Saturday, 27 February 2016

Kisah Campur Campur Lawak Pagi

Pagi ini, saya ingin berkongsi beberapa koleksi cerita dengan Anda. Semoga Anda terhibur bila membacanya...


Suami Pilot Profesional

Suatu hari ada sepasang suami isteri yg baru sahaja menikah. Dengan gagah nya si suami mendekati si isteri yg sedang tidur membelakanginya, disebabkan si suami sudah tidak tahan. Kebetulan si suami bekerja sebagai pilot.

Dengan nada isyarat, suami berkata kepada isterinya,”Pesawat siap mendarat. ”

Si isteri diam sahaja tidak menjawab. Si suami sekali lagi berkata “Pesawat siap mendarat” untuk kedua kalinya...

Dan si isteri pun menjawab, “Maaf, landasan sedang dalam keadaan tidak baik.”

Dengan nada kesal sang suami menjawab,  ”Biarkan saja , saya kan pilot profesional, pesawat tetap akan mendarat.”



Isteri Bersedih
*******

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sedih... ending nya  bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku Bank abanglah..



Derma
******

Seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu...

Budak : Abang nak minta derma apa bang?

Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakankah?
Budak : nanti kejap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : #£&#@??




Putus Tunang
*******

Tunang Farid, bernama Siti. Menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa, putus?

Siti : Saya dah bosan dengan awak. Saya sudah ada teman baru. Sebelum itu, awak mesti kembalikan semua gambar saya.

Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.

Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………



Polis Trafik
*******

Tiga org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tidak berhenti. Hanya melaungkan kata, ‘Tak Muat sudah Tok, Kami sudah bertiga!!!


(°___°)



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Friday, 26 February 2016

Kisah Wanita Pelacur...

Mungkin Anda terkejut selepas melihat tajuk yang saya gunakan dalam lakaran kali ini. Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsikan kisahnya dengan Anda. Anda yang saya kasihi kerana DIA.

Kisah Wanita Pelacur ini sememangnya telah menjadi cerita yang amat penting di dalam saya menjalani kehidupan harian.

Kisahnya telah mengingatkan saya agar sentiasa berhati-hati apabila menyuluh sesuatu di dalam dunia ini. Ia memberikan banyak ikhtibar dan juga mengajar kepada saya agar sentiasa waspada dengan sesiapapun jua.

Sebenarnya kisah wanita pelacur ini telah diceritakan di dalam beberapa Kitab yang pernah saya telaah suatu masa dulu.


Dulu, saya memang suka membaca buku-buku agama terutama karangan Imam Al-Ghazali, kitab yang masih ada dalam simpanan saya bertajuk Bimbingan Mu’minin. Begitu juga kitab terjemahan Shahih Muslim, masih ada saya simpan.

Kedua-dua buku itu ada di jual di kedai-kedai buku agama. Carilah kalau Anda memang berminat membongkar sesuatu mengenai cahaya-Nya. Tuhan Penguasa Alam.

Di dalam buku yang saya pernah baca, diceritakan bahawa ada seorang wanita yang semasa hidupnya telah melacurkan diri.


Seorang perempuan yang dinamakan sebagai Pelacur. Suatu ketika, dia telah terjumpa seekor anjing yang sedang dalam kehausan. Apabila melihat keadaan anjing itu, perempuan pelacur itu berusaha memberikan minuman kepada anjing yang sedang dalam kehausan itu. Dia melakukannya dengan penuh rasa kesian dan keikhlasan untuk membantu makhluk-Nya.

Anda nak tahu apa yang berlaku seterusnya? 


Perempuan pelacur itu telah dianugerahkan Syurga-Nya. Dengan ungkapan lain, dia telah berjaya dalam ujian kehidupan dunia.

Dikisahkan di dalam buku itu bahawa keikhlasannya membantu seekor anjing tadi telah menyebabkan Allah redha kepadanya dan memberikannya ganjaran Syurga-Nya. Kenikmatan hidup, kekal selama-lamanya.

