Lakaran yang saya paparkan di bawah adalah antara lukisan hati yang pernah saya hasilkan untuk tatapan Isteriku Tercinta dahulu. Dek berbincang-bincang dengan sahabat lama sebentar tadi melalui aplikasi whatsapp, terdorong pula saya menyelongkarnya kembali. Saya ingin kongsikan dengannya, Sahabat lama saya, Suriani namanya... tauke kek popular, sudah ramai pelajar berguru dengannya (^___^)
Lakaran yang saya kongsikan dengannya memaparkan begini;
Baru sebentar tadi aku menghantar sms kepadanya yang berbunyi
I LOVE YOU...
I LOVE YOU...
I LOVE YOU...
Entahlah, apa kena pula angin aku petang-petang begini terfikir menghantar sms seperti itu. (^___^)
Yang pasti, memang terkadang aku menghantar sms berbunyi seperti itu. Bukanlah selalu, tetapi kadang-kadang sahaja, itupun bilamana aku merasa amat merinduinya...
Sebenarnya tengahari tadi selepas solat jumaat, aku telah makan tengahari bersamanya. Kalau ada kelapangan, pasti akan aku makan dengannya. Itu sudah pasti kerana aku memang mengaturkannya begitu.
Kecualilah ada hal-hal tertentu yang aku tidak dapat elakkan, maka aku akan beritahu kepadanya. Itulah sebenarnya diriku yang sedang bercinta dengan wanita yang aku kasihi dan sayangi ini.
Sedang aku minum petang di dalam ofisku ketika ini jam menunjukkan pukul 4.50 petang, aku terasa amat merinduinya pula. Sebab itulah aku menghantar sms yang berbunyi seperti ini
I LOVE YOU...
I LOVE YOU...
I LOVE YOU...
Memang aku amat-amat mengasihi dan menyayanginya.
Kebiasaanya, bila aku berehat-rehat di waktu petang begini, akan adalah rakan-rakan menemaniku, tetapi petang ini, tiada pula yang sudi meluangkan masa mereka untuk menemaniku berehat-rehat seketika, sebelum balik ke rumah.
Barangkali mereka terlalu sibuk dan ada urusan lain, sebab itu tidak dapat meluangkan masa bersama-sama duduk denganku. Tetapi tak mengapalah, sebab aku mengambil keputusan untuk duduk sahaja di dalam ofisku ini sambil-sambil bercerita dengan Anda...
Petang ini aku minum segelas nescafe 3 in 1 yang dibekalkan oleh wanita yang aku kasihi dan sayangi itu. Katanya mudah disediakan. Begitulah caranya menjaga makan dan minumku...
ermmm... Entahlah apa pula yang akan difikirkannya nanti bila menerima sms itu petang ini.
Adakah dia akan tertanya-tanya dan terfikir apa sudah terjadi kepada aku ketika ini? Atau barangkali dia akan gembira menerimanya?
Memanglah aku tidak pasti. Mudah-mudahan dia akan suka menerimanya nanti.
Kebiasaanya bila aku menghantar sms begitu, dia akan membalasnya dengan segera sambil memberikan sesuatu yang membuatkan hati aku juga merasa riang gembira. (*___*)
Memang aku tidak tahu apa reaksinya selepas membaca sms itu petang ini.
Sehingga kini, aku masih belum menerima sebarang balasan sms darinya lagi. Akan aku beritahu apabila mendapat smsnya itu nanti.
Hahhh! Panjang umur, sampai pun balasan sms darinya yang berbunyi....
Opsss....Tak perlulah Anda tahu sebab itu rahsia aku dengannya. Heheheeee....
Apa yang pasti, dia memang aku kasihi dan sayangi. Dialah wanita yang aku namakan sebagai Isteriku Tercinta.
Moga-moga cinta yang aku jalinkan dengannya akan mendapat keredhaan dari NYA jua, In Sha Allah...
Monday, 22 February 2016
Wanita Selembut Sutera, Perlu Pelihara Sebaiknya...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment