Friday, 26 February 2016

Ilmu Cahaya... 1

Akhir-akhir ini, banyak sangat tugasan yang perlu saya selesaikan, seolah-olah menjadi Bonus Tahunan yang harus saya rasai, walaupun realitinya, Sasaran Kerja Tahun lalu saya telah capai.

Memandangkan saya ingin mengajak Anda merasai Kesusahan dan Kecelaruan Minda yang saya rasai ketika ini, barangkali perlu juga saya lontarkan kepada Anda mengenai "Cahaya", berkenaan menyelongkar rahsia "Ilmu Cahaya".

Ilmu Cahaya merupakan salah satu topik kegemaran saya bila berkomunikasi dengan rakan-rakan. Lebih-lebih lagi rakan-rakan yang saya baru kenali.

Juga memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, barangkali inilah kesempatan saya untuk menyatakan kepada Anda secebis mengenai "Rahsia Ilmu Cahaya". Moga-moga adalah manafaatnya kepada Anda...

Seperti yang Anda maklumi, menonton filem-filem menarik adalah salah satu daripada kegemaran saya di dalam menjalani kehidupan. Tak kiralah filem itu hasil karya yang disebut sebagai Malaywood, Bollywood, Hollywood, Koreanwood, Thaiwood atau lain-lain filemwoods, pasti akan saya tonton.

Terutama filem-filem yang dihasilkan oleh pengkarya-pengkarya hebat!.

Seketika ini, minda saya cuba mengingati sebuah filem yang menjadi kegemaran saya semasa di bangku sekolah dahulu, iaitu diberi judul "Back To The Future".

Filem itu mempunyai perkaitan dengan "Ilmu Cahaya" iaitu memaparkan keupayaan manusia menjelajah ke zaman silam dan zaman akan datang dengan bantuan Alat Ciptaan Manusia yang dinyatakan Berkelajuan Seperti Cahaya, Sepantas Kilat.

Sekarang ini pun, telah banyak filem-filem sedemikian dihasilkan, di mana manusia boleh meneroka zaman akan datang dan zaman lalu...

Saya secara peribadi tidak menafikan kebenaran filem sedemikian dan sesungguhnya menyakininya.

Anda pula bagaimana?

Percayakah Anda bahawa bila mana manusia mempunyai keupayaan Sepantas Kilat, atau memiliki kelajuan seumpama Cahaya, maka manusia tersebut akan berupaya menjelajah Zaman akan datang dan Zaman yang telah berlalu...

Sama ada Anda percaya atau tidak, itu pilhan Anda sendiri. Saya sememangnya tidak berupaya memaksa Anda mempercayainya. Apatah lagi menyakinkan Anda sebagaimana keyakinan yang saya ada. Memang sukar sebenarnya...

Namun, yang pasti, dengan adanya "Cahaya", kita telah mampu melihat segala keindahan dunia. Lebih-lebih lagi andai yang diguna adalah pancaran "Cahaya Ilahi".


Katakanlah: "Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar (secara memahami dan menerima kebenaran)?" 
(Al-Qasas, 28: 71)



"...Cahaya berlapis Cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki Nya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 
(An-Nur, 24: 35)

0 comments :

Post a Comment