkan majlis tersebut berbanding yang telah mendaftar untuk hadir pada awalnya seramai 50 orang. Mungkin disebabkan pelbagai urusan bersempena hari raya aidilfitri, ada di kalangan rakan-rakan yang tidak berkesempatan untuk hadir di saat-saat akhir.

Daripada paparan foto-foto yang diabadikan dalam reunion tersebut, saya dapati ada di kalangan rakan-rakan telah memakai pakaian sekolah dulu-dulu dan berpakaian ko-kurikulum Pengakap.


Paparan foto-foto untuk entri kali ini saya perolehi daripada facebook sahabat lama saya bernama Norhidayah Padu.  Beliau merupakan antara sahabat lama yang masih kekal dalam ingatan saya. Pelbagai kisah semasa sekolah dulu-dulu tentangnya, masih lagi terpahat dalam ingatan saya sehingga kini... (*___^)

Perkongsian kali ini saya lakarkan setelah membaca kesungguhan beliau untuk hadir dalam Majlis Reunion tersebut walaupun kurang sihat. Beliau tetap menggagahkan dirinya untuk hadir dalam Majlis Reunion tersebut. Saya mengetahui kisahnya setelah melihat status facebooknya petang ini. Statusnya itu telah menggerakkan hati saya untuk membuka komputer peribadi saya petang ini, seterusnya mengabadikan kisahnya dalam paparan kali ini.

Antara yang ditulis dalam status facebook peribadinya, memaparkan ungkapan begini;

 "Raya ke-3
Alhamdulillah Allah beri aq kekuatan utk hadir ke majlis reniuon SK Bandar Tawau walau kesihatan x brapa mengizinkan ttpi q gagahi jua demi sebuah persahabtan zaman kecil q dulu thn 79-84...dgn wajah yg ntah apa2 q menahan diri melihat wajah2 shbt2 kecil q yg happy...Salmah Aminuddin Ct Siti Adawia Saparudin Japar Ardiansah Abibakrin@ Buck suriani Amran Naimah Osdam...semoga persahabatan ini berkekalan hingga ke syurga...trima kasih jua buat penganjur pn Zarinah Alias memberi aq Anugerah peserta terakhir yg memberi pengesahan kehadiran hahahahaha...*cube* yg comel.....x byk aq mengabadikan foto2 semlm x bole byk gerak kasian...Mohon doa kwn2 semua semoga ada lg ramadhan buat q d thn mendtg yah.. "


*Syawalketiga*
*Sahabatselamanya6bakawali*
*Sahabatsyurgamissuall*







Semoga sahabatku Norhidayah Padu diberikan kesihatan dengan segera. 
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Wednesday, 28 June 2017

Reunion SRK Bandar Tawau Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2017


Malam tadi, lebih kurang jam 11.45 malam, iaitu ketika saya hendak tidur, seperti kebiasaannya, saya berkesempatan membuka aplikasi facebook. 

Begitulah rutin harian saya andai ada kelapangan masa sebelum melelapkan mata pada larut malam. Pastinya, aplikasi facebook telefon bimbit peribadi akan saya scroll untuk melihat perkongsian cerita dan paparan foto-foto menarik daripada rakan-rakan kenalan dalam ruangan facebook. Adakalanya, sehingga saya tertidur menelaahnya...

Sedang saya scroll paparan fb semalam, saya terus teruja melihat satu paparan menarik daripada rakan fb saya bernama Salmah Aminuddin. Beliau merupakan antara rakan persekolahan semasa di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tawau dahulu iaitu pada tahun 1979 - 1984. Seingat saya, Salmah merupakan antara pelajar cemerlang SRK Bandar Tawau dahulu, dan beliau kini bertugas sebagai guru matematik, juga matematik tambahan di sebuah sekolah di Labuan. InShaAllah, mungkin akan berhijrah ke salah sebuah sekolah di Tawau dalam masa terdekat.

Tanpa berlengah, saya terus memuat-turun sebahagian foto-foto menarik yang dikongsikannya dalam fb. Sebenarnya, foto-foto itu saya muat-turun tanpa pengetahuannya.

Seandainya sahabatku Salmah membaca paparan ini, maafkanlah saya kerana memuat-turun foto-foto tersebut tanpa pengetahuan dan permohonan izin. Sebenarnya sengaja saya ambil foto-foto tersebut agar dapat diabadikan Majlis Reunion SK Bandar Tawau Tahun 2017 di sini, di blog ini, seterusnya dikongsi dengan semua rakan-rakan SK Bandar Tawau, sama ada yang telah hadir, mahupun yang tak ada kesempatan untuk bersama-sama...

Saya adalah antara rakan-rakan yang juga tidak berkesempatan menghadiri majlis reunion SK Bandar Tawau Tahun 2017 itu. Blog ini sahajalah selain facebook, yang dapat saya gunakan sebagai medium berkongsi cerita dengan rakan-rakan, khususnya sahabat-sahabat saya semasa zaman persekolahan dahulu. 



Tak silap saya, ini merupakan majlis Reunion SRK Bandar Tawau kali kedua bagi sesi persekolahan tahun 1971 - 1984. Peristiwa bersejarah ini telah diadakan di Promenade Hotel, Tawau, iaitu bermula jam 7.00 malam, tak silap saya...

(*___*)

Sememangnya zaman persekolahan merupakan antara detik yang paling menceriakan dalam kehidupan. Apabila diimbau kembali pelbagai peristiwa semasa zaman persekolahan dahulu, kelak terlakarlah senyuman di wajah. Bukan itu sahaja, sambung menyambung pengkisahan di kalangan kawan-kawan apabila bertemu, juga menghidupkan suasana hiruk pikuk sambil gelak tawa bersama rakan-rakan. Begitulah suasananya apabila majlis reunion bersama rakan-rakan.
















Baca selanjutnya, Klik di sini...