Friday, 26 February 2016

Lupakan Perkara Lalu

Kali ini saya ingin kongsikan dengan Sahabat, sesuatu mengenai kisah silam yang telah terukir di minda. Masa silam yang manis dan ada pula yang pahit. Mungkin juga ada yang masam dan yang terlalu kelat!.

Semuanya itu apabila tergambar kembali di lakaran minda, akan mengukir pelbagai rupa wajah. Rupa wajah daripada kisah silam yang telah dilalui.

Hanya yang cekal dan tabah dapat memaparkan wajah disebalik gambaran kenangan lalu. Dan ketahuilah bahawa masa yang lalu pasti tidak akan kembali lagi. Ia akan terus mengalunkan gelombangnya sehingga Anda menjumpainya semula, di alam barzakh.

Apa yang penting, jadikanlah kenangan lalu sebagai pedoman untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Untuk membina kembali Matlamat Hidup yang ingin dikecapi. Andai masih mengambarkan kenangan lalu di minda, pemikiran akan lebih terarah ke sana sentiasa. Oleh itu, Anda kelak akan lalai mengapai matlamat kehidupan seterusnya.

Nasihat saya, jangan terlalu memikirkan apa yang telah berlaku, tetapi fikirkan apa yang harus dilakukan sekarang untuk memperbaiki kisah yang lalu. Jadikanlah yang lalu itu sebagai pedoman untuk Kita bersama-sama mengejar kejayaan kehidupan seterusnya.


0 comments :

Post a Comment