Tuesday, 16 February 2016

Kisah Seorang Doktor...

Sebelum melelapkan mata malam ini, saya menyempatkan secebis lakaran untuk tatapan Anda, juga buat sahabat lama saya yang kini telah bergelar Doktor Perubatan. Pakar dalam hal-hal penyakit kekeluargaan. Entah betul tidak, terma yang saya gunakan ini, Penyakit Kekeluargaan. Heheheee...

Dia, sahabat lama yang memang saya kasihi, sejak dulu lagi, semasa sekolah rendah, tahun 1983. Tetapi kini, dia sudah menjadi seorang wanita ayu, mempersona. Tak perlulah saya panjangkan puji-pujian untuknya... Bahkan namanya pun, tak perlulah saya beritahu kepada Anda. (*___*)

Petang tadi, saya telah berjanji dengannya akan mencoretkan malam ini kisah mengenai kerjaya doktor, di sini. Saya beritahu, selepas bersukan badminton malam ini, akan saya luangkan masa untuk melakarkan secebis kisah mengenai kerjaya doktor, khusus untuknya.

Ermmm... ada pelbagai kisah mengenai kerjaya doktor yang saya pernah baca sebelum ini. Tetapi untuk coretan kali ini, ada dua kisah yang saya kongsikan dengan Anda, juga saya dedikasikan buat Sahabat lama, seorang doktor perubatan, Wanita Ayu Mempersona...



Kisah 1:

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung.

Upacara pengkebumian untuk memperingati doktor jantung itu berjalan dengan lancar.

Sebulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang telah berlaku sebulan yang lalu, ahli keluarga doktor pakar mata pula sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di atas kuburnya bagi mengenang jasanya.

Upacara pengkebumian juga berjalan dengan lancar.

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang doktor yang masih merenung sendirian di pinggir makam doktor mata tadi. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya, lalu memberikan nasihat untuknya.

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata doktor itu.

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata doktor yang merenung tadi.

"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor yang memberi nasihat.

"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata doktor itu. "Mengapa pula ?" tanya doktor yang satu lagi.

"Sayakan seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap doktor itu sugul...



Kisah 2:

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar di bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang- kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry"

Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki"

Mereka hampir bergaduh pasal hal itu.

Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya saja orang tua itu?"

Pelajar B pun bersetuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Errmmmm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ... errrmmm pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Errmmmm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...


(^___^)

Jom tidur awal. Esok kerja...


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Robot Pembohong...

Seperti kebiasannya, sebentar tadi saya kongsikan sebuah kisah untuk menghiburkan hati Isteriku Tercinta, sementara menunggu dia menghidangkan sarapan pada pagi ini.

Anda nak tahu kisah yang saya kongsikan dengannya? Sebentar tadi saya hantar kepadanya melalui aplikasi whatsapp sebenarnya. Nah, saya paparkan kisahnya di bawah, untuk tatapan Anda;

********

Safarudin adalah seorang pekerja terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Safarudin dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi, barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Safarudin.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!

“Maaf ayah… saya baru habis menonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita cinta, ayah, Dilwale”.

*PLANG* robot itu menampar sekali lagi.
“Katakan dengan jujur cerita apa?!” tanya Safarudin...
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu, bertambah marahlah Safarudin.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam ini.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Safarudin kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata…

“Huh, sama sahaja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Safarudin sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…

Lalu, semua terdiam…

Baca selanjutnya, Klik di sini...

Monday, 15 February 2016

Usah Tunjuk Kemaluanmu...

Sekarang jam menunjukkan pukul 10.29 malam. Dan saya masih belum melelapkan mata. Isteri dan Anak-Anak semua, sudah masuk ke bilik masing-masing dua jam yang lalu. Tinggal lagi, saya seorang masih berada di ruang tamu ini. Rumahku Syurgaku...

Barangkali ada baiknya juga saya bercerita dengan Anda dahulu, sebelum masuk ke kamar tidur. Sebuah kisah gurauan suami isteri, petang tadi. Heheheee

Sampai sahaja di rumah petang tadi, iaitu selepas pulang dari bekerja, Isteriku telah menghidangkan pisang goreng cheese berserta teh o panas, untuk santapan petang, kononnya. Walhal, jam telah menunjukkan jam 7.00 malam. Isteriku memang selalu menghidangkan minuman selepas saya pulang dari berkerja.