Kisah wanita pelacur yang saya coretkan ini adalah untuk Kita fikir-fikirkan bersama. 


Mungkin pada zahirnya dilihat seolah-olah tidak adil bukan? Tetapi siapalah Anda mempersoal tentang kekuasaan NYA. Sesungguhnya DIA MAHA MELIHAT dan MAHA MENGETAHUI akan segala sesuatu yang telah diciptakan di dunia ini. Ketahuilah juga bahawa semua nikmat yang sedang dikecapi sekarang adalah kurniaan-Nya. Begitulah keimanan yang saya ada.

Sebab itu, kisah Wanita Pelacur ini amat dekat di hati saya. Ia telah mengajar saya agar sentiasa berusaha melakukan sesuatu yang boleh membuatkan DIA redha terhadap perbuatan yang saya lakukan.

Mungkin di mata sesetengah di kalangan Kita melihat bahawa kegagalan hidup di dunia ini sebagai sesuatu yang jelek dan perlu dijauhi. 


Tetapi hakikatnya, mungkin daripada ujian itu akan membuatkan DIA redha dan memberikan anugerah Syurga-Nya seperti mana yang telah berlaku kepada Wanita Pelacur itu.

DIA sememangnya mengetahui segala rahsia, apatah lagi yang tersembunyi di dalam hati setiap kita, pasti diketahui NYA...


Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Ada seorang wanita pezina melihat seekor anjing di hari yang panasnya begitu terik. Anjing itu menngelilingi sumur tersebut sambil menjulurkan lidahnya karena kehausan. Lalu wanita itu melepas sepatunya (lalu menimba air dengannya). Ia pun diampuni karena amalannya tersebut.” 
(HR. Muslim no. 2245).


Baca selanjutnya, Klik di sini...

Wanita Hebat, Keinginan Naluri Lelaki...

Kalau Anda peminat filem allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, pasti Anda masih ingat pelbagai gaya lakonannya. Beberapa filem arahannya, memaparkan perasaan sedih dan lebih banyak yang membuatkan kita bergelak ketawa.

Sememangnya bermacam-macam adegan yang dipaparkan di dalam filem-filemnya. Banyak juga yang menyimpan khazanah ilmu sebenarnya. Menuntut untuk ditafsir minda sebaiknya. Itupun andai berusaha memahami dan menafsir adegan yang dipaparkannya. Bukan sekadar menonton dan menikmati hiburan dari penglihatan mata sahaja.

Apa salahnya sekali-sekala apabila menonton filemnya, gunakan minda untuk memahami yang tersirat di sebalik setiap ceriteranya. Mungkin ada manafaatnya, (*___^)

Bagaimanapun, di dalam lakaran ini, saya sebenarnya ingin berkongsi mengenai kehebatan peranan wanita di dalam kehidupan seorang lelaki bersandarkan filem arahannya.


Sengaja saya membuka awalan coretan ini dengan filem lakonan allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee kerana ada satu babak yang masih segar diingatan saya khususnya selepas melakar kisah suami isteri, perkahwinan dan perceraian, beberapa hari yang lalu.

Peranan wanita di dalam menyelesaikan masalah seorang lelaki tidak dapat disangkal kehebatannya.

Sungguh! Wanita sememangnya hebat bila berperanan mengiringi kehidupan seorang lelaki. Apatah lagi lelaki yang ditimpa pelbagai masalah dan kecelaruan minda. Pasti aura kehebatan seorang wanita akan terserlah. Bersinar-sinar cahayanya. Itulah yang saya alami hari ini (*__*)

Saya tidak menafikan bahawa kadang kala saya juga menghadapi masalah, tetapi nasib baik Isteriku Tercinta ada di sisi, tidak serik-serik untuk terus menemani dan menunjukkan kehidupan duniawi yang sedang dilalui ketika ini. Sebab itulah juga saya amat mengasihi dan menyayanginya, Isteriku Tercinta.

