Sunday, 21 February 2016

Kisah Kehidupan Pagi Ahad...

Apa khabar Anda pada pagi Ahad ini? Saya doakan semoga Anda ceria sentiasa, dan terus berusaha menjalani kehidupan harian. Semoga Anda beroleh kejayaan yang diinginkan hari ini.

Saya pula, Alhamdulillah... masih lagi dapat melakar-lakar contengan di sini untuk tatapan Anda di kala berseorangan.

Sambil-sambil berehat dan menunggu anak-anak selesai mengaji pagi ini, ada baiknya saya kongsikan dengan Anda beberapa kisah yang saya pernah baca dulu-dulu...

Kisah yang ingin saya kongsikan begini ceritanya,


Kisah 1: Cikgu Salmah, Guru Kaunseling

Salmah baru sahaja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar di sekolahnya.

Pada masa rehat, dia melihat seorang pelajar yang sedang berdiri seorang diri di hujung padang, sedangkan kawan-kawannya yang lain sedang asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Cikgu Salmah cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik sahaja.

Mendengar jawapan itu, cikgu Salmah lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salmah memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salmah kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.


Lalu sekali lagi Salmah mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau cikgu menemanimu?"

Pelajar itu menjawab... "Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil, cikgu Salmah bertanya lagi.. "Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan... "... Sebenarnya saya adalah penjaga gol, cikgu..."



Kisah 2: Budak Rocker Minat Gong

Seorang budak rocker mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar, kelihatan menarik dan antik.

Kawannya lalu bertanya, "apakah benda ini? Kau budak rocker pun boleh minat dengan alatan gong tradisional begini?"

"Menarik kan?" Jawab budak rocker itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Sambung kawannya kehairanan. "Fuhyooo! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa?, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Jawab
 budak rocker itu.

"Ok, tengok nie ya..." kata budak rocker itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yang terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah buang tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak rocker itu.

Kawan dia cuma menggaru-garu kepala dan masih blur serta terkedu sahaja...

(*__*)



Kisah 3: Seorang Pemuda dengan Nenek

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

“Kenapa nie nek?. Pening kah?,” tanya pemuda tersebut.

“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.  “Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar?.”

Pemuda itu terkejut tetapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tetapi kenapa ya?”

Si nenek menjawab,”supaya saya muntah lebih cepat.”

(^___^)



Kisah 4: Doktor dengan Lelaki Tua

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "En. Johari, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi".

"Tapi Doktor," Johari menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... tidak mungkin, Doktor. Apakah yang boleh saya lakukan doktor?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, En. Johari mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Johari bersemangat lalu bertanya, "Kaedah itu akan menyembuhkan penyakit sayakah doktor?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan kamu terbiasa dengan tanah."


(@__@)



Bha... jam 10.00 am sudah. Kena ambil anak dari kelas mengaji sekarang ini. Nanti sambung balik ya...





Baca selanjutnya, Klik di sini...

Saturday, 20 February 2016

Perselisihan Suami Isteri

Jam dinding di bilik tidur menunjukkan sudah 11.15 malam, sekarang ini. Isteriku Tercinta sudah tidur dengan lena. Nyenyak betul tidurnya saya perhatikan. Banyak betul kerja dibuatnya hari ini. Jadi, biarlah dia tidur awal, merehatkan diri (^___*)

Saya... masih lagi berdepan dengan henfon ni, sambil jari jemari menaip keypad yang seringkali tersalah-salah, dek kelam kabut memaparkan ilham di minda. (*___*)

Sebelum melelapkan mata pada malam ini, sekali lagi saya ingin berbicara soal perkahwinan dan perceraian. Soal perjalanan hidup pasangan suami dan isteri. Baiklah, kisahnya saya paparkan sahaja di bawah;


Pertengkaran Suami Isteri
**************************
Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka.

Mereka berdua pegi ke pejabat agama, berjumpa dengan kadi nak meminta nasihat untuk menentukan hak penjagaan anak.

Kadi bertanya kepada isteri... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak itu?

Wanita itu menjawab... "Saya yang mengandungkan anak itu. Saya yang melahirkan anak itu. dia keluar dari perut saya."