Semasa berbual-bual dengannya, disamping Anak-Anak petang tadi, seperti biasa, Isteriku menghantar whatsapp, gurauan suami isteri. Anda nak tahu.apa gurauannya, Nah..., baca sahaja lakaran di bawah;

Menurut ahli Jiwa :

Memendam suatu perasaan emosi, sedih, marah, malu, itu kurang bagus untuk perkembangan otak dan kesihatan mental.

Maka :

- Apabila kamu marah, keluarkan kemarahanmu!

- Apabila kamu sedih, keluarkan kesedihanmu!

- Apabila kamu kesal, keluarkan kekesalanmu!

- Tapi ingat!!!... apabila kamu malu, jangan keluarkan kemaluanmu…..

( Ingat yaa.. Jangan pernah lakukan itu..!!! Menunjukkan kemaluanmu...)

Itulah gurauan suami isteri...

Tiba-tiba pula rasa mengantuk sekarang ini. Bah, saya ke kamar tidur dulu... Salam buat Anda, Sahabat yang saya kasihi kerana Dia...



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Teknik Mencari Jodoh (2)

Coretanku kali ini mengisahkan seorang adik perempuan yang berusaha memikat hatiku. Ketika itu dia masih lagi belajar, sama sepertiku tetapi bezanya, dia di peringkat sarjana muda. Aku pula, sedang berusaha menyiapkan tesis Sarjana. Penyelidikan sains biologi sebenarnya. Umurku ketika itu lebih sedikit berbanding adik perempuan yang akan aku ceritakan ini. Tak silap umurku ketika itu baru mencecah 27 tahun. Heheheee...

Kisahnya bermula apabila seorang rakanku menyatakan ada adik perempuan meminatiku. Ketika dikhabarkan begitu, aku buat-buat tak peduli. Buat-buat tak dengar dan berpura-pura tidak percaya. Sebenarnya, aku sering juga berbuat begitu dengannya kerana banyak kali dia memberitahu kepadaku…

Walaupun aku buat-buat tak peduli, rakanku terus-menerus dan bersungguh-sungguh memberitahu kepadaku...

Sebenarnya rakanku ini lebih berumur dariku. Dia merupakan seorang cikgu, berasal dari Sarawak dan telah pun mendirikan rumah tangga, mempunyai anak yang aku tak pasti berapa jumlahnya.

Rakanku ini memang baik dan peramah. Aku pun sudah lupa bagaimana aku mula berkenalan dengannya. Tetapi yang pasti, dialah yang telah berusaha membantu adik perempuan yang aku maksudkan. Menurut rakanku, adik perempuan itu suka bertanya mengenai diriku. Rakanku dengan adik perempuan itu adalah coursemate sebenarnya. Mereka berdua seprogram pengajian. Program Ijazah Sarjana Perguruan. 

Suatu hari, rakanku memberitahu bahawa adik perempuan itu selalu bertanya tentangku dan dia ingin berjumpa denganku. Dia juga berharap agar tiada yang tahu tentang perjumpaan itu, kecuali rakanku yang berperanan sebagai orang tengah.

Seperti biasa, selepas mengetahuinya, aku mengiyakan sahaja usaha-usaha begitu. Dan aku juga memberitahu kepada rakanku agar dia hadir semasa perjumpaan itu nanti.

Masih aku ingat perjumpaan yang dirancang ketika itu lebih kurang pukul 7.30 malam, bertempat di dalam makmal penyelidikanku.

Biasalah, ketika aku melaksanakan kajian sarjanaku, aku sentiasa balik lewat ke rumah. Kadang kala aku bermalam di hostel rakan-rakanku yang lain, sampai berhari- hari lamanya. Al-maklum, ketika itu aku tidak memiliki kenderaan sendiri. Kadang juga rakan-rakanku yang lain, sanggup membantuku. Mereka sanggup menghantarku balik ke rumah walaupun sudah lewat jam satu atau dua pagi biasanya.

Berbalik ceritaku tadi, aku masih ingat bagaimana perjumpaan itu berlaku. Adik perempuan bersama rakanku memasuki makmal penyelidikanku dengan mendahulukan salam.

Aku perhatikan adik perempuan itu seolah-olah malu, dan ada jugalah merah-merah di wajahnya. Dengan selamba, aku memberitahu kepadanya, tak perlu malu-malu. Aku berkata begitu untuk memberikan kekuatan kepadanya, kononnya... walhal, aku juga pemalu sebenarnya. Heheheee

Rakanku yang membantu perkenalan itu, sempat melontarkan senyumannya kepada kami, lalu memohon izin untuk menunggu di luar makmal.

Akhirnya, aku, bersama adik perempuan itu bersembang-sembang dan berkenal-kenalan, sambil-sambil aku melakukan kerja-kerjaku dan adik perempuan itu duduk di atas bangku.