Berbalik pada filem allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee, Anda nak tahu babak yang saya maksudkan? Ia terkandung di dalam filem Pendekar Bujang Lapok, babak di mana ketiga-tiga pendekar sedang ditarbiyah oleh Tok Guru mereka agar menjadi seorang lelaki tabah penuh kesabaran di dalam menghadapi pelbagai dugaan.

Sebelum ketiga-tiga bakal pendekar itu bertapa, mereka telah dipesankan oleh Tok Guru agar menghadapi pelbagai ujian dan cabaran dengan penuh kesabaran dan tidak perlu takut dengan pelbagai rintangan. Bila mana menghadapi ketakutan dan masalah, ungkapkan sahaja "Cooobbbaaannn". (^___^)

Babak yang amat menarik perhatian saya ialah bila mana anak Tok Guru ketika berada di rumah telah diculik oleh para musuh. Tok Guru terpaksa memohon bantuan ketiga-tiga anak muridnya yang sedang bertafakur di bawah sepohon pokok. Tok Guru menjelaskan kepada mereka bahawa anak perempuannya sudah diculik dan dilarikan oleh para musuhnya dan memohon pertolongan mereka bertiga.

Namun, ketiga-tiga bakal pendekar hanya membalas rayuan Tok Guru mereka dengan mengungkapkan "Cooobbbaaannn". (^___^)

Banyak kali Tok Guru menjelaskannya tetapi tetap dibalas oleh ketiga-tiga anak muridnya dengan ungkapan "Cooobbbaaannnn".

Kehebatan wanita akhirnya diserlahkan oleh allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee di dalam babak yang saya maksudkan apabila Isteri kepada Tok Guru terpaksa mengambil peranan dan menyebarkan aura kehebatannya dengan menjelaskan satu-persatu kepada ketiga-tiga bakal pendekar terbabit.

Dengan sekali sahaja penjelasan, wanita yang merupakan isteri kepada Tok Guru itu berjaya menyedarkan ketiga-tiganya dari lamunan dan dari ajaran Tok Guru yang tak tentu pasal. (@__@)

Kalau Anda ingin menghayati babak lakonan yang saya maksudkan, tonton sahaja paparan youtube di bawah;





Coretan ini sengaja saya lakukan selepas membaca satu laporan berita mengenai kelalaian dan kealpaan seorang lelaki yang sudah tersalah tafsir mengenai kehidupan duniawi.

Sebab itulah sering kali saya mengingatkan bukan sahaja Anda, tetapi saya juga bahawa peranan minda seharusnya digunakan sebaik-baiknya. Usahlah dianggap semua perkara berkeadaan positif sahaja.

Positif tidak semestinya baik di dalam satu-satu perkara dan begitu juga halnya dengan yang negatif, tidak semestinya buruk hasilan akhirnya. Sememangnya hanya DIA yang mengetahui segala-galanya, rahsia kehidupan dunia yang harus dilalui ujiannya ketika ini.

Opppsss... Apa yang ingin saya katakan ialah sebenarnya peranan seorang wanita terlalu hebat auranya. Itupun seandainya lelaki menghargai dan memahaminya. Lebih-lebih lagi wanita yang sedang mendampingi lelaki, pasti dapat mengecapi bersama, kenikmatan syurga dunia...



Baca selanjutnya, Klik di sini...

Perkara Lalu yang Sukar Di Padam... Kaedah Rawatannya...

Sebentar tadi, saya telah kongsikan dengan Anda mengenai peristiwa lalu yang sering tergambar di ruangan minda. Dan kali ini, saya kongsikan pula kaedah perawatannya. Mungkin tidaklah seratus-peratus mujarab untuk Anda, tetapi barangkali bolehlah dicuba.