Si suami terkedu sebab dia tahu selepas ini, kadi akan bertanya pula kepadanya nanti. "Aaahhh... sudah... apa pula aku nak goreng kadi ni... ." Bisikan hati si suami.

Kadi pun bertanya kepada si suami... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak itu kamu yang patut bela"

"Tuan kadi... kalaulah saya ada duit syiling berjumlah seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, lepas itu saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman.

Saya nak tanye tuan kadi... air tin yang keluar dari mesin itu hak saya atau hak mesin?"

Jawab kadi.."Hak kamu lerrr.."

(*___*)
Heheheeeheee....
Jom tidur, dah lewat...
Baca selanjutnya, Klik di sini...

Perkahwinan, Perceraian, Siapakah Bersalah?

Bila Anda tanya saya siapa yang bersalah andai perkahwinan berakhir dengan perceraian?, saya akan mengatakan wanita yang bersalah sebab tidak pandai menenangkan suaminya.

Wanita sudah besar kepala sehingga tidak mahu lagi menurut kata-kata suaminya. Menentang pandangan suaminya sehingga emosi si suami tidak lagi dapat menzahirkan kasih sayang kepadanya.

Bila mana itu yang berlaku, mulalah si suami mencari yang baharu. Beralihlah kasih sayang suaminya kepada wanita baharu pula.

Pandangan di atas saya zahirkan sekadar untuk Anda ketahui. Sebenarnya itu hanyalah pandangan cetek daripada saya yang menyebelahi lelaki. Maklumlah, saya ini kan lelaki... Mestilah membela lelaki sahaja.

Betulkah wanita yang bersalah?

Saya yakin, bila Anda yang bernama wanita mengetahui jawapan di atas yang saya luahkan, besar kemungkinan Anda akan emosi, mulalah sifat marah meresap sedikit demi sedikit ke dalam sanubari dan barangkali disusuli perasaan rajuk, tidak mahu lagi membaca contengan saya di sini, di blog ini.

Selain itu, saya juga yakin bahawa pelbagai jawapan balasan sedang berlegar-legar di dalam minda Anda sekarang, untuk menyanggah jawapan yang saya berikan di atas sebentar tadi. Betul kan...?

Memang Anda emosi bila jawapan di atas yang diberikan. Usahkan Anda, saya sendiri pasti emosi bila lelaki yang dipersalahkan. (*___*)

Tetapi, seandainya jawapan yang diluahkan di sini sebaliknya, iaitu lelaki yang bersalah, berkemungkinan Anda akan mengukir senyuman indah di wajah, terutama Anda yang bergelar wanita. Jangan nak berdalih mengenainya...

Bila mana saya menyangkal luahan kata yang diberikan di atas, dengan mengatakan lelaki yang bersalah, pasti adalah pula konon-konon bertindak rasional dengan mengatakan kedua-duanya yang bersalah, iaitu lelaki dan wanita. Cehhh! Adakah patut kedua-duanya dipersalahkan!

Mana boleh kedua-duanya yang bersalah. Mesti salah seorang yang bersalah sebab kalau tidak ada pemula, masakan ada pengakhirannya. Dalam erti kata lain, kalau ada yang memprovokasi, mesti ada reaksi.

Seumpama di awal percintaan sepasang kekasih. Kalau tiada yang memulakan, manakan pula menjadi sepasang kekasih. Kalau tiada yang bertanya, mana mungkin ada jawapan diterima.

Bagi yang lelaki, bila mana dipersalahkan di dalam hal-hal begini, ada kemungkinan besar mereka mendiamkan diri. Diam tidak bermaksud bersetuju dan tidak membuat apa-apa tindakan mengenainya. Sebenarnya ada tindakan yang mereka lakukan... Memang ada tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sekurang-kurangnya mencari yang baru pula. (*___*)

Untuk mengakhiri lakaran ini, saya ingin mengatakan bahawa realitinya, lelaki memang memerlukan wanita di dalam hidup mereka. Tanpa wanita, fikiran mereka akan sering berkecamuk dek tuntutan naluri. Tuntutan naluri yang sememangnya tersembunyi di dalam hati dan sanubari.

Sebab itulah, Anda yang bernama wanita, berhati-hatilah dengan mereka kerana mereka berupaya mencari Anda di mana sahaja Anda berada...

