Sebentar tadi, saya telah kongsikan dengan Anda mengenai peristiwa lalu yang sering tergambar di ruangan minda. Dan kali ini, saya kongsikan pula kaedah perawatannya. Mungkin tidaklah seratus-peratus mujarab untuk Anda, tetapi barangkali bolehlah dicuba.
Setiap perkara yang telah dilakukan tidak akan ada ulangannya. Semua yang telah berlaku akan terus menjadi sejarah silam. Sejarah silam yang akan terus beralun bersama putaran masa. Hanya yang betul-betul terkesan yang akan sekali-sekala terpapar di ruangan minda. Manakala yang tidak memberikan kesan apa-apa, gelombangnya akan terus beralun bersama-sama lipatan masa.
Ketahuilah bahawa semua yang telah berlaku akan ditemui semula di alam barzakh. Masing-masing akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan semasa kehidupan dunia. Kalau gelombang perlakuan itu berwarna putih berseri, Jiwa Sanubari kelak gembira dan amat seronok melihatnya.
Tetapi andai gelombang perlakuan itu berwarna kelabu, hitam atau barangkali hitam legam, maka Jiwa Sanubari akan menjadi risau, tidak tenteram, kelak sentiasa dihantui perasaan rasa bersalah sepanjang masa.
Mungkin juga Jiwa Sanubari di alam barzakh kelak menggigil ketakutan selepas melihat kehitaman perlakuan silam semasa di dunia. Bersediakah menghadapinya nanti?
Kalau tidak bersedia, marilah bersama-sama dengan saya mencuba kaedah perawatan untuk memadam perlakuan-perlakuan yang berwarna kelabu dan hitam legam itu.
Caranya ialah dengan menghadap dan memohon keampunan dari-NYA. DIA yang saya kenali Tuhan Penguasa Alam Semesta, yang saya imani, Allah SWT...
Marilah kita memohon keampunan dari-NYA dengan BERDOA.
DOA adalah salah-satu daripada kaedah menghapuskan gelombang-gelombang perlakuan yang sedang beralun, berwarna kehitaman atau dikenali juga sebagai Dosa. Moga-moga gelombang DOA dapat meneutralkan gelombang Dosa seterusnya menghentikan alunannya supaya Kita tidak menemuinya di alam barzakh.
Oleh itu, sama-samalah Kita menebarkan jerangkap alunan DOA agar gelombang-gelombang Dosa yang telah berkeliaran dapat dihapuskan pergerakannya.
Ketahuilah bahawa Allah SWT telah berpesan bahawa di antara manusia yang amat dikasihi dan disayangi NYA ialah bila mana melakukan Dosa, mereka akan cepat-cepat memohon keampunan dari-Nya...
(~___~)
Friday, 26 February 2016
Perkara Lalu yang Sukar Di Padam... Kaedah Rawatannya...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment