Showing posts with label dosa. Show all posts
Showing posts with label dosa. Show all posts

Friday, 26 February 2016

Kisah Wanita Pelacur...

Mungkin Anda terkejut selepas melihat tajuk yang saya gunakan dalam lakaran kali ini. Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsikan kisahnya dengan Anda. Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Kisah Wanita Pelacur ini sememangnya telah menjadi cerita yang amat penting di dalam saya menjalani kehidupan harian.

Kisahnya telah mengingatkan saya agar sentiasa berhati-hati apabila menyuluh sesuatu di dalam dunia ini. Ia memberikan banyak ikhtibar dan juga mengajar kepada saya agar sentiasa waspada dengan sesiapapun jua.

Sebenarnya kisah wanita pelacur ini telah diceritakan di dalam beberapa Kitab yang pernah saya telaah suatu masa dulu.


Dulu, saya memang suka membaca buku-buku agama terutama karangan Imam Al-Ghazali, kitab yang masih ada dalam simpanan saya bertajuk Bimbingan Mu’minin. Begitu juga kitab terjemahan Shahih Muslim, masih ada saya simpan.

Kedua-dua buku itu ada di jual di kedai-kedai buku agama. Carilah kalau Anda memang berminat membongkar sesuatu mengenai cahaya-Nya. Tuhan Penguasa Alam.

Di dalam buku yang saya pernah baca, diceritakan bahawa ada seorang wanita yang semasa hidupnya telah melacurkan diri.


Seorang perempuan yang dinamakan sebagai Pelacur. Suatu ketika, dia telah terjumpa seekor anjing yang sedang dalam kehausan. Apabila melihat keadaan anjing itu, perempuan pelacur itu berusaha memberikan minuman kepada anjing yang sedang dalam kehausan itu. Dia melakukannya dengan penuh rasa kesian dan keikhlasan untuk membantu makhluk-Nya.

Anda nak tahu apa yang berlaku seterusnya? 


Perempuan pelacur itu telah dianugerahkan Syurga-Nya. Dengan ungkapan lain, dia telah berjaya dalam ujian kehidupan dunia.

Dikisahkan di dalam buku itu bahawa keikhlasannya membantu seekor anjing tadi telah menyebabkan Allah redha kepadanya dan memberikannya ganjaran Syurga-Nya. Kenikmatan hidup, kekal selama-lamanya.

Kisah wanita pelacur yang saya coretkan ini adalah untuk Kita fikir-fikirkan bersama. 


Mungkin pada zahirnya dilihat seolah-olah tidak adil bukan? Tetapi siapalah Anda mempersoal tentang kekuasaan NYA. Sesungguhnya DIA MAHA MELIHAT dan MAHA MENGETAHUI akan segala sesuatu yang telah diciptakan di dunia ini. Ketahuilah juga bahawa semua nikmat yang sedang dikecapi sekarang adalah kurniaan-Nya. Begitulah keimanan yang saya ada.

Sebab itu, kisah Wanita Pelacur ini amat dekat di hati saya. Ia telah mengajar saya agar sentiasa berusaha melakukan sesuatu yang boleh membuatkan DIA redha terhadap perbuatan yang saya lakukan.

Mungkin di mata sesetengah di kalangan Kita melihat bahawa kegagalan hidup di dunia ini sebagai sesuatu yang jelek dan perlu dijauhi. 


Tetapi hakikatnya, mungkin daripada ujian itu akan membuatkan DIA redha dan memberikan anugerah Syurga-Nya seperti mana yang telah berlaku kepada Wanita Pelacur itu.

DIA sememangnya mengetahui segala rahsia, apatah lagi yang tersembunyi di dalam hati setiap kita, pasti diketahui NYA...


Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Ada seorang wanita pezina melihat seekor anjing di hari yang panasnya begitu terik. Anjing itu menngelilingi sumur tersebut sambil menjulurkan lidahnya karena kehausan. Lalu wanita itu melepas sepatunya (lalu menimba air dengannya). Ia pun diampuni karena amalannya tersebut.” 
(HR. Muslim no. 2245).


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Perkara Lalu yang Sukar Di Padam... Kaedah Rawatannya...

Sebentar tadi, saya telah kongsikan dengan Anda mengenai peristiwa lalu yang sering tergambar di ruangan minda. Dan kali ini, saya kongsikan pula kaedah perawatannya. Mungkin tidaklah seratus-peratus mujarab untuk Anda, tetapi barangkali bolehlah dicuba.

Setiap perkara yang telah dilakukan tidak akan ada ulangannya. Semua yang telah berlaku akan terus menjadi sejarah silam. Sejarah silam yang akan terus beralun bersama putaran masa. Hanya yang betul-betul terkesan yang akan sekali-sekala terpapar di ruangan minda. Manakala yang tidak memberikan kesan apa-apa, gelombangnya akan terus beralun bersama-sama lipatan masa.

Ketahuilah bahawa semua yang telah berlaku akan ditemui semula di alam barzakh. Masing-masing akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan semasa kehidupan dunia. Kalau gelombang perlakuan itu berwarna putih berseri, Jiwa Sanubari kelak gembira dan amat seronok melihatnya.


Tetapi andai gelombang perlakuan itu berwarna kelabu, hitam atau barangkali hitam legam, maka Jiwa Sanubari akan menjadi risau, tidak tenteram, kelak sentiasa dihantui perasaan rasa bersalah sepanjang masa. 

Mungkin juga Jiwa Sanubari di alam barzakh kelak menggigil ketakutan selepas melihat kehitaman perlakuan silam semasa di dunia. Bersediakah menghadapinya nanti?

Kalau tidak bersedia, marilah bersama-sama dengan saya mencuba kaedah perawatan untuk memadam perlakuan-perlakuan yang berwarna kelabu dan hitam legam itu. 

Caranya ialah dengan menghadap dan memohon keampunan dari-NYA. DIA yang saya kenali Tuhan Penguasa Alam Semesta, yang saya imani, Allah SWT...


Marilah kita memohon keampunan dari-NYA dengan BERDOA.

DOA adalah salah-satu daripada kaedah menghapuskan gelombang-gelombang perlakuan yang sedang beralun, berwarna kehitaman atau dikenali juga sebagai Dosa. Moga-moga gelombang DOA dapat meneutralkan gelombang Dosa seterusnya menghentikan alunannya supaya Kita tidak menemuinya di alam barzakh.

Oleh itu, sama-samalah Kita menebarkan jerangkap alunan DOA agar gelombang-gelombang Dosa yang telah berkeliaran dapat dihapuskan pergerakannya.

Ketahuilah bahawa Allah SWT telah berpesan bahawa di antara manusia yang amat dikasihi dan disayangi NYA ialah bila mana melakukan Dosa, mereka akan cepat-cepat memohon keampunan dari-Nya...


(~___~)





Baca selanjutnya, Klik di sini...