Kalau Anda peminat filem allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, pasti Anda masih ingat pelbagai gaya lakonannya. Beberapa filem arahannya, memaparkan perasaan sedih dan lebih banyak yang membuatkan kita bergelak ketawa.
Sememangnya bermacam-macam adegan yang dipaparkan di dalam filem-filemnya. Banyak juga yang menyimpan khazanah ilmu sebenarnya. Menuntut untuk ditafsir minda sebaiknya. Itupun andai berusaha memahami dan menafsir adegan yang dipaparkannya. Bukan sekadar menonton dan menikmati hiburan dari penglihatan mata sahaja.
Apa salahnya sekali-sekala apabila menonton filemnya, gunakan minda untuk memahami yang tersirat di sebalik setiap ceriteranya. Mungkin ada manafaatnya, (*___^)
Bagaimanapun, di dalam lakaran ini, saya sebenarnya ingin berkongsi mengenai kehebatan peranan wanita di dalam kehidupan seorang lelaki bersandarkan filem arahannya.
Sengaja saya membuka awalan coretan ini dengan filem lakonan allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee kerana ada satu babak yang masih segar diingatan saya khususnya selepas melakar kisah suami isteri, perkahwinan dan perceraian, beberapa hari yang lalu.
Peranan wanita di dalam menyelesaikan masalah seorang lelaki tidak dapat disangkal kehebatannya.
Sungguh! Wanita sememangnya hebat bila berperanan mengiringi kehidupan seorang lelaki. Apatah lagi lelaki yang ditimpa pelbagai masalah dan kecelaruan minda. Pasti aura kehebatan seorang wanita akan terserlah. Bersinar-sinar cahayanya. Itulah yang saya alami hari ini (*__*)
Saya tidak menafikan bahawa kadang kala saya juga menghadapi masalah, tetapi nasib baik Isteriku Tercinta ada di sisi, tidak serik-serik untuk terus menemani dan menunjukkan kehidupan duniawi yang sedang dilalui ketika ini. Sebab itulah juga saya amat mengasihi dan menyayanginya, Isteriku Tercinta.
Berbalik pada filem allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, Anda nak tahu babak yang saya maksudkan? Ia terkandung di dalam filem Pendekar Bujang Lapok, babak di mana ketiga-tiga pendekar sedang ditarbiyah oleh Tok Guru mereka agar menjadi seorang lelaki tabah penuh kesabaran di dalam menghadapi pelbagai dugaan.
Sebelum ketiga-tiga bakal pendekar itu bertapa, mereka telah dipesankan oleh Tok Guru agar menghadapi pelbagai ujian dan cabaran dengan penuh kesabaran dan tidak perlu takut dengan pelbagai rintangan. Bila mana menghadapi ketakutan dan masalah, ungkapkan sahaja "Cooobbbaaannn". (^___^)
Babak yang amat menarik perhatian saya ialah bila mana anak Tok Guru ketika berada di rumah telah diculik oleh para musuh. Tok Guru terpaksa memohon bantuan ketiga-tiga anak muridnya yang sedang bertafakur di bawah sepohon pokok. Tok Guru menjelaskan kepada mereka bahawa anak perempuannya sudah diculik dan dilarikan oleh para musuhnya dan memohon pertolongan mereka bertiga.
Namun, ketiga-tiga bakal pendekar hanya membalas rayuan Tok Guru mereka dengan mengungkapkan "Cooobbbaaannn". (^___^)
Banyak kali Tok Guru menjelaskannya tetapi tetap dibalas oleh ketiga-tiga anak muridnya dengan ungkapan "Cooobbbaaannnn".
Kehebatan wanita akhirnya diserlahkan oleh allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee di dalam babak yang saya maksudkan apabila Isteri kepada Tok Guru terpaksa mengambil peranan dan menyebarkan aura kehebatannya dengan menjelaskan satu-persatu kepada ketiga-tiga bakal pendekar terbabit.
Dengan sekali sahaja penjelasan, wanita yang merupakan isteri kepada Tok Guru itu berjaya menyedarkan ketiga-tiganya dari lamunan dan dari ajaran Tok Guru yang tak tentu pasal. (@__@)
Kalau Anda ingin menghayati babak lakonan yang saya maksudkan, tonton sahaja paparan youtube di bawah;
Coretan ini sengaja saya lakukan selepas membaca satu laporan berita mengenai kelalaian dan kealpaan seorang lelaki yang sudah tersalah tafsir mengenai kehidupan duniawi.
Sebab itulah sering kali saya mengingatkan bukan sahaja Anda, tetapi saya juga bahawa peranan minda seharusnya digunakan sebaik-baiknya. Usahlah dianggap semua perkara berkeadaan positif sahaja.
Positif tidak semestinya baik di dalam satu-satu perkara dan begitu juga halnya dengan yang negatif, tidak semestinya buruk hasilan akhirnya. Sememangnya hanya DIA yang mengetahui segala-galanya, rahsia kehidupan dunia yang harus dilalui ujiannya ketika ini.
Opppsss... Apa yang ingin saya katakan ialah sebenarnya peranan seorang wanita terlalu hebat auranya. Itupun seandainya lelaki menghargai dan memahaminya. Lebih-lebih lagi wanita yang sedang mendampingi lelaki, pasti dapat mengecapi bersama, kenikmatan syurga dunia...
0 comments :
Post a Comment