Opppsss... lakaran tadi sebenarnya tiada kena mengena dengan diri saya sebab saya teramat mengasihi dan menyayangi Isteriki Tercinta. Dia sememangnya wanita yang terlalu saya kasihi dan sayangi. Anda yang bernama wanita selain Isteriku Tercinta, usahlah pula menggoda saya kerana realitinya saya terlalu lemah bila dilanda musibah sebegitu rupa. Sungguh!

Saya terlalu lemah bila dipujuk rayu oleh insan yang bernama wanita... Itulah diriku, insan lemah yang bergelar Lelaki...

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Suara Hati, Jejaka Hensem, Berakhlak Rendah

Hari ini, saya terdorong berkongsi perasaan kasih dengan Anda. Perasaan yang muncul secara tiba-tiba di dalam hati sanubari saya pada ketika ini. Berkemungkinan juga Anda tidak dapat merasainya kerana saya tiada keupayaan luar biasa untuk mengajak Anda merasainya bersama.

Kepada NYA jua saya berserah.

Kalau Anda berupaya memahami contengan ini, bermakna kita sudah ada kesatuan hati...

Saya berdoa kepada Tuhan, Allah SWT agar Anda dilindungi sepanjang masa dan dikurniakan kebahagiaan serta kesejahteraan. Semoga Anda juga menjadi orang-orang yang hebat, soleh solehah, menjadi orang-orang yang bertakwa. Saya tidak memaksa Anda mendoakan saya kerana doa menuntut Keikhlasan.

Doa yang saya pohonkan tadi adalah jelmaan kasih yang kini menyelubungi hati yang saya miliki. Sebab itulah saya terdorong melakarkannya di sini, lalu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan untuk Anda. Sahabat yang saya kasihi kerana Dia, Tuhan Penguasa Alam Semesta.

Moga-moga titisan perasaan kasih begini berupaya dirasai oleh Anda yang memiliki akhlak mulia, seterusnya memahaminya...

Contengan ini saya tidak susun tatabahasanya dengan sempurna. Tidak dihiasi manik-manik kata yang bersinar-sinar. Sebab itu bila dilihat dengan mata, suram paparannya, sampai ke minda, jelek pula paparannya, meluat bila bertandang ke lubuk hati sanubari Anda.

Barangkali lebih parah, bila paparannya diterbalikkan oleh para syaitan durjana, perasaan meluat tadi menjadi perit pula. Kalau sampai ke minda, kecurigaan dan keras hati membuak-buak jelmaannya. Kepura-puraan dikatakan terserlah.

Kepada NYA jua saya berserah.

Ketahuilah bahawa saya memang memiliki kelemahan. Tidak mempunyai keupayaan untuk menghamburkan kata-kata bercahaya menyamai sinaran para malaikat. Barangkali cahaya yang diperhati di sini seumpama nyalaan api lilin sahaja, api dari sifat kejadian syaitan. Kurang Ajar! namanya.

Ketahuilah bahawa bahasa begitu terluah dari perasaan kasih yang menyimpan rahsianya tersendiri. Bahasa kurang ajar ada kala berkeupayaan menyedarkan mereka yang sedang leka dek fatamorgana dunia.

Sememangnya tidak menyamai bahasa sopan santun yang paparannya terlalu indah bila dipandang mata. Bila mana sampai ke hati, konon-konon kehitaman yang ada menjadi jernih semula. Heheheeee...

Realiti yang saya ingin beritahu ialah saya tidak memiliki keupayaan luar biasa di dalam menjelmakan aura kehebatan berkarya. Saya hanyalah insan biasa yang terlalu lemah, mengidamkan hamburan kasih sesama manusia.

Kepada Anda berakhlak mulia, bila mana berbicara dengan saya, usahlah cepat terasa kerana saya bukanlah pembimbing akhlak mulia. Sungguh! saya hanyalah seorang insan yang ingin berkongsi perasaan. Jauh sekali berperanan sebagai Muaddib. Barangkali bukan!

