Wednesday, 28 June 2017

Reunion SRK Bandar Tawau Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2017


Malam tadi, lebih kurang jam 11.45 malam, iaitu ketika saya hendak tidur, seperti kebiasaannya, saya berkesempatan membuka aplikasi facebook. 

Begitulah rutin harian saya andai ada kelapangan masa sebelum melelapkan mata pada larut malam. Pastinya, aplikasi facebook telefon bimbit peribadi akan saya scroll untuk melihat perkongsian cerita dan paparan foto-foto menarik daripada rakan-rakan kenalan dalam ruangan facebook. Adakalanya, sehingga saya tertidur menelaahnya...

Sedang saya scroll paparan fb semalam, saya terus teruja melihat satu paparan menarik daripada rakan fb saya bernama Salmah Aminuddin. Beliau merupakan antara rakan persekolahan semasa di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tawau dahulu iaitu pada tahun 1979 - 1984. Seingat saya, Salmah merupakan antara pelajar cemerlang SRK Bandar Tawau dahulu, dan beliau kini bertugas sebagai guru matematik, juga matematik tambahan di sebuah sekolah di Labuan. InShaAllah, mungkin akan berhijrah ke salah sebuah sekolah di Tawau dalam masa terdekat.

Tanpa berlengah, saya terus memuat-turun sebahagian foto-foto menarik yang dikongsikannya dalam fb. Sebenarnya, foto-foto itu saya muat-turun tanpa pengetahuannya.

Seandainya sahabatku Salmah membaca paparan ini, maafkanlah saya kerana memuat-turun foto-foto tersebut tanpa pengetahuan dan permohonan izin. Sebenarnya sengaja saya ambil foto-foto tersebut agar dapat diabadikan Majlis Reunion SK Bandar Tawau Tahun 2017 di sini, di blog ini, seterusnya dikongsi dengan semua rakan-rakan SK Bandar Tawau, sama ada yang telah hadir, mahupun yang tak ada kesempatan untuk bersama-sama...

Saya adalah antara rakan-rakan yang juga tidak berkesempatan menghadiri majlis reunion SK Bandar Tawau Tahun 2017 itu. Blog ini sahajalah selain facebook, yang dapat saya gunakan sebagai medium berkongsi cerita dengan rakan-rakan, khususnya sahabat-sahabat saya semasa zaman persekolahan dahulu. 



Tak silap saya, ini merupakan majlis Reunion SRK Bandar Tawau kali kedua bagi sesi persekolahan tahun 1971 - 1984. Peristiwa bersejarah ini telah diadakan di Promenade Hotel, Tawau, iaitu bermula jam 7.00 malam, tak silap saya...

(*___*)

Sememangnya zaman persekolahan merupakan antara detik yang paling menceriakan dalam kehidupan. Apabila diimbau kembali pelbagai peristiwa semasa zaman persekolahan dahulu, kelak terlakarlah senyuman di wajah. Bukan itu sahaja, sambung menyambung pengkisahan di kalangan kawan-kawan apabila bertemu, juga menghidupkan suasana hiruk pikuk sambil gelak tawa bersama rakan-rakan. Begitulah suasananya apabila majlis reunion bersama rakan-rakan.
















Baca selanjutnya, Klik di sini...

Monday, 30 May 2016

Reunion 6 Bakawali, SRK Bandar Tawau 30hb Mei 2016

Malam ini, sebelum melelapkan mata, saya mengambil kesempatan untuk melakarkan satu coretan di dalam blog ini khusus buat tatapan rakan-rakan saya yang telah lama terpisah. Rakan-rakan saya semasa zaman sekolah rendah dahulu di SK Bandar Tawau, tahun 1979 - 1984.

Coretan malam ini adalah berkisar tentang Reunion Kelas 6 Bakawali, Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Tawau yang telah diadakan pada hari ini, 30 Mei 2016 di SK Bandar Tawau, seterusnya pada malamnya di Hotel Heritage, Tawau.

Terima kasih kepada sahabat saya, Saparudin atau biasa saya memanggilnya Din sahaja, kerana telah sudi berkongsi beberapa foto untuk kami imbau kembali bersama-sama kenangan semasa zaman persekolahan dahulu di SK Bandar Tawau. Pagi tadi, dia sempat mengirimkan kepada saya foto lama yang saya paparkan di bawah.

.
Terima kasih sekali lagi sahabatku Saparudin... 
Ketahuilah bahawa wajahmu masih segak dan kemas juga, seperti dulu-dulu semasa zaman persekolahan kita dahulu..