Setiap perkara yang telah dilakukan tidak akan ada ulangannya. Semua yang telah berlaku akan terus menjadi sejarah silam. Sejarah silam yang akan terus beralun bersama putaran masa. Hanya yang betul-betul terkesan yang akan sekali-sekala terpapar di ruangan minda. Manakala yang tidak memberikan kesan apa-apa, gelombangnya akan terus beralun bersama-sama lipatan masa.

Ketahuilah bahawa semua yang telah berlaku akan ditemui semula di alam barzakh. Masing-masing akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan semasa kehidupan dunia. Kalau gelombang perlakuan itu berwarna putih berseri, Jiwa Sanubari kelak gembira dan amat seronok melihatnya.


Tetapi andai gelombang perlakuan itu berwarna kelabu, hitam atau barangkali hitam legam, maka Jiwa Sanubari akan menjadi risau, tidak tenteram, kelak sentiasa dihantui perasaan rasa bersalah sepanjang masa. 

Mungkin juga Jiwa Sanubari di alam barzakh kelak menggigil ketakutan selepas melihat kehitaman perlakuan silam semasa di dunia. Bersediakah menghadapinya nanti?

Kalau tidak bersedia, marilah bersama-sama dengan saya mencuba kaedah perawatan untuk memadam perlakuan-perlakuan yang berwarna kelabu dan hitam legam itu. 

Caranya ialah dengan menghadap dan memohon keampunan dari-NYA. DIA yang saya kenali Tuhan Penguasa Alam Semesta, yang saya imani, Allah SWT...


Marilah kita memohon keampunan dari-NYA dengan BERDOA.

DOA adalah salah-satu daripada kaedah menghapuskan gelombang-gelombang perlakuan yang sedang beralun, berwarna kehitaman atau dikenali juga sebagai Dosa. Moga-moga gelombang DOA dapat meneutralkan gelombang Dosa seterusnya menghentikan alunannya supaya Kita tidak menemuinya di alam barzakh.

Oleh itu, sama-samalah Kita menebarkan jerangkap alunan DOA agar gelombang-gelombang Dosa yang telah berkeliaran dapat dihapuskan pergerakannya.

Ketahuilah bahawa Allah SWT telah berpesan bahawa di antara manusia yang amat dikasihi dan disayangi NYA ialah bila mana melakukan Dosa, mereka akan cepat-cepat memohon keampunan dari-Nya...


(~___~)





Baca selanjutnya, Klik di sini...

Lupakan Perkara Lalu

Kali ini saya ingin kongsikan dengan Sahabat, sesuatu mengenai kisah silam yang telah terukir di minda. Masa silam yang manis dan ada pula yang pahit. Mungkin juga ada yang masam dan yang terlalu kelat!.

Semuanya itu apabila tergambar kembali di lakaran minda, akan mengukir pelbagai rupa wajah. Rupa wajah daripada kisah silam yang telah dilalui.

Hanya yang cekal dan tabah dapat memaparkan wajah disebalik gambaran kenangan lalu. Dan ketahuilah bahawa masa yang lalu pasti tidak akan kembali lagi. Ia akan terus mengalunkan gelombangnya sehingga Anda menjumpainya semula, di alam barzakh.

Apa yang penting, jadikanlah kenangan lalu sebagai pedoman untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Untuk membina kembali Matlamat Hidup yang ingin dikecapi. Andai masih mengambarkan kenangan lalu di minda, pemikiran akan lebih terarah ke sana sentiasa. Oleh itu, Anda kelak akan lalai mengapai matlamat kehidupan seterusnya.

Nasihat saya, jangan terlalu memikirkan apa yang telah berlaku, tetapi fikirkan apa yang harus dilakukan sekarang untuk memperbaiki kisah yang lalu. Jadikanlah yang lalu itu sebagai pedoman untuk Kita bersama-sama mengejar kejayaan kehidupan seterusnya.



Baca selanjutnya, Klik di sini...