Tiada keupayaan begitu pada diri saya. Apa yang pasti, saya ingin menghamburkan kasih sayang sesama insan, dan meluahkan keimanan tentang kekuasaan Tuhan. Lebih-lebih lagi DIA memerhati sehingga jauh ke lubuk hati sanubari. Tidak perlu lah saya berpura-pura merasai dan menjiwai keimanan begini. Memang tidak!

Andai hamburan kasih yang saya lakukan menjadi sumpitan panah yang tajam, maafkanlah saya. Lebih-lebih lagi pancaran kasih itu menjadi perasaan meluat berapi-api, sekali lagi, saya pohon kemaafan.

Barangkali cahaya kemaafan dari saya, bila ditatap oleh Anda seolah-olah kabur pancarannya. Maklum sahajalah, karya terhasil dari insan yang biasa-biasa sahaja seperti saya.

Ketahuilah, bahawa saya mempunyai keupayaan yang memang terhad di dalam meneliti kesensitifan perasaan Anda. Saya hanya insan biasa yang ada kala juga terlalai menafsir kehidupan ini. Sebab itu, saya amat-amat memerlukan bimbingan NYA, juga sokongan dari Anda...

Harap-harap kasih yang tidak disusun sempurna ini Anda dapat fahami. Anda yang berakhlak mulia...

Terima kasih kerana masih sudi menelaah contengan-contengan saya yang ada di sini...

Bagi memenuhi permintaan sahabat, saya sambung lakaran ini dengan kisah jejaka yang hensem, tetapi berakhlak rendah. Terus sahaja menelaah contengan ini kerana ia saya ilhamkan khusus untuk Anda. Kisahnya begini...



Berakhlak Rendah
*******************


Sadis betul...
Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Kenapa abah tidak benarkan? Buat pengetahuan, ayah aku adalah jenis orang yang sibuk. Ahli perniagaan yang sentiasa sibuk. Ibu aku sudah tiada. Sudah lama meninggal dunia. Sedih sangat sangat...

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menyinari celah celah langsir tingkap. Rupanya jam sudah menunjukkan pukul 11:00 pagi.

Patutpun perut terasa lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilik mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin.

Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau abah aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru saja nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak abah aku balik.

Aikkkk, apahal ayah balik awal ni? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak ayah untuk benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila ayah aku buka sahaja pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, adik nak pakai tudung. Adik nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg.


Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Terjatuh aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... sampai hati daddy! Adik tau la daddy rasa malu kalau adik pakai tudung.

Salah ke kalau adik nak tutup aurat adik? Kalau abg-abg lain tak nak...." Pangggggggggggggggggggg....!

Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Adik jangan nak bagi abah malu yaaaa! Adik jangan nak buat pasai! Adik nak pakai tudung buat apa?

Dah 100 kali abah beritahu, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!!

Itu la, bila kelas agama, adik ponteng! Nama adik abah beri "Johari", tup tup lekat jadi "ZAZA" sahaja!

Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab abg-abg adik tu lelaki! Semua lelaki!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


p/s: Suria Hatiku, lakaran ini masih pendek lagikah?  (*___^)




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Thursday, 18 February 2016

Pengorbanan Suami...

Sebelum bertolak dari rumah untuk ke tempat kerja, ada baiknya saya lakarkan secebis kisah pengorbanan seorang suami untuk isterinya. 

Kisah ini hanya sesuai untuk mereka yang telah berumur 18 tahun ke atas sahaja. Sekiranya Anda masih di bawah umur itu, usah di baca lakaran ini sampai habis. Tetapi sekiranya umur Anda sudah melepasi tahap 18 itu, teruskan sahaja pembacaan Anda.

Kisahnya seperti ini;


Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun.

Dalam perjalanannya melarikan diri, dia telah terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk ke dalamnya untuk mencari duit.Tetapi yang ditemukannya hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi.

Kemudian, sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya:

Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu...


Jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Banduan ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi, bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang..

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas,

Dia bukannya mencium leherku. Tetapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni gay dan katanya abang sungguh seksi sekali dan dia bertanya di mana saya simpan bodylotion?


Saya jawab di bilik mandi. Saya rasa dia ingin melakukan hubungan seks dengan abang, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan… Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga..


(^____^)

"Selamat bertolak ke tempat kerja"

******

Baca selanjutnya, Klik di sini...