Tak apalah, saya teruskan lakaran Aktiviti Reunion 6 Bakawali yang telah diadakan pada hari ini, dengan memaparkan foto pertemuan rakan-rakan lama di Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau. Berikut adalah foto-foto yang sempat dikongsikan dengan saya. Menurut sahabatku Din yang segak dan kemas, foto di bawah ini telah dirakamkan betul-betul di dalam Kelas 6 Bakawali dahulu. Susunatur pun adalah mengikut sepertimana foto lama dahulu...


Kedudukan adalah sama seperti foto dahulu (Rujuk di sini)



Foto di atas pula memaparkan rakan-rakan lama mengambil gambar beramai-ramai di bawah pohon mangga... Pokok mangga itu telah banyak melakarkan kisah para pelajar SRK Bandar Tawau sejak dahulu, hingga kini. Di bawah pohon mangga itulah pelbagai aktiviti pelajar telah dilakukan, termasuklah makan waktu rehat, bermain guli, permainan ye yek dan ajap... (*___*) 

Sememangnya pohon mangga itu masih tegak berdiri sehingga kini. Nostalgia yang sukar dilupakan kerana pohon yang rendang itu masih berupaya menyimpan khazanah berharga para pelajar SRK dan SK Bandar Tawau.


Sempat memetik buah mangga... Saudara Johari yang paling tinggi... (*___^)

***********************************************


Sebentar tadi, (pada malamnya), Reunion 6 Bakawali telah diteruskan dengan mengadakan Jamuan Makan Malam di Hotel Heritage Tawau. Berikut adalah antara foto-foto yang sempat dirakamkan dan seterusnya dikongsikan dengan saya...






Aduhhh! mataku pula sudah mula mengantuk... tak apalah, lain kali akan saya sambung pula coretan ini. In Sha Allah.... buat tatapan sahabat lama yang saya kasihi kerana DIA...



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sunday, 20 March 2016

Isteri Curang Dek Suami Kurang Istimewa...

Seorang rakan sepejabat telah beberapa kali memberitahu Dola yang isterinya berlaku curang dengan kawannya sendiri.

Melihat Dola seperti tidak percaya dengan ceritanya, suatu hari rakan tersebut berkata, “Dola, kau balik sekarang. Kau pasti akan lihat isteri mu sedang bermesraan dengan kawan mu tu”.

Dola pun pulang untuk membuktikannya. Beberapa minit kemudian Dola telah kembali dengan wajah lebih ceria, dan kelihatan lega.

“Bagaimana Dola?”, tanya rakannya tadi. Dola lalu menjawab, “Kacau je kau nie. Dia bukan kawan aku. Kenal pun tidak..., baru tadi pertama kali aku lihat dia”

(*___°)
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Mustahil Lelaki Pelupa... (-__-)

Pada suatu hari sepasang suami isteri keluar berbelanja untuk persiapan majlis hari jadi si isteri. Sedang si isteri sibuk mencari kain langsir baru, tiba-tiba dia tersedar yang suaminya sudah hilang.

Panik, si isteri menelefon suaminya...

Isteri: Abang... abang di mana nie? Jangan la pergi ke mana-mana. Banyak lagi benda yang nak dibeli nieee!

Suami: Sayang... ingat lagi tak 5 tahun lepas... sehari sebelum hari jadi sayang yang ke-25... kita ada lalu depan sebuah kedai emas yang jual seutas rantai emas bertatah 3 biji berlian berharga RM50,000... dan abang berjanji suatu hari nanti, abang akan belikan untuk sayang?

Dengan berlinangan air mata dan penuh syahdu, si isteri hanya mampu berkata "ye bang... saya masih ingat".

Lalu si suami membalas "Baguslah sayang masih ingat. Abang sedang minum teh tarik di tepi kedai emas tu. Abang Haus."

****
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Rahsia Isteri Penyabar

Seorang Suami berasa hairan melihat isterinya yang begitu penyabar meski pun dimarah dan dimaki hamun sentiasa. Isterinya sekadar diam dan langsung tidak pernah membantah, apatah lagi melawan Suaminya. Suatu hari, si Suami bertanya kepada Isterinya;

Suami: Kenapa setiap kali kalau saya marah, dan maki awak, awak hanya diam dan bersabar, apa rahsianya?

Isteri: Tiada rahsia pun, setiap kali awak marah saya, sebenarnya saya geram juga, jadi saya lepaskan rasa geram itu dengan cara mencuci tandas.

Suami: Bagaimana mencuci tandas boleh melepaskan rasa geram?

Isteri: Setiap kali awak marah dan maki hamun saya, saya akan cuci lubang jamban dengan berus gigi yang awak guna setiap hari....

****

Baca selanjutnya, Klik di sini...