Opsss… tak perlulah aku cerita panjang-panjang perbualan kami ketika itu. Lagipun sebenarnya aku dah tak ingat apa yang kami telah bualkan sepanjang lebih-kurang dua setengah jam lamanya, tak silap aku.

Sebenarnya, aku menolak pelawaannya kerana aku belum bersedia. Seperti biasa, aku memberitahu bahawa aku tidak akan bercinta selagi belum bernikah.

Akhirnya dia memahami dan mengucapkan terima kasih kerana berterus terang seperti itu… 

Perjumpaan itu sememangnya tidak sia-sia kerana kami akhirnya berkenal-kenalan di antara satu.

Aku mengenalinya dan mungkin juga dia telah mengenaliku. Walaupun aku sudah lupa beberapa perkara yang telah dibualkan, tetapi yang pasti, sekiranya adik perempuan itu muncul di hadapanku, mungkin jugalah aku akan ingat kembali. heheheee

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). 
(Al-Hujraat, 49: 13)

Tahniah buat rakanku yang telah membantu adik perempuan itu. Sememangnya peristiwa itu memberikan aku pelajaran antara teknik yang boleh dipraktikkan untuk mencari Jodoh.

Memang aku juga mempraktikan apa yang adik perempuan itu telah lakukan. Akan aku kisahkannya kepada Anda, kerana seperti kisah pertama, Teknik Mencari Jodoh (1), selepas beberapa bulan, aku juga menerima kad jemputan kahwin yang tertera nama adik perempuan itu. 

Aku tumpang gembira di atas kejayaannya bertemu jodohnya. Aku mendoakan semoga dia berbahagia sepanjang masa bersama suaminya. In Sha Allah.




Baca selanjutnya, Klik di sini...

Sunday, 14 February 2016

Berkahwin dengan Diri-Sendiri...

Masa terluang ini, digunakan untuk Anda, Anda yang saya kasihi kerana Dia. Saya ingin menconteng-conteng di sini mengenai persoalan di bawah,

Sudikah saya mengahwini diri-sendiri?

Soalan itu, Anda perlu jawab sendiri. Sebabnya, selain perkara-perkara positif yang terzahir di minda, perkara-perkara negatif juga turut terpapar sebenarnya. Adakah Anda teringin berkahwin dengan diri sendiri?

Persoalan itu sebenarnya menghuraikan tentang kesudian diri-sendiri mengahwini individu lain, yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti mana yang ada pada diri Anda. Maksudnya, sifat-sifat baik dan buruk adalah bersamaan dengan yang ada pada diri sendiri. Adakah Anda akan sudi menerimanya menjadi pasangan hidup?

Persoalan itu telah memberikan sedikit kefahaman kepada saya, mengenai perlunya menghisab diri-sendiri.

Sekarang terpulang kepada Anda untuk berfikir mengenainya. Adakah Anda sudi menerima orang yang mempunyai persamaan ciri-ciri sepertimana yang Anda miliki?. Sifat-sifat positif dan negatif.

Hasil penelitian saya, memang ramai yang tidak sudi memandangkan mereka mengetahui keburukan diri-sendiri.

Ermm… dalam hal ini, berani saya mengatakan bahawa siapapun Anda, selagi mana Anda bergelar insan, sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Masing-masing insan ada kehebatan dan kekurangannya. Selagi bernama manusia, pasti tiada yang sempurna.

Ketahuilah bahawa itulah perbezaan di antara manusia, malaikat dan syaitan. Antara makhluk ciptaan Tuhan.

Amat rugilah andai Anda tidak menamatkan zaman bujang dek ingin mencari pasangan hidup yang betul-betul sempurna perwatakannya. Sampai kiamatlah jawabnya Anda tidak akan berkahwin... heheheee

Ketahuilah bahawa setiap insan ada kehebatan dan kekurangannya. Sememangnya tiada yang sempurna, dan dari kekurangan itu sepatutnya Anda bersama-sama memperbaiki dan mempertingkatkan diri agar kelak menjadi lebih sempurna, menjadi lebih baik dari sebelumnya. 

Setelah bernikah Anda mesti berkerjasama bersama-sama memperbaiki kekurangan masing-masing supaya meningkat ke tahap yang lebih baik daripada sebelumnya.

Itulah hakikat kenapa Anda perlu berumahtangga,mencari jodoh sendiri. Supaya kelak Anda menjadi manusia yang lebih sempurna...

Bukan sahaja sempurna di dunia, tetapi, sehingga ke Jannah... In Sha Allah.





Baca selanjutnya, Klik